Sudah seharian mereka berempat berada di sebuah hotel setelah turun dari penerbangan dan menghampiri rakan Mikael Lutfi yang sedang menunggu mereka di pelepasan Gate.
Maria Elena masih kekal mahu berkepit dengan Mikael Lutfi walau ke mana sahaja mereka pergi, tidak ubah seperti bayang-bayang yang enggan berpisah.
Manakala Datin Sri Qalsom pula tetap tidak berhenti mencetuskan onar kepada Medina Atalia, tanpa sedikit pun rasa bersalah.
“Kau berdiri dekat situ buat apalagi? Dah siap kemas-kemas, berambus lah keluar!” jerit Datin Sri Qalsom sambil mengangkat hanger dan mengibasnya ke arah belakang Medina yang berdiri di sisi Maria Elena.
“Argh... Datin, maaf,” ucap Medina perlahan, menunduk sedikit tanda hormat.
“Mama…” tegur Mikael Lutfi perlahan, namun suaranya tenggelam dalam pekikan ibunya.
“Maid you ni memang bodoh! Dah habis kerja, kenapa masih melekat dalam bilik ni lagi?! Dasar miskin!” tengking Datin Sri Qalsom tanpa belas.
“Ya Allah, Mama... nama pun maid, dia ikut arahan majikanlah.”
“Medina, you boleh keluar dulu. Apa-apa nanti I akan call you ya,” ujar Maria Elena sambil menyentuh belakang Medina dengan lembut.
“Baiklah. Saya akan keluar sekarang, jika…”
“Hye! Berambus lah sana!!!” Datin Sri Qalsom menolak bahu Medina hingga dia jatuh tersungkur ke lantai.
“Puan… Medina minta diri dulu. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam, hati-hati jalan, Medina,” ujar Maria Elena perlahan, memerhati langkah pantas Medina meninggalkan biliknya.
“Mama buat semua ni demi kebaikan you, Maria. I bukan dengki dengan kecantikan yang dia ada. Tapi umur you makin meningkat.”
Maria Elena diam. Dia tahu maksud tersirat kata-kata itu.
“You masih belum ada anak untuk ikat kekayaan anak I tu, Mikael. You kena lahirkan zuriat dia, demi masa depan you sendiri.”
Datin Sri Qalsom bangun dan berjalan keluar dari bilik Maria Elena. Langkahnya tidak berhenti dia menuju ke bilik Medina Atalia dengan satu niat yang tidak pernah berganjak.
Maria Elena hanya memandang. Hatinya bercampur. Tapi dia diam. Diam itu baginya lebih selamat.
Datin Sri Qalsom membuka pintu bilik Medina dengan rakus dan menutupnya semula dengan hempasan kuat.
Di dalam, Medina sedang melipat pakaian. Tidak sempat dia bangun, satu tamparan hinggap ke pipinya.
“Argh! Datin!”
“Aku tak nak kau ganggu hubungan anak menantu aku sedetik pun!” herdik Datin Sri Qalsom, menggila.
Plak!
“Kau tahu diorang boleh bahagia tanpa kau, perempuan sundal!”
Plak!
Berulang kali tamparan hinggap ke pipi dan bahu Medina. Dia hanya mampu mengelak seadanya.
“Datin, apa salah Medina? Saya cuma nak bekerja, bantu sara keluarga…”
Plak!
“Kau dengar sini baik-baik, perempuan tak tahu malu! Kalau kau berani ganggu keluarga aku, aku akan pastikan keluarga kau pun sengsara. Faham?!”
“Faham... Datin…” Medina meletakkan tapak tangan di pipi yang mula membengkak. Pandangannya kabur.
Sakit. Kepala terasa berdenyut, perutnya loya, ingin muntah.
“Huh! Bodoh!” ejek Datin Sri Qalsom sebelum melangkah keluar dengan wajah penuh kepuasan.
“Argh... Ya Allah. Apa salah aku?” Medina menggenggam perutnya, cuba bangun.
“Kalau kakak tahu jadi macam ni, kakak sanggup mati, Mama...”
Tangisnya pecah. Ingatan silam mula berputar dalam benaknyatentang zaman kegemilangannya sebagai seorang model terkenal.
Dua tahun lalu...
Hotel Ritz Grand Ballroom dipenuhi dengan lampu-lampu indah dan pengunjung-pengunjung elit. Medina Atalia sedang bersiap untuk wawancara khas bersama beberapa jenama antarabangsa.
Uncle Bob, pengurus merangkap pelindungnya selama ini, menunggu di luar bilik persalinan.
“Baby girl, cepat sikit! Nanti wartawan datang serbu.”
“Uncle, zip belakang ni sangkutlah!”
Bob tersenyum, membantu sambil berseloroh, “Jangan-jangan you dah gemuk?”
“Uncle!! Ishhh…”
Tawa mereka bergema di lorong belakang pentas. Tapi Medina tak tahu, dari kejauhan, sepasang mata sedang memerhati mata lelaki bernama Qalam, individu misteri yang pernah menjadi pelindung... dan kini menjadi punca segalanya runtuh.
Di sudut lain ballroom, dua orang staf baru, Fasihah dan Fauziah, berbual sambil mengelap pinggan:
“Eh kau tahu tak, aku dengar Medina tu dulu model untuk produk global. Tapi lepas tu tiba-tiba dia senyap...”
“Yelah, aku dengar macam ada skandal. Tapi aku rasa dia kena fitnah lah. Dia tak nampak pun jenis gila glamor sangat.”
“Tu lah. Aku pun pelik. Tapi kesian lah dia kerja maid sekarang…”
Di meja penyambut tetamu, seorang lelaki muda bernama Ikram, pembantu kepada Bob, juga berbual dengan seorang pelanggan tetap mereka.
“Medina tu dulu memang top. Tapi sejak kena tuduh mencuri emas jenama antarabangsa tu, terus karier dia jatuh.”
“Tapi tuduhan tu tak pernah dibuktikan, kan?”
“Tak. Tapi... biasalah. Industri hiburan ni, kalau sekali nama tercalar, susah nak naik semula.”
Selepas wawancara, meja Medina dipenuhi hadiah dari peminat dan rakan-rakan syarikat. Elly, pembantunya, tergelak kecil.
“Taraaa!”
“Banyaknya hadiah. Tapi ni... siapa pula yang bagi bunga ni?”
“Tak tahu. Tak ada nama pun. Tapi dia tulis, ‘Salam sayang.’”
Medina membaca kad itu berkali-kali. Hatanya jadi gusar.
Malam itu juga, seorang pengawal keselamatan hotel bernama Hamidi ternampak kelibat lelaki mencurigakan berhampiran bilik Medina. Lelaki itu memakai topi dan hoodie hitam.
Bila ditegur, dia terus lari.
Hamidi cepat-cepat membuat laporan kepada pengurusan hotel. Tetapi tiada siapa ambil serius.
Semenjak peristiwa itu, hidup Medina berubah. Dia dikejar, diugut. Segalanya kerana satu nama Qalam.
Dan kini, setelah lama berdiam, nama itu kembali meniti di bibirnya. Dengan perut yang berdenyut sakit, dengan pipi membengkak dan hati yang luka parah, Medina menangis sendirian dalam bilik yang gelap.
Di luar bilik, Hamidi mendekati pintu yang dibiarkan sedikit terbuka. Dia ternampak Medina dalam keadaan lemah.
“Cik Medina...”
Hamidi masuk perlahan.
“Cik okay ke?”
Medina hanya menggeleng.
Hamidi terus capai telefon bimbit dan hubungi seseorang.
“Doktor Irfan, tolong datang ke bilik 308 sekarang. Kecemasan.”
Share this novel