Pura-pura Terkejut

Drama Completed 450185

“Medina...? Cik Medina, ini jururawat. Waktu makan ubat sekarang," suara wanita itu sedikit cemas.

Masih tiada sahutan.

Jururawat itu menggigit bibir.

Hatinya mula tidak sedap. Dia menolak daun pintu sedikit demi sedikit, dan pintu itu rupanya tidak berkunci.

"Astaghfirullahalazim!" jerit kecil jururawat itu.

Medina Atalia terbaring di atas lantai marmar bilik air, dahi berdarah, dan matanya terpejam rapat.

Tubuhnya menggigil, mungkin menahan sakit atau mungkin juga kerana suhu badan yang merosot akibat darah yang mengalir.

Jururawat itu segera menekan loceng kecemasan. Sekelip mata, beberapa petugas kesihatan lain menyerbu masuk.

Tangisan kecil kedengaran dari jururawat tadi, yang langsung tidak menyangka pesakit yang kelihatan 'normal' tadi kini nyawa-nyawa ikan di lantai bilik air.

“Ambil stretcher! Cepat!” jerit doktor lelaki yang tiba bersama pasukannya.

Darah di dahi Medina tidak terlalu banyak, namun impaknya jelas. Dia kelihatan separuh sedar, bibirnya menggigil sambil menyebut sesuatu yang sukar difahami.

"...Uncle... Bob... jangan... tolong..." Suara itu hanya bisikan, tapi cukup buat doktor dan jururawat saling berpandangan. Nama yang disebut itu bukan nama biasa.

Sementara itu, di rumah agam milik Mikael Lutfi

Zara berdiri di tepi tingkap dapur, menggenggam erat cawan kopi yang kini sudah sejuk.

Fikirannya tak tenang sejak pagi tadi. Ainen pula masih seperti biasa senyap, tekun bekerja, tapi dari raut wajahnya...

Zara tahu, wanita muda itu sedang berperang dengan fikiran sendiri.

"Ainen..." Zara akhirnya bersuara, cuba memecah kebisuan yang menyesakkan.

"Ya, makcik?" Ainen menyahut perlahan, tetap tidak menoleh.

"Kalau ada apa-apa yang kamu tahu... kamu boleh cakap dengan makcik. Kadang-kadang, bukan semua rahsia perlu dikubur."

Ainen akhirnya menoleh.

Wajahnya tenang, tapi matanya... seolah menyimpan luka yang tak dapat dijelaskan dengan kata-kata.

“Rahsia yang saya tahu, makcik... kadang-kadang lebih bahaya kalau dibongkar.”

“Kenapa kamu cakap macam tu?”

Ainen senyum nipis.

“Sebab... rumah ni bukan macam rumah biasa. Dan orang-orang dalam rumah ni... bukan semua yang nampak baik itu benar-benar baik.”

Zara terasa jantungnya berdetak lebih laju. Apa sebenarnya yang Ainen tahu?

Kembali ke hospital.

Maria Elena dan Mikael Lutfi baru sampai ke rumah apabila satu panggilan kecemasan masuk ke telefon Maria.

Wajahnya berubah.

“Mikael... Medina!” Maria menjerit kecil pura-pura terkejut.

"Apa dah dengan dia?!"

"Dia... dia jatuh dalam bilik air. Doktor kata dia kehilangan kesedaran!"

Mikael terus mencapai kunci kereta.

“Cepat! Kita kena balik hospital sekarang juga!”

Dalam fikiran Medina yang kabur:

Ia berasa terapung.

Tubuhnya seolah terpisah dari dunia nyata.

"Aku... di mana ni?"

Gema suara sendiri bergema dalam kepalanya.

Bayangan seorang lelaki bertopeng muncul di hadapannya. Bukan wajah Mikael Lutfi. Bukan juga mana-mana watak dalam rumah agam itu. Tapi seseorang yang pernah menjadi pengancam dalam masa yang sama.

Qalam.

Nama itu berbisik di dasar fikirannya. Mata lelaki itu bersinar merah dalam kabus fikirannya.

“Aku kena keluar dari mimpi ni... Aku kena tahu apa yang berlaku... Siapa yang aniaya aku?!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience