Bubur Nasi Dan Tongkat Dalam Selimut

Drama Completed 450185

Di pagi yang dingin dan damai, sebaik sahaja azan Subuh berkumandang, empat orang maid di rumah mewah keluarga Lutfi sudah pun bergegas bangkit dari tempat tidur. Seperti rutin biasa, mereka akan memulakan kerja seawal pagi.

Zara, tukang masak utama di rumah itu, sudah bersedia di dapur. Tangan cekapnya menyiapkan sarapan pagi buat semua penghuni rumah.

"Medina... Minah... Laila! Makan cepat, nanti korang lambat," arah Zara sambil mengacau telur dadar di atas dapur berapi.

"Makcik... Medina nak makan dengan garam belacan boleh tak?" tanya Medina Atalia sambil tersengih manja.

"Boleh tu boleh... Tapi pagi-pagi dah mengidam ke, baru lepas Subuh ni?" Zara membalas, separuh hairan separuh bergurau.

"Jangan-jangan kau mengidam, Medina!" usik Laila sambil memeluk Medina dari belakang.

"Mana ada..." Medina ketawa kecil. "Tapi... adalah juga sikit-sikit."

"Budak ni... Mengidam apa pula agaknya," seloroh Aminah, berpura-pura marah.

Setelah sarapan disiapkan, mereka duduk bersama di meja makan. Suasana harmoni pagi itu hanya dipecahkan oleh bunyi jam berdetik menandakan pukul tujuh pagi.

Tepat jam tujuh, Medina Atalia segera naik ke tingkat atas, menuju ke bilik majikan. Sudah menjadi rutinnya, setiap pagi dia akan mengetuk pintu sebelum mengemop dan mengemas kawasan peribadi mereka.

Tok Tok.

“Bismillahirrahmanirrahim… Tuan, Puan... Hari dah siang ni.”

Saat dia ingin mengetuk kali ketiga, daun pintu sudah pun terbuka. Maria Elena, isteri majikannya, muncul dengan pakaian tidur yang sangat menjolok mata.

"Ada apa, Medina?" tanya Maria dalam nada malas sambil menguap.

"Assalamualaikum, Puan... Nak ambil pakaian semalam di bilik mandi."

“Pagi. Masuk je lah, majikan awak tu belum bangun. Tolong kejutkan dia sekali.”

“Baik, Puan.” Medina melangkah masuk, dan Maria berlalu pergi.

Medina menepuk dahinya sendiri sebaik pintu ditutup. Pandangan matanya menyapu seluruh bilik yang kelihatan seperti kapal pecah.

“Astaga… ini bilik ke stor?” hatinya membebel.

Dia mengutip baju-baju berselerakan—termasuk pakaian dalam Maria Elena—dan memasukkannya ke dalam bakul cucian.

Tiba-tiba...

"Umm... Argh..."

Desahan dari arah katil membuatkan Medina membeku. Dia buat-buat tidak dengar dan terus bekerja, sehinggalah...

"Argh! Medina! Kau buat apa dalam bilik aku ni?" jerkah satu suara garau. Mikael Lutfi, majikannya, separuh bangun dan segera menutup tubuhnya dengan selimut tebal.

"Saya... Saya cuma ambil pakaian kotor je, Tuan. Ini rutin harian saya..."

Mikael terdiam. Mukanya kelihatan bingung, tetapi dia tidak berkata apa-apa lagi, hanya membiarkan Medina meneruskan kerjanya.

“Jangan pecahkan barang aku sudahlah,” pesannya dingin.

"Baik, Tuan."

Medina terus bersihkan bilik mandi. Tiba-tiba, suara Mikael memanggil semula dari katil.

“Medina, sini sekejap…”

Dia segera keluar dari bilik mandi.

“Aku tak larat nak bangun. Kau boleh masakkan bubur nasi macam semalam? Tapi aku nak kau yang masak, bukan Zara,” katanya sambil merenung atas bawah tubuh Medina.

“Boleh, Tuan. Tapi saya habiskan kemas bilik mandi dulu ya?”

“Pergilah… Tapi jangan lupa bubur tu.”

Medina cepat-cepat keluar dari bilik, lega kerana ‘selamat’ dari situasi janggal tadi. Namun, belum sempat jauh, terdengar bunyi Brak!

“Aduh! Medina!”

Dia berpatah balik dan melihat Mikael terbaring di lantai.

“Ya Allah, Tuan! Kenapa ni?” Medina segera menutup mata dengan tangan sebelah, malu melihat majikannya yang tidak berpakaian.

“Pakaian aku kau letak jauh sangat…” rungut Mikael.

Medina pantas mengambil pakaian di meja dan memapah Mikael kembali ke katil.

"Auch!"

“Kenapa Tuan? Terseliuh ke?”

“Tongkat aku... bangun sendiri pula.”

“Tongkat?” Medina kehairanan. “Sejak bila Tuan pakai tongkat?”

“Dalam selimut ni,” jawab Mikael selamba.

Glup.

Medina menelan air liur. Dia cepat-cepat beredar, dengan alasan mahu menyiapkan bubur nasi. Namun, sebelum sempat melangkah jauh, tangannya ditarik.

"Jangan lambat. Aku lapar."

“Baik,” jawabnya sebelum melangkah keluar.

Sampai di bawah, Medina melihat jam. Sudah sejam berlalu sejak dia masak bubur nasi itu. Kini ia sudah sejuk dan kembang.

“Haish... Bubur nasi bertemakan sup ayam special dah jadi bubur ais,” bebelnya sendiri.

Zara yang melihatnya menggeleng kepala.

“Kenapa ni? Tuan tak makan ke?”

“Err... Tuan dan Puan ada meeting tadi. Saya tunggu sejam tapi takde siapa buka pintu.”

“Macam-macam,” gumam Zara. Medina pun duduk dan makan bubur nasi itu sendiri.

Laila dan Aminah datang membantu mengangkat cucian. Mereka faham keadaan Medina yang lemah lembut dan tak biasa buat kerja berat.

Tiba-tiba, Aminah berbisik perlahan.

“Makcik nampak tadi Puan Maria keluar ikut pintu belakang, lepas kamu naik tadi.”

“Ye ke?”

“Biarlah... Mungkin dia ada urusan,” sampuk Laila.

“Tapi Tuan belum makan. Macam mana nak sihat,” bantah Aminah.

“Biarlah urusan diorang. Jangan sibuk!” Zara mencubit lengan Aminah.

Dringgg... Dringgg...

Telefon rumah berdering kuat. Laila pantas mengangkatnya.

“Helo? Rumah Tuan Mikael Lutfi, siapa di sana?”

“Aku majikan korang berempat!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience