Tuhan Masih Beri Saya Peluang Untuk Rasa Di lindungi

Drama Completed 450185

Sudah seminggu rumah itu didiami. Suasana kini jauh berbeza berbanding sebelumnya. Tiada lagi teriakan ketakutan, tiada lagi esak tangis di malam hari.

Medina Atalia kini berdiri di beranda sambil memandang ke arah taman kecil yang dibina Mikael khas buatnya.

Mawar putih dan lavender mula mekar, seolah menyambut nafas baharu dalam hidup wanita itu.

“Cantik?” suara garau tetapi lembut menyapa dari belakang.

Medina Atalia menoleh.

Mikael berdiri di sisinya, membawa dua cawan kopi panas.

“Sangat.” Medina menjawab, senyuman yang jarang muncul dulu kini kembali menghiasi wajahnya.

Mikael menyerahkan secawan kopi dan mengelus bahu isterinya perlahan.

“Hari ni hubby nak bawa sayang ke pejabat baru kita. Tapi jangan risau, semuanya dah dikawal rapi. Takkan ada sesiapa boleh dekat dengan sayang lagi tanpa izin Hubby.”

Medina hanya mampu mengangguk. Luka fizikalnya mungkin telah sembuh, tetapi hatinya masih menyimpan sisa trauma.

Namun setiap kali Mikael berada di sisi, dia tahu dirinya selamat.

Medina berjalan di sisi suaminya sambil dikelilingi beberapa pengawal khas. Di dalam pejabat, pekerja-pekerja menyapa mesra kebanyakan mereka sudah lama kembali bekerja selepas bercuti panjang akibat kekecohan sebelum ini.

“Selamat pagi Datin Medina!”

“Selamat datang kembali, bos!”

“Semuanya dah tenang sekarang. Kami rindu nak tengok Datin tersenyum.”

Medina Atalia hanya mampu membalas dengan anggukan mesra dan senyuman kecil.

Walaupun dia bukan wanita yang mesra seperti Maria Elena dulu, kehadirannya kini lebih dihormati kerana dia tabah dan kuat.

Mikael dan Medina berbaring bersebelahan.

Televisyen terbuka tanpa suara. Mikael mengusap rambut isterinya sambil matanya hanya tertumpu kepada wajah itu.

“Sayang tahu tak... hubby takkan mahu pernah tinggalkan sayang. Ke mana saja Hubby pergi, hubby nak sayang ada bersama. Sebab abang dah janji, hidup mati abang, hanya untuk sayang.”

Medina menggenggam jari suaminya. Air matanya bergenang bukan kerana sedih, tetapi kerana syukur.

“Saya tak sangka masih boleh rasa bahagia, Mikael. Selepas semua yang berlaku... selepas semua yang dirampas dari saya, Tuhan masih beri saya peluang untuk rasa dilindungi.”

Mikael mengucup dahi isterinya.

“Dan hubby akan pastikan, siapa saja yang cuba rampas kebahagiaan kita... dia takkan sempat mendekat pun.”

Dalam senyap, seorang wanita sedang memerhati dari dalam kereta hitam. Wajahnya bersolek rapi tetapi penuh dendam.

Maria Elena.

Dia menutup komputer ribanya setelah melihat gambar terkini Medina dan Mikael di pejabat.

Paparazzi sudah mula menangkap foto mereka bersama, dan media mula menulis semula kisah bahagia pasangan itu.

“Kau bahagia sekarang, Medina?” bisik Maria perlahan.

“Tapi aku belum habis dengan kau…”

Maria mengangkat telefon, mendail nombor seseorang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience