Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dipenuhi dengan orang ramai hari itu. Kes perbicaraan Maria Elena binti Zulkarnain, atas tuduhan membunuh Arlinda binti Johari, menarik perhatian bukan sahaja media, tetapi juga orang-orang kenamaan yang sebelum ini pernah mengenalinya sebagai isteri kepada ahli perniagaan terkenal, Mikael Lutfi.
Medina Atalia, kini sedang sarat mengandung, hadir ditemani oleh suaminya. Wajahnya tenang, tapi mata tajam memerhati ke setiap penjuru mahkamah. Datin Sri Qalsum pula duduk di barisan belakang, tertunduk, tidak sanggup menatap wajah menantunya yang kini bergari.
Hakim Besar, Tuan Haji Zamri:
“Kes Peguam Negara melawan Maria Elena binti Zulkarnain, atas tuduhan membunuh dengan niat. Pihak pendakwa, sila bentangkan kes.”
Pendakwa Raya, Encik Nazmi:
“Yang Arif, pihak kami mempunyai bukti jelas yang menunjukkan tertuduh bertindak membunuh mangsa, Arlinda binti Johari, di hadapan sebuah kafe di Jalan Ampang.
Rakaman CCTV menunjukkan tertuduh menolak mangsa ke jalan raya dengan niat, menyebabkan mangsa dirempuh kenderaan dan meninggal di tempat kejadian.”
Maria Elena menggigit bibir, menahan marah dan takut.
Peguam Pembela:
“Tertuduh tidak berniat membunuh, ia hanya berlaku secara tidak sengaja. Satu pertengkaran biasa, dan mangsa sendiri memprovokasi tertuduh dengan tuduhan palsu dan ugutan.”
Pendakwa Raya:
“Kami mempunyai saksi yang menyatakan tertuduh pernah mengugut mangsa beberapa hari sebelum kejadian, dan menyebut ‘jika kau terus kacau Mikael, aku akan pastikan kau lenyap dari dunia ni’.”
Suasana mahkamah hening.
Medina Atalia hanya tunduk.
Air matanya bergenang. Dia bukan ingin melihat Maria terseksa, tetapi dia tahu… kebenaran harus ditegakkan.
Hakim:
“Dipanggil ke kandang saksi… saksi utama, Encik Ridzuan bin Talib, pengurus kafe dan saksi mata kejadian.”
Encik Ridzuan:
“Saya nampak sendiri puan Maria tolak Arlinda kuat-kuat. Waktu tu mereka bergaduh. Saya nak halang, tapi dah terlambat. Arlinda jatuh, dan... kereta tu langgar dia.”
Tiga hari perbicaraan berlangsung. Setiap bukti dibentang, setiap saksi dipanggil. Akhirnya..
Hari Keputusan
Maria Elena berdiri di kandang tertuduh. Pucat, mata lebam, tubuh sedikit menggigil.
Hakim:
“Setelah menilai segala bukti, saksi dan hujahan, mahkamah mendapati Maria Elena binti Zulkarnain bersalah di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Dengan ini, tertuduh dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.”
Tangisan Maria bergema dalam mahkamah. “TIDAK! Ini tak adil! Mama! Mama tolong I! Mikael… I buat semua ni untuk you!!”
Mikael Lutfi menunduk.
Tiada simpati tertinggal.
Medina Atalia menggenggam tangannya erat.
Datin Sri Qalsum mengesat air matanya.
Walau berat, dia tahu… ini harga yang Maria harus tanggung.
Selepas perbicaraan
Di luar mahkamah, wartawan mengerumuni Medina dan Mikael, tetapi mereka berlalu pergi tanpa sepatah kata.
Yang penting kini adalah dua nyawa yang dikandung Medina. Mereka adalah harapan baru… bukan beban kisah silam.
Medina menoleh ke arah Datin Sri Qalsum.
“Terima kasih, mama… sebab hadir. Saya tahu… semua ni menyakitkan.”
Datin Sri Qalsum memandangnya dalam wajahnya lembut untuk pertama kalinya
“Kau perempuan yang kuat, Medina. Aku tak sangka… aku akan mula belajar terima kau sebagai menantu.”
Share this novel