Petang Jumaat itu, Mikael Lutfi melangkah masuk ke dalam rumah mewah miliknya dengan langkah terhoyong-hayang. Kepalanya berdenyut teruk, perutnya terasa loya sejak dari mesyuarat tengah hari tadi.
Semuanya berpunca daripada haruman menyengat dari seorang wanita seorang klien yang terlalu ghairah menampilkan diri di hadapan lelaki bergelar CEO itu.
"Aduh... peningnya kepala aku ni. Shttt..." Dia terus menjatuhkan dirinya ke atas sofa empuk tanpa menanggalkan stokin dan pakaian kerja.
"Medina! Mana air dengan Panadol yang aku minta tadi?!" jeritnya sambil memicit dahinya.
Langkah tergopoh-gopoh kedengaran dari arah dapur. Medina Atalia, gadis muda berusia 21 tahun yang menjadi pembantu rumah di banglo mewah itu, muncul dengan wajah panik sambil membawa segelas air dan dua biji Panadol.
"Maaf, Tuan. Medina ada di dapur tadi. Ini air dan ubat Tuan," ucapnya perlahan, duduk sopan di atas karpet maroon, menghulurkan ubat.
"Bagi sini! Kau tak dengar ke.?!" bentak Mikael lalu merampas ubat dan meneguk air hingga separuh gelas.
"Medina minta maaf, Tuan. Medina tak sengaja."
"Maaf! Maaf! Esok kau ulang lagi. Ambil ni, cuci!" Baju kerjanya dicampak ke kepala Medina dengan senyuman sinis.
"B-baik, Tuan..." Medina segera tunduk dan membuka stokin panjang dari kaki majikannya dengan penuh hati-hati.
Mata Mikael Lutfi tiba-tiba menangkap bauan lembut dari tubuh gadis itu. Tidak menyengat seperti yang membuatkan dia sakit kepala tadi.
Bau itu... menenangkan.
‘Wangi... tapi sesuai. Pelik. Aku ni kena mandrem ke apa?’ Dia menggelengkan kepala.
"Ehem..." Medina cuba mencuri perhatian majikannya yang sedang merenung tanpa berkedip.
"Tuan Mikael.? Tuan, kenapa? Masih sakit kepala ke?"
Beberapa kali Medina melambai, namun Mikael masih tersenyum sendiri, tenggelam dalam fikirannya.
Prap!
Tangan Mikael ditampar perlahan oleh Medina.
"Aduh!" Mikael terkejut.
"Maaf, Tuan... Medina ingat Tuan dah jauh termenung."
"Hm..." Mikael kembali tersedar. "Mana Maria?"
"Puan ada dekat kolam renang. Tengah... makan, Tuan."
"Huh. Makan lagi. Hidup dia tak lain dari makan je. Macam mana nak ada zuriat kalau hari-hari memukbang!"
Medina hanya tunduk, cuba menyembunyikan senyuman kecil. Sudah biasa dia dengan bebelan itu.
"Medina, setengah jam lagi kejutkan aku ya."
"Baik, Tuan."
Medina beredar ke dapur, meninggalkan majikannya yang sudah rebah ke sofa semula.
Dalam kamar utama, Maria Elena masuk dengan hanya berbikini dan cardigan nipis bercorak bunga sakura. Dengan tanpa malu, dia terus memeluk Mikael dari belakang.
“Biyy…” Manjanya bersulam senyuman menggoda.
Mikael hanya menoleh dengan wajah bosan. “You tahu tak I sakit kepala dari tadi? Tapi yang rawat I bukan you. Maid yang buat semua tu.”
Maria hanya tergelak dan mencium leher suaminya. “Maaflah sayang, I tak sangka... I thought you needed rest.”
”You nak makan tak.?“ tanya Maria dengan lemah lembut.
“Pergilah makan sorang. I takde selera.”
“Okay baby, I suruh Maid hantar makanan ke atas.”
Setengah jam kemudian, ketukan di pintu bilik mengejutkan Mikael dari lenanya.
Tok Tok
“Tuan... Tuan, boleh Medina masuk?”
Tok Tok
"Masuk!" bentaknya tiba-tiba.
Medina masuk perlahan sambil menolak troli makanan.
“Makcik masakkan bubur nasi dengan sup ayam berempah, Tuan. Medina hidangkan ya...”
“Aku tak lapar.”
“Tapi Tuan tak makan apa-apa lagi sejak balik tadi. Takut perut masuk angin. Nanti Puan Maria pula susah hati.”
“Jangan nak babitkan isteri aku!”
“Eh, bukan niat Medina... cuma...”
“Cukup!”
Medina terdiam.
“Suapkan aku sekarang. Bubur tu dah mula kembang.”
Tanpa membantah, Medina duduk bersimpuh dan menyuapkan bubur dengan penuh hati-hati.
“Panas tak?” soalnya.
Mikael menggeleng, lalu tiba-tiba menekup mulutnya.
“Huek—”
“Ya Allah, Tuan. Muntah dalam mangkuk ni...”
Kepala Mikael semakin sakit. Medina cepat-cepat mengurut belakang tengkuknya.
“Minum air ni, Tuan... sikit je...”
Dia mengurut perlahan, penuh lembut.
“Kalau Tuan tak makan nanti, saya yang kena marah saya takut dipecat.”
Kata-kata itu membuatkan Mikael terdiam. Perlahan dia bangun.
“Bangun. Duduk sini. Suap aku... sampai mana aku mampu.”
Medina mengangguk cepat.
Matanya bersinar. Dia menyuap perlahan-lahan, sekali dengan sup ayam panas.
Beberapa minit kemudian, hanya tinggal sedikit bubur dalam mangkuk. Mikael memandang Medina yang sedang mengemas meja makan kecil di sisi katil.
Dia merenung lama.
Terlintas sesuatu di hatinya.
“Kenapa dia lebih dari isteri aku? Kenapa aku rasa dia yang sepatutnya ada di sisi aku?”
Share this novel