Konflik Dalam Diam

Drama Completed 450185

Sementara itu, Medina Atalia hanya mampu tersandar di katil selepas perbualannya bersama ketiga-tiga maid selesai. Matanya sayu merenung siling bilik, hatinya kacau. Kata-kata Makcik Zara, Aminah dan Laila masih terngiang-ngiang di telinganya.

“Kalau kamu dan majikkkan kita ada jodoh, makcik orang pertama akan ucap tahniah…”

Itu bukan sesuatu yang mudah untuk dihadam oleh seorang pembantu rumah. Tambahan pula, Medina Atalia datang dari keluarga susah. Bekerja di rumah besar seperti ini bukan kerana cita-cita, tetapi demi meneruskan kehidupan.

Dia tidak pernah berniat pun untuk menggoda majikkannya. Tapi mengapa setiap kali dia berada di hadapan Mikael Lutfi, lelaki itu melayan dia dengan penuh kelembutan?

Tidak seperti majikan dan pekerja, tetapi seolah-olah…

“Ah!” Medina menekup mukanya dengan kedua-dua tangan.

Malu.

Geram.

Bingung.

Semua bercampur.

Sedang dia sibuk melayan gelora hatinya, Mikael Lutfi yang mendengar perbualan mereka tadi mula melangkah menjauh dari pintu bilik maid itu.

Dia berjalan ke taman kecil di belakang rumah. Di situ, dia menyandar pada bangku batu, mendongak ke langit malam.

Dia bukan lelaki suci.

Dia pernah gagal sebagai suami.

Walaupun Maria Elena seorang wanita berpelajaran tinggi, penuh karisma dan rupa paras memukau… rumah tangga mereka sentiasa dingin.

Ada jurang emosi yang tidak pernah terisi. Kini, kehadiran Medina Atalia membuatkan dirinya mempertikaikan semuanya.

Dia tertunduk, memicit-micit dahi.

“Medina… kenapa kau harus muncul dalam hidup aku waktu ini? Saat segalanya sudah rumit?” gumamnya.

Mata Mikael Lutfi tertutup rapat.

Bayangan Medina muncul dalam fikirannya senyumannya yang polos, cara dia berbicara dengan sopan dan rendah diri, dan bagaimana dia selalu mendahulukan orang lain meskipun dirinya dalam kesempitan.

Tiba-tiba air mata lelakinya gugur.

“Kalau aku temui kau dulu, mungkin aku tak akan kahwin dengan Maria.”

Namun dia sedar, ini bukan soal siapa datang dulu. Tapi soal siapa yang benar-benar memahami hatinya.

Keesokan harinya…

Maria Elena berjalan dengan gaya anggun di ruang tamu. Tangannya memegang telefon bimbit, bibirnya senyum sinis. Matanya melilau mencari-cari sesuatu.

“Zara!” panggilnya kuat.

“Ya, Puan.” Zara segera datang dari arah dapur.

“Mana Medina?” suara Maria kedengaran mendatar tapi tajam.

“Dia… di dapur, Puan. Tengah siapkan sarapan.”

Maria Elena mendengus.

“Bagus. Panggil dia datang ke sini sekarang.”

Zara mengangguk dan berlalu.

Dalam hati, dia tahu sesuatu yang tidak enak sedang berlaku.

Beberapa minit kemudian, Medina Atalia muncul dengan kepala sedikit tunduk.

“Ya, Puan.”

Maria Elena memandang gadis itu dari atas ke bawah.

“Ada benda nak I tanya.”

“Silakan, Puan.”

“Kau tahu tak siapa suami aku?”

Soalan itu membuatkan Medina terdiam.

“T-tuan Mikael…”

“Bagus. Dan kau tahu tak batas antara seorang majikan dan maid?”

Medina menelan air liur.

“Saya tahu, Puan.”

“Jadi kenapa kau berani duduk semeja dengan suami aku? Kenapa kau layan dia macam lelaki kau sendiri?” Maria kini berdiri, menghampiri Medina dengan langkah perlahan tapi penuh ancaman.

“Saya… saya tak bermaksud apa-apa, Puan. Tuan Mikael yang ajak duduk makan…”

Plakk!!

Satu tamparan hinggap di pipi Medina Atalia.

Zara yang baru keluar dari dapur terperanjat melihat situasi itu.

“Puan! Apa ni?” Zara menjerit kecil.

“Zara, ini rumah aku! Aku berhak buat apa aku mahu!” jerit Maria pula.

Medina hanya menahan sakit.

Dia memegang pipinya yang memerah, tapi langsung tidak menangis. Malah dia tunduk dan bersuara perlahan.

“Maafkan saya, Puan. Saya tak berniat…”

Maria Elena melangkah pergi ke bilik. Mukanya merah padam menahan geram.

Zara datang mendekat, memegang bahu Medina.

“Medina, kamu tak apa-apa?”

Medina menggeleng.

“Saya okey, makcik. Saya tak apa-apa…” Tapi hati kecilnya retak.

Retak dengan tuduhan, tamparan dan rasa malu.

Malam itu, Mikael Lutfi kembali dari pejabat. Dia nampak Medina Atalia sedang menyapu lantai di ruang tamu. Tersentak dia apabila melihat pipi gadis itu masih ada kesan merah samar.

“Medina,” panggilnya.

“Ya, Tuan?” jawab Medina, pantas berdiri tegak.

“Kau kena tampar dengan Maria ke?” soalnya terus terang.

Medina kaku.

“Jawab!” suara Mikael sudah berubah nada.

Medina menunduk.

“Tak apa, Tuan. Saya salah… saya tak jaga batas…”

“Medina, dengar sini,” Mikael menghampiri dan bercakap dengan suara yang lebih perlahan.

“Aku… aku tak suka tengok kau diperlakukan begini. Aku tahu aku salah beri kau perhatian lebih, tapi aku ikhlas. Aku cuma…”

“Cuma apa, Tuan?” Medina memandang tepat ke mata lelaki itu.

“Aku sayang kau, Medina.”

Deg!

Luruh jantung Medina Atalia.

Kakinya menggigil.

“T-tuan…” suaranya bergetar.

“Tapi aku tak boleh… aku tak boleh lepaskan Maria Elena. Dia isteri aku. Tapi aku juga tak mampu berpura-pura tak rasa apa-apa dekat kau.”

Medina segera berpaling.

Air matanya mengalir tanpa henti.

“Jangan cakap macam tu, Tuan. Jangan rosakkan hidup saya.”

“Aku tak nak rosakkan apa-apa. Aku cuma nak kau tahu, kau berharga. Dan aku akan lindungi kau, walau apa pun jadi.”

Di sebalik pintu dapur, Laila dan Aminah sedang mencuri dengar.

“Kau dengar tak tu, Min?”

“Dengar. Habis la budak tu aku takut dia terjebak…”

“Tapi dia pun tak salah. Aku tengok Medina jujur. Tapi Tuan Mikael tu yang kelihatan benar-benar dah jatuh cinta.”

Laila mengangguk.

“Kita kena jaga dia, Min. Kalau tak, habis hancur budak baik tu.”

Beberapa hari berlalu.

Medina Atalia memilih untuk mengurung diri di dapur atau bilik maid. Dia kurang bercakap, kurang tersenyum. Setiap hari dia hanya melakukan kerjanya seperti biasa.

Namun diamnya tidak bermakna dia lupa.

Mikael Lutfi pula sering termenung sendiri. Di pejabat, dia gagal fokus. Di rumah, dia hilang kata. Maria Elena pula makin dingin kini dia bukan lagi isteri yang mahu mempertahankan rumah tangga, tapi seperti seseorang yang sedang merancang sesuatu.

Di suatu malam, Maria Elena membuka komputer ribanya dan menekan satu fail yang bertajuk.

Surat Cerai Draft 1

Tangannya terketar-ketar.

Matanya kabur dengan air mata.

“You nak sangat Medina tu kan, Mikael… ambillah. Tapi bila semuanya dah musnah nanti, jangan cari I balik.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience