Kecoh Malam-malam

Drama Completed 450185

Malam itu, suasana di halaman belakang rumah sunyi dan gelap. Angin malam menyapa lembut, membawa bersama bau harum pokok bunga yang sedang berkembang mekar.

Mikael Lutfi perlahan-lahan melangkah keluar, berjalan ke arah semak di bawah cahaya samar bulan. Kepalanya menunduk, matanya liar memerhati celah-celah rumput dan daun.

“Aduh, mana pulak telefon si Medina ni? Aku nampak dia campak ke sini tadi…” bebelnya perlahan sambil menyeluk-nyeluk daun semak.

Tidak jauh dari situ, Adli baru saja keluar dari tandas di belakang rumah. Matanya menangkap susuk tubuh seseorang yang sedang mencangkung mencurigakan.

“Siapa pulak tu malam-malam ni…? Pencuri ke?” gumamnya.

Dalam keadaan panik, Adli terus capai sebatang kayu yang terletak berdekatan.

“Ha! Kayu ni cukup lah. Aku takkan biar rumah ni kena rompak!”

Tanpa menunggu lama, Adli terus meluru dan menghayun kayu ke arah belakang lelaki itu.

“Oi pencuri!!”

BRUK!

“Aduh… Arkhh!”

“Berani kau ceroboh rumah orang ya! Ambik ni! Dan ni! Lagi satu!”

Kayu di tangannya mendarat bertubi-tubi ke badan lelaki itu hingga jatuh tersungkur ke tanah berumput. Mikael hanya mampu merengek kesakitan.

“Argh! Belakang aku…”

Adli terdiam sejenak. Suara itu… macam dikenali.

“Eh?”

Dia mendekat perlahan-lahan dan…

“M-Mikael?! Tuan Mikael?! Ya Allah!” Adli terus berlari ke rumah, panik tak tentu arah.

“Makcik Zara! Tolong! Buka pintu cepat!” Dia mengetuk bertalu-talu.

Tok!

Tok!

Tok!

Zara dan Aminah segera membuka pintu.

“Kenapa menjerit-jerit ni Adli?” tanya Zara.

“Belakang rumah! Ada perompak! Tapi... saya dah pukul dia.”

“Pukul?” Aminah dan Zara segera ke belakang.

Namun langkah mereka terhenti saat melihat Mikael yang terduduk dengan wajah berkerut menahan sakit.

“Tuan Mikael?!” Aminah dan Zara menjerit serentak.

Adli melopong. Wajahnya pucat.

“Ya Allah! Maafkan saya Tuan… saya ingatkan...”

“Kau dah gila ke Adli?! Kalau tulang belakang aku patah, siapa nak tanggung?!” Mikael bercekak pinggang walau masih terduduk.

Adli menunduk malu dan bersalah.

“Saya… saya betul-betul tak tahu. Tuan keluar malam-malam macam ni... gelap pula tu…”

“Dah, keluar kau dari sini. Pergi berehat!”

“Baik, Assalamualaikum…” Adli berlalu dengan wajah muram.

Zara dan Aminah membantu Mikael masuk semula. Tapi semasa mereka sibuk di dapur, Mikael sempat melirik ke arah bilik maid. Pintu bilik sedikit terkuak.

Tak keluar jenguk langsung aku tadi? Haish... budak ni makin menjadi.

Dia melangkah perlahan. Tapi baru saja dia hendak membuka pintu…

“Tuan Mikael!” Suara itu kuat dan tiba-tiba.

Glup. Mati aku. Kantoi.

Medina berdiri bercekak pinggang di hadapan pintu.

“Tuan buat apa dekat bilik saya malam-malam ni?”

“Aku… aku nak minta tolong sikit. Boleh?”

“Boleh… tapi esok pagi la.”

“Kesiankan Adli tu.”

“Tuan yang keluar tanpa lampu! Patut la dia pukul!”

“Sudah, ikut aku cepat.” Mikael terus mencempung Medina.

“Eh! Tuan! Hmph!”

“Diam!”

Mikael membawa Medina ke ruang tamu. Dia baring di sofa sambil mengaduh, manakala Medina duduk di lantai sambil menyapu minyak gamat.

“Argh… pedih lah Medina.”

“Padan muka. Lain kali jangan keluar gelap-gelap!”

“Aku keluar cari telefon kau lah!”

“Hah?” Medina terdiam. Sentuhan tangannya juga terhenti.

“Telefon yang kau buang tadi… aku risau kalau rosak kena hujan.”

Medina tunduk. Hatinya tersentuh.

Padahal aku dah ambil balik telefon tu dan sorok bawah bantal...

“Hye…” Mikael tiba-tiba menggenggam tangan Medina.

“Huh? Err…”

“Kalau telefon tu dah rosak, aku belikan baru. Anggaplah hadiah hari lahir.”

“Tak payah Tuan… yang lama pun cukup.”

“Aku tetap nak belikan. Kau tak boleh tolak.”

Zara dan Aminah yang mengintai di sebalik dinding, tersenyum simpul.

“Romantik betul... macam pasangan suami isteri,” bisik Zara.

“Romantik kepala kau. Kalau dia goda Medina tu macam mana?” tempelak Aminah perlahan.

“Shh! Jangan kacau. Biar mereka mesra.”

Mereka pun berundur ke bilik dengan senyum tak habis-habis, meninggalkan Mikael dan Medina dalam dunia kecil mereka yang perlahan-lahan menyatu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience