Tok Penghulu Ramlan, saudara jauh keluarga Mikael, muncul di ambang pintu bersama isterinya, Mak Mah.
Mereka tiba lewat malam itu untuk bermalam di rumah agam tersebut kerana ada urusan keluarga esok pagi.
"Tok Penghulu?" Mikael berdiri menyambut mereka dengan wajah terkejut dan malu.
Medina Atalia segera menundukkan wajah, tidak berani memandang siapa-siapa lagi.
"Apa dah jadi ni, kecoh satu rumah?" Mak Mah pula bersuara sambil menarik tangan Datin Sri Qalsum yang masih berdiri dalam kemarahan meluap-luap.
"Mama... tolonglah. Tok Penghulu ada di sini. Malu sikit, tolong." rayu Mikael.
Maria Elena hanya mampu mengesat air mata di sisi. Dia langsung tidak sangka drama dalam rumah tangganya akan disaksikan orang luar.
"Apa jadi ni Medina? Kamu okay?" tanya Mak Mah lembut.
Dia menghampiri gadis itu yang masih menggeletar, cuba menyembunyikan tubuhnya di belakang Mikael.
Medina mengangguk perlahan.
"Saya tak apa-apa Mak Mah. Maaf sebab semua ni berlaku di depan orang tua."
Tok Penghulu memandang ke arah Mikael dengan penuh makna.
"Kau lelaki, Mikael. Jagalah maruah perempuan. Jangan bagi ruang orang sewenangnya hina anak orang lain depan mata kau."
"Medina bukan siapa-siapa dalam rumah ni Tok, hanya pembantu." Datin Qalsum masih mahu menegakkan egonya.
"Qalsum, jangan cakap macam tu. Pembantu pun manusia, ada harga diri. Jangan kau rendahkan sesiapa, apatah lagi anak orang." suara Tok Penghulu tegas.
Maria Elena menarik tangan Qalsom Raudhah, cuba menenangkan wanita itu yang sudah mula hilang kawalan emosi.
“Sudahlah Mama… kita bincang esok pagi, sekarang bukan masa sesuai.”
Belum sempat mereka bergerak, datang pula dua orang adik Mikael Zarif dan Zayana yang baru pulang dari makan malam di luar.
“Eh, apa kecoh-kecoh ni? Sampai kedengaran dari luar pagar,” tanya Zarif sambil melepaskan jaket.
Zayana pula memeluk tubuh, memandang keadaan itu dengan mata membulat.
“Kau ni Mikael, baru semalam aku puji rumah ni tenang. Hari ni dah macam pentas drama.” sindir Zarif, separuh bergurau, separuh serius.
“Mikael tidur dengan pembantu rumah, tu puncanya!” jerkah Qalsum yang masih belum puas hati.
“Apa?” Zayana hampir terjerit.
“Tak! Tak macam tu pun. Kami tertidur sebab kerja sampai lewat malam. Medina cuma temankan makan malam, tak lebih.” Mikael membela diri, kali ini suaranya benar-benar menekan.
Medina semakin lemas dengan segala perhatian yang bertumpu padanya. Dia berdiri perlahan-lahan, tubuhnya masih menggeletar.
“Saya minta maaf… saya akan keluar dari rumah ni esok juga,” suaranya perlahan tapi cukup jelas.
"Medina!" Mikael menyentak.
"Kau takkan ke mana."
“Tuan… cukuplah. Saya tak nak jadi punca kekecohan dalam keluarga Tuan lagi.”
“Medina, kau bukan punca. Aku yang gagal kawal semua ni. Jangan salahkan diri.”
“Kalau awak sayangkan dia, kahwinlah terus.” ujar Zayana tiba-tiba.
Semua mata kini tertumpu padanya.
“Zayana, kau gila?” Maria memandang adik iparnya itu tajam.
“Seriuslah, kalau dah sampai tidur sekali, ada perasaan… kahwin sajalah. Mama pun nak cucu kan?”
Datin Qalsom memandang Zayana seperti hendak menamparnya.
“Jangan jadi bodoh! Takkan nak kahwinkan anak aku dengan pembantu rumah? Kau sedar tak darjat kita?”
“Saya bukan nak rebut sesiapa. Saya tak layak pun.” Medina masih berusaha pertahankan sedikit maruah dirinya.
“Kalau macam tu... saya minta izin untuk bercakap dengan ayah Medina. Esok.” Mikael tiba-tiba bersuara dengan penuh ketegasan.
Suasana sunyi.
Datin Sri Qalsom terkedu.
Maria hilang kata. Zarif mengangkat kening.
“Woah… betul ke ni Mikael?” tanya Zarif.
“Saya serius.” Mikael menatap wajah semua satu-satu.
“Saya takkan benarkan sesiapa hina Medina lagi.”
Medina Atalia menunduk.
Air mata mengalir di pipinya. Bukan kerana sedih, tapi terharu dan bingung dengan keputusan lelaki itu.
“Kalau ini yang kau nak, kau bersedia terima akibatnya. Jangan ingat hidup akan senang selepas ini.” Qalsum berkata dengan dingin lalu keluar dari bilik itu tanpa sepatah kata lagi.
Maria Elena pula hanya tunduk.
Hatinya terbakar namun tidak mampu lagi bertindak. Dia sedar, permainan yang dia cipta telah memakan dirinya sendiri.
Tok Penghulu mengangguk.
“Baiklah, esok kita bincang. Tapi malam ni, biar semua tenang dulu. Jangan buat keputusan waktu marah.”
Mak Mah memimpin Medina keluar dari bilik itu untuk menenangkan gadis itu.
Di luar bilik, Zayana merapati Mikael. “Kau betul nak kahwin dengan dia?”
Mikael memandang adik perempuannya itu.
“Dia bukan sekadar pembantu. Dia penyelamat aku.”
Zayana tersenyum tipis.
“Kalau itu yang buat kau bahagia, aku sokong.”
Malam itu, seluruh rumah tenggelam dalam kebisuan.
Share this novel