Bila Harga Diri Tak Boleh Di beli

Drama Completed 450706

Qalsum Raudhah menggenggam tas tangannya erat. Langkahnya laju dan tajam, sesekali menoleh ke belakang memastikan Medina Atalia mengikutinya dengan patuh.

Mereka tiba di sebuah restoran mewah Perancis, penuh dengan golongan bangsawan, sosialit, dan wanita berstatus “elite”.

“Jalan elok-elok, jangan malukan aku depan orang ramai,” gumam Datin Qalsum perlahan tetapi tajam.

Medina hanya mengangguk kecil, diam dan tenang seperti biasa. Dia sedar niat ibu mertuanya itu bukan untuk makan, tetapi untuk membuka pekung dirinya di khalayak.

Sejurus mereka melangkah masuk, mata-mata segera tertumpu.

Datin Qalsum sudah bersedia untuk memulakan "serangan."

“Aduhai... macam mana kau boleh pakai baju macam tu datang ke restoran orang elit, ha? Kain cotton bercorak bunga kecil? Tudung pun tak matching. Allahuakbar, kau nak jadi pengemis ke?”

Beberapa kepala di meja sebelah menoleh, menjeling.

Medina tersenyum perlahan, tidak menjawab.

Namun, saat pelayan utama restoran datang untuk menyambut, dia membungkuk rendah dan berkata dengan penuh hormat,

“Madame Medina Atalia, it is an honour to have you here again. Your usual table is ready. And… may I say, your style is tres magnifique. The boardroom still talks about your speech last month.”

Qalsum Raudhah tergamam.

Lebih mengejutkan, datang pula sepasang suami isteri kaya dari meja berhampiran.

“Oh! Puan Medina! Kami baru nampak kempen ‘Suri Usahawan Global’ you di TV semalam. Tak sangka boleh terserempak di sini. Sungguh menawan.”

Satu demi satu, pujian datang dari arah tak diduga. Beberapa wanita muda turut datang untuk mengambil gambar, memuji gaya modest tetapi eksklusif yang dikenakan Medina gaun panjang bercorak floral lembut dengan potongan elegan, dan tudung satin senada yang disemat pin mutiara.

“Maaf Puan Qalsum, tapi fashion tak perlu mahal untuk jadi berkelas,” ujar salah seorang wanita muda kepada ibu mertuanya itu dengan senyum sinis.

Qalsum Raudhah bagai ditampar kata-kata.
Dia menelan liur. Suaranya mati. Bibirnya terketar-ketar.

Dia cuba menyelamatkan maruahnya dengan gelak kecil.

“Ha… orang sekarang pandai ambil hati orang tua, kan. Nasib baik menantu aku ni... pandai main peranan.”

Namun semua tahu, permainan siapa yang sedang kalah.

Setelah selesai makan, Medina bangkit lebih awal dan menunduk sopan pada ibu mertuanya.

“Terima kasih kerana sudi bawa saya, Mama. Saya tak sempurna, tapi saya tak hidup untuk pujian atau penghinaan. Saya cuma nak hidup jujur.”

Medina melangkah keluar tanpa menoleh lagi.

Qalsum Raudhah hanya mampu memerhati bayang menantunya semakin hilang di pintu keluar restoran.

Suara-suara pujian dan kamera telefon masih berkumandang di belakang.

Di luar, seseorang sedang memerhati dari jauh. Wajahnya tidak asing. Matanya tajam. Senyumannya nipis.

Qalam.

Dia mendail nombor yang sudah terhafal.

“Medina Atalia... makin mencabar, ya? Tapi jangan lupa, siapa aku. Tunggulah malam nanti.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience