Maria Elena melangkah masuk ke sebuah restoran eksklusif di tengah kota. Wajahnya bersinar, senyum manis terukir di bibir, jelas terpancar kerinduan yang selama ini disimpannya kemas di dalam hati.
Hampir dua bulan dia tidak berjumpa lelaki itu. Bukan kerana marah, bukan juga kerana sengaja menjauh, tetapi masa dan situasi yang membatasi.
Handbag mewah diletakkan di atas kerusi kosong. Dia duduk perlahan di hadapan seorang lelaki yang sedang menyandar, merenung anak jam di dinding.
"You late, baby," tegur lelaki itu dengan nada merajuk yang dibuat-buat, menunjuk ke arah jam.
Maria tertawa kecil, cuba meredakan suasana. "Baby, I'm sorry. Bukan kehendak I nak lambat. You pun tahu kita dah lama tak jumpa. Tempat ni pun lain dari biasa. Janganlah marah, ya?"
Dia menggenggam jemari lelaki itu, cuba mencairkan hati yang mungkin sedang panas.
Lelaki itu, Hadi Arman, sekadar menggeleng dengan senyum nipis. Ada rindu dalam renungannya, tetapi ada juga beban yang semakin berat untuk dipikul.
"Siapa saja tak marah, baby? Husband you balik malam ni. So, bila lagi kita boleh berjumpa? Cakap dekat I."
Maria tunduk seketika, bermain dengan cincin di jarinya.
“Bila-bila pun boleh. You tahu kan, I ni isteri yang ‘baik’... Suami I percaya semua cakap I. Dia tak pernah tanya lebih-lebih. Tapi I tetap nak you sabar.”
“Sampai bila, Maria? Sampai bila you nak sembunyikan hubungan kita macam ni? I dah penat menyorok macam pencuri. You tahu tak, perasaan I setiap kali tengok you balik ke rumah orang lain?”
Maria tersenyum pahit. “Baby, you jangan ubah. I tak pernah cintakan suami I. You je yang I sayang.”
Dia cuba memujuk lagi. Pandangannya tertancap pada wajah lelaki yang pernah menjadi cinta pertamanya. Yang masih kekal dalam hati walau masa berubah.
“Baby... nak I belanja sesuatu tak?” soalnya dengan nada menggoda.
Hadi senyum sinis. “Apa yang you nak belanja, hah?”
Maria bangun sedikit, mendekat. “Sesuatu yang buat hati you sejuk balik... I know you takkan tolak.”
"Kalau ini permainan you, baby, I akan ikut. Tapi I nak kita pergi jauh. Keluar dari sini. Kita berdua saja."
Maria ketawa kecil sambil angguk setuju. Tangan mereka berpimpinan keluar dari restoran tanpa menghiraukan pandangan sekeliling.
Namun, mereka tidak sedar... ada sepasang mata sedang memerhati dari kejauhan.
Najwa, adik angkat Maria, berdiri di sebalik tiang besar berhampiran. Matanya membulat, hati mula dihimpit kekeliruan.
"Itu... Kak Maria?" bisiknya sendiri.
"Dengan lelaki lain? Bukan suami dia?" Dia cuba menepis perasaan ragu, tetapi bayang wajah Maria dan lelaki itu terlalu jelas.
Mereka kelihatan terlalu mesra, terlalu intim.
"Najwa!" panggil satu suara lelaki dari arah belakang.
Dia tersentak.
"Eh, Profesor?"
"Kenapa awak tercegat di situ? Bukan ke tadi kita datang sama-sama?"
Najwa cuba senyum, tetapi senyumannya tawar.
"Saya... saya tak apa-apa."
Mereka berjalan semula, namun Najwa masih terdiam. Kepalanya penuh dengan persoalan.
Sampai di parkir, Shahrul membuka pintu kereta dan Najwa masuk perlahan.
“Najwa,” panggil Shahrul serius.
“Iya, profesor.”
“Apa yang sebenarnya berlaku sampai awak ajak saya keluar tadi?”
Najwa merenung jari-jemarinya yang mula menggigil.
“Profesor percaya tak... cinta tiga segi wujud?”
Shahrul terdiam.
Dia tak sangka itu soalan yang akan ditanya.
“Saya tak percaya, Najwa. Tapi kalau kita sendiri yang wujudkannya, maka terjadilah ia. Kenapa?”
“Sebab saya baru je tengok... cinta tiga segi tu berlaku depan mata saya sendiri. Kakak angkat saya... dengan lelaki lain. Bukan suami dia, profesor. Mereka bermesra, berpimpin tangan, bergelak ketawa...”
Shahrul terkedu.
“Najwa, awak pasti itu Kakak awak?”
“Pasti! Saya kenal gaya jalan dia. Suara dia. Malah perfume yang dia pakai pun saya cam. Itu memang Maria Elena, profesor. Dia... dia curang.”
Shahrul cuba tenangkan Najwa, tetapi dia tahu gadis itu bukan jenis yang mudah mengada-adakan cerita.
Tambah pula, dia kenal Maria Elena wanita sempurna di luar, tetapi penuh misteri di dalam.
“Najwa… saya minta maaf kalau saya kurang percaya tadi.”
Najwa masih diam. Tangannya digenggam oleh Shahrul.
“Sayang… jangan macam ni. Saya percaya.”
Namun, Najwa menjeling.
“Profesor pernah bercinta dengan orang lain sebelum saya?”
Pertanyaan itu seperti tikaman halus. Shahrul tergamam.
“Apa awak cakap ni, sayang?”
“Jawab. Sebelum saya. Profesor ada hati dengan wanita lain?”
Shahrul gugup.
Dia tidak menyangka Najwa akan bertanya sebegitu rupa.
“Saya tak faham. Next.”
Najwa mengeluh keras.
“Semuanya next. Malaslah nak tanya lagi.”
Dia berpeluk tubuh, memaling muka ke tingkap. Shahrul cuba memujuk dengan gurauan.
“Nak makan sushi?”
“Tak nak.”
“Cheese Nanco’s yang viral tu?”
“Tak nak!”
“Kita pergi tasik?”
Najwa berpaling, matanya tajam.
“Saya cakap tak nak, profesor!”
Shahrul tersenyum mesra walau hati sedikit terguris.
“Kalau awak cepat tua sebab marah-marah ni, siapa nak marah-marah kat saya lagi bila kita kahwin nanti?”
Najwa tidak mampu menahan tawa kecil.
“Awak ni pandai betul ambil hati saya.”
Shahrul segera menariknya dalam pelukan.
“Saya minta maaf. Saya sayang awak, Najwa.”
“Profesor, awak pernah bercinta sebelum saya ke tidak?” tanya Najwa lagi, kali ini dengan wajah yang lebih serius.
“Saya... saya pernah suka seseorang. Tapi itu dulu. Sekarang hati saya hanya untuk awak.”
Najwa tersenyum nipis.
“Kalau saya tak tanya, mesti awak tak akan bagitahu kan?”
Shahrul hanya memeluk Najwa lebih erat.
Dan di dalam debaran hati masing-masing, mereka tahu... perjalanan cinta mereka baru saja bermula. Dan cabarannya akan lebih besar dari sekadar pertanyaan tentang masa lalu.
Share this novel