Antara Cemburu Dan Simpati

Drama Completed 450185

Medina Atalia menekup mulutnya di dalam bilik air. Perutnya mula terasa senak, dan rasa loya mula memanjat ke kerongkong.

Ia tidak pasti apakah ini kerana makanan atau kerana tekanan yang baru saja dia alami. Suara bentakan Tuan Mikael masih terngiang-ngiang dalam kepalanya.

“Apa aku dah makan tadi… Ya Allah… janganlah.” bisiknya dalam ketakutan.

Ia teringat akan senyuman aneh yang dilemparkan Datin Sri Qalsom, serta bagaimana Maria Elena menunduk tanpa berkata sepatah pun sewaktu ia menyuap makanan ke dalam mulut.

“Kalau betul makanan tu ada racun... Ya Allah selamatkan aku...” Medina terduduk di sisi tandas, tangannya menggigil.

Sementara itu di bilik utama, Maria Elena melipat tangan di dada, matanya mengekori setiap gerak langkah suaminya.

Ada sesuatu yang mula terasa janggal dalam rumah tangga mereka. Mikael Lutfi kini lebih kerap termenung, lebih sensitif… dan paling ketara, terlalu mengambil berat tentang Maid mereka itu.

“Biyy, you okay?” soal Maria perlahan.

“Hmm?” Mikael menjeling sepintas.

“I’m fine.”

“You sure?” Maria menghampiri dan menyentuh bahu suaminya.

“Biyy… I tak suka cara Mama layan Medina. Tapi dia tu kan cuma Maid.”

“Cuma Maid?” Mikael mendengus.

“She’s a human, Maria. Sama macam kita. Just because dia kerja dengan kita, doesn’t mean kita boleh pijak kepala dia.”

“Biyy…”

“Don’t. Please.” Mikael mengangkat tangan.

“I penat nak defend orang yang tak salah. Dari dulu sampai sekarang, Mama selalu hukum orang ikut suka.”

Maria Elena menelan liur.

“So… you say… Mama racun Sofia dulu tu betul?”

Mikael menatap isterinya dalam-dalam. Matanya memerah.

“Ya. Dan I bersalah sebab tak percaya Sofia bila dia cakap makanan yang Mama sediakan tu buat dia sakit.”

Maria Elena tergamam.

Perlahan-lahan, air mata mengalir dari hujung matanya.

“Tapi… kenapa Mama buat semua ni? Apa salah Medina pada Mama?”

“Because Medina tak tunduk pada kehendak Mama.” Mikael duduk semula di atas sofa, wajahnya tenggelam dalam telapak tangan.

“Sama macam Sofia dulu.”

Di bilik tetamu, Medina kembali berteleku di sisi katil. Sakit perutnya makin menjadi-jadi. Ia memandang telefon bimbitnya tidak tahu harus menghubungi siapa.

“Bob…?” bibirnya teragak-agak menyebut nama lelaki itu.

Tetapi dia tahu.

Jika dia telefon Bob, pasti Bob akan suruh dia lari, tinggalkan tempat ini. Tapi Medina bukan pengecut. Bukan lagi.

Dengan perlahan, dia bangun, membuka pintu bilik, dan melangkah keluar. Dia perlu tahu apa yang sebenarnya berlaku.

Datin Sri Qalsom sedang duduk bersila di ruang tamu bilik utama. Tangannya memegang secawan teh, wajahnya tenang tapi matanya meliar.

Maria Elena berdiri di sebelah, gelisah. Mikael Lutfi di seberang, sedang menunggu penjelasan dari wanita yang melahirkannya sendiri.

“Mama,” Mikael mula.

“kenapa Mama buat semua ni? Kalau Mama tak suka Medina, buang dia. Jangan sampai racun dia!”

“Kalau Mama buang dia, kamu yang akan ikut dia keluar dari rumah ni.” Balas Datin Sri Qalsom tenang.

“Don’t test me, Mama.”

“I’m not testing you. I’m telling you. Perempuan tu bukan setaraf dengan kamu, Mikael. Bukan juga untuk keluarga ni. Dia ni ibarat duri dalam daging.”

“Duri yang Mama sendiri letak dalam hati orang,” balas Mikael.

Pintu diketuk perlahan.

Semua kepala menoleh.

Medina Atalia menjenguk dari celah pintu, wajahnya pucat, tetapi berani.

“Tuan… Datin… saya nak cakap sesuatu,” ucapnya dengan suara yang jelas.

Datin Sri Qalsom mengangkat kening.

“Kau masih hidup?”

Medina menelan air liur, tapi dia melangkah masuk dan berdiri tegak.

“Ya. Saya masih hidup. Mungkin sebab Allah tahu niat Datin tu tak betul.”

“Kurang ajar!” Datin Sri Qalsom meletakkan cawan ke meja dengan kuat.

“Tuan Mikael,” Medina menoleh ke arah majikannya.

“Saya takkan lari. Saya akan terus kerja, tapi saya harap lepas ni tiada siapa cuba cederakan saya lagi.”

“Medina… kau okey?” Mikael bangun dan mendekati.

Medina Atalia mengangguk lemah.

Maria Elena berdiri kaku.

Hatinya berperang.

Antara cemburu dan simpati, antara rasa salah dan benci yang ditanam oleh emaknya. Dia memandang Mikael yang sedang meraih lengan Medina dengan penuh cemas.

Ada sesuatu dalam wajah suaminya yang membuat dia cemburu.

“Medina,” Maria Elena menyampuk.

“Kau tak perlu kerja lagi. Aku akan beri pampasan. Keluar dari rumah ni.”

Medina Atalia memandang Maria Elena.

“Saya tak perlukan duit Puan. Saya cuma nak keadilan. Kalau saya salah, buang saya secara betul. Jangan racun saya.”

“Cukup!” Mikael menjerit.

Semua terdiam.

“Medina, balik bilik kau. I’ll handle this.” Suaranya garau, mata tak lepas dari ibunya dan isterinya.

Medina Atalia tunduk, lalu melangkah pergi.

Lewat malam, Mikael Lutfi berdiri di balkoni, merenung langit gelap. Angin malam mengusap wajahnya. Ia tidak tahu bila terakhir kali hidupnya sebegini kelam dan berserabut.

Tiba-tiba, suara lembut menyapa dari belakang.

“Tuan…”

Mikael berpaling.

Medina Atalia berdiri di ambang pintu kaca, berbalut sweater nipis. Matanya sembab, tapi tetap bersinar dalam suram malam.

“Ada apa Medina?”

“Saya nak ucap terima kasih… sebab pertahankan saya siang tadi.”

Mikael menggeleng.

“Ak gagal. Kalau aku betul-betul pertahankan kau, kau takkan hampir mati hari ini.”

Medina Atalia tersenyum pahit.

“Saya dah biasa hidup macam ni, Tuan. Tapi hari ni… saya nampak masih ada orang yang peduli.”

Mikael Lutfi mendekat.

Wajah Medina hanya beberapa inci dari wajahnya.

“Kau bukan siapa-siapa bagi mereka, Medina. Tapi kau… kau mula jadi seseorang untuk aku.”

Medina Atalia terpaku.

Nafasnya tertahan.

“Tapi saya bukan siapa-siapa, Tuan. Saya bukan layak…”

Mikael mendekat lagi.

“Tapi aku sayang.”

Medina Atalia memandang Mikael Lutfi, air matanya mula bergenang.

“Jangan, Tuan. Jangan buat saya harap.”

Mikael Lutfi mengusap pipi wanita itu perlahan.

“Aku bukan layak… tapi aku sayang.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience