Bertemu Ahli Keluarga Medina Atalia

Drama Completed 450185

Medina menggenggam jemarinya erat. Setiap langkah ke rumah orang tuanya terasa berat. Nafas ditarik dalam-dalam. Dalam hatinya, ada badai yang cuba ditahan risau, malu, takut, semua bersatu.

Di sebelah, Mikael Lutfi tenang saja bercekak pinggang. Tapi renungannya tajam, seakan tahu sesuatu.

Langsung tak senyum, hanya matanya yang mengecil merenung Medina yang mendahului langkah ke pintu rumah.

“Jemput masuk, Tuan...” Suara Medina perlahan, cuba profesional walau jantung dah berdegup kencang.

Tapi langkah lelaki itu tetap tak berubah. “Apalagi Medina...? Sampai bila kau nak tutup semua ni daripada aku?”

Nadanya bukan keras, tapi penuh sindiran dan cabaran. Mata itu memerhati, cuba membaca seluruh tubuh dan wajah Medina.

“Hm, aku akan tunggu penjelasan dari kau nanti...” Mikael menghela nafas sebelum ikut melangkah ke depan pintu rumah papan yang sederhana, tersusun kemas dan bersih.

“Assalamualaikum, Pakcik... Makcik...” Suaranya ramah tapi terkawal. Tangan dihulur bersalam, penuh sopan.

Dia dan Medina Atalia membawa barangan-barangan dapur dan snek ringan untuk keluarga itu.

Dia melihat rumah teres satu tingkat itu dengan menggeleng kepala.

Susah dia nak tebak siapa sebenarnya Medina Atalia ini.

“Waalaikumussalam... Tuan, silakan masuk ke dalam.” Pelawa Encik Dafizan sambil senyum ramah.

Sebagai bekas pegawai kerajaan, beliau tahu menilai adab orang. Aura Mikael memang besar, tapi mata tua itu cukup tajam menangkap ketegangan yang menyelubungi anak gadisnya.

Mereka duduk di ruang tamu yang sederhana tapi kemas. Mikael memerhati sekeliling. Bingkai-bingkai gambar keluarga di dinding dan salah satunya menarik perhatiannya.

Gambar Medina. Bukan seperti Medina yang dia kenal sekarang tetapi versi Medina yang polos, bertudung labuh, bersinar dengan senyuman tanpa beban.

“Ini gambar lama kau ya, Medina?” Tanya Mikael, nada suara masih lembut tapi penuh makna.

Medina mengangguk kecil.

“Zaman dulu...”

Makcik Rohani, ibu Medina, keluar membawa dulang dengan air sirap dan kuih seri muka.

“Maaf ya, rumah kami tak seberapa. Harap Tuan tak kisah...”

“Tak langsung, Makcik. Saya suka tempat yang tenang macam ni.” Jawab Mikael sambil menyambut air dengan sopan.

Tapi pandangan matanya tetap pada Medina.

“Tuan Mikael tahu, apa hajat sebenar datang ke sini?” soal Encik Dafizan akhirnya.

Mikael Lutfi menunduk.

Dia sudah bersedia untuk memberitahu, tapi lidahnya kelu.

Mikael menyampuk, suara lebih yakin dan tegas.

“Saya datang sebab saya nak masuk meminang anak Pakcik dan Makcik. Nama saya Mikael Lutfi. Mungkin Pakcik dan Makcik pernah dengar sedikit tentang saya.”

Puan Farhana dan suaminya saling berpandangan. Seketika, suasana menjadi sunyi.

“Tuan ni... yang kerja dengan Medina tu?”

Mikael mengangguk.

“Ya, saya majikan dia. Tapi saya juga lelaki yang sayangkan dia, dan mahu jadikan dia isteri saya.”

Tangan Medina menggigil.

Kenapa lelaki ini terlalu berani?

Encik Dafizan bersandar sedikit ke belakang.

“Medina, betul ke semua ni?”

Medina angguk perlahan.

“Ya, abah...” suaranya tenggelam dalam sendu.

“Saya... saya setuju kalau Tuan Mikael ikhlas.”

Mikael Lutfi menjeling tajam.

“Medina, aku bukan datang ni nak main-main. Aku tahu banyak benda pasal kau yang orang tak tahu, tapi aku masih nak kahwin dengan kau. Aku nak kita bina hidup baru.”

Encik Dafizan merenung anak gadisnya.

“Tapi Medina... kamu tahu dia dah ada isteri, kan?”

“Dua.” Sampuk Medina, nada seperti bergurau tapi matanya penuh sendu.

Mikael Lutfi terus menunduk.

“Saya tak sempurna, Pakcik. Tapi saya jamin satu saya tak akan sia-siakan Medina. Saya datang ni bukan sebab suka-suka. Saya dah buat keputusan.”

Sunyi kembali mengisi ruang tamu itu. Hanya kedengaran kipas berpusing perlahan.

“Kami orang biasa saja, Tuan. Medina pun bukan siapa-siapa. Kami tak minta banyak. Tapi... pastikan jangan lukakan dia lagi.“

“Dia dah terlalu banyak menangis sejak kecil.” Ucap Puan Farhana perlahan, tapi cukup untuk menyentuh hati Mikael.

Dia angguk, perlahan-lahan.

“Saya janji, Makcik.”

Medina hanya tunduk, hatinya masih ragu-ragu. Tapi satu perkara dia tahu bila Mikael berani hadir ke rumah orang tuanya, itu bukan mainan lagi.

Tapi di luar rumah, dari celah pohon jambu, sepasang mata sedang memerhati senyap-senyap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience