Namun di sebalik semua ucapan tahniah dan senyuman itu, masih ada mata yang tidak mampu berkelip kerana kecewa.
Maria Elena memeluk dirinya sendiri, duduk di sudut sofa. Bahunya bergetar menahan tangisan yang semakin lama semakin menghimpit dadanya.
Sakit.
Pedih.
Dikhianati itu yang dia rasa.
“Mama…” Maria menoleh pada Qalsum.
“Kita kena buat sesuatu. Kita tak boleh biarkan perempuan tu rampas semuanya…”
Qalsum Raudhah masih termenung jauh. Matanya kabur menahan rasa.
Tapi dalam diam, hati seorang ibu sedang membuak dengan dendam yang belum sempat dilafazkan.
“Dia akan hancurkan semuanya, Maria. Kita kena pertahankan keluarga ni,” bisik Qalsum perlahan.
Medina pula masih dalam pelukan Mikael. Jari jemarinya bermain dengan hujung jaket lelaki itu.
Walau hatinya penuh rasa syukur, tapi jiwanya mula bergetar bila dia perasan reaksi Maria dan Qalsum.
“Tuan… Medina takut…” bisiknya perlahan.
“Jangan panggil Tuan dah. Panggil abang…” Mikael tersenyum sambil mencuit hidung Medina.
“Abang…” panggil Medina lembut.
Kata itu meluncur dari bibirnya dengan gugup, namun ada manisnya yang tersendiri.
“Good girl…” Mikael mencium dahi Medina sekali lagi.
Karl meletakkan anaknya kembali ke pangkuan isterinya yang baru tiba dari dapur, lalu bergerak ke arah Mikael.
“So, bila kita nak buat majlis besar-besaran ni, bro?”
Mikael memandang Medina.
“Kau okay kalau kita teruskan dengan nikah dalam masa terdekat?”
Medina terkejut.
Dia menoleh ke arah Mikael.
“Nikah?”
“Ya. Abang dah bincang dengan Papa. Kalau ikut perancangan, hujung bulan ni kita teruskan. Medina tak perlu risau. Semua abang uruskan.”
Tangannya digenggam erat. Medina menggigit bibir.
Perasaannya bercampur-campur.
Antara takut dan terharu.
“Tapi keluarga abang… mereka tak suka saya.”
“Itu bukan urusan awak. Tugas awak cuma jadi isteri abang, yang lain abang urus.” Suara Mikael kini lebih tegas, matang, penuh tanggungjawab.
Dato’ Fakri tersenyum melihat kematangan anaknya.
“Kau dah bersedia Mikael. Papa yakin, Medina akan jadi isteri yang baik untuk kau.”
Namun saat itu, suara lantang Maria Elena mencelah.
“Dan I yakin, dia akan hancurkan semuanya!”
Semua mata beralih padanya.
“Don’t you dare act like this is over. Medina… welcome to the war.”
Medina Atalia terkejut. Mikael Lutfi terus berdiri, melindungi Medina.
“Maria, kalau kau cari gaduh, aku lawan. Tapi jangan sekali-kali sentuh Medina.”
Maria Elena berdiri, senyum sinis terukir di bibirnya.
“Let’s see berapa lama cinta korang boleh bertahan. Rumah ni ada sejarahnya, Mikael. Kau tahu tu…”
Dan dia terus berjalan keluar dari ruang tamu, meninggalkan semua dalam diam. Tapi semua tahu pertarungan sebenar baru bermula.
Medina Atalia menggenggam erat lengan Mikael Lutfi. Hatinya kuat, namun fikirannya gusar. Dia tahu… masuk ke dalam keluarga ini bukan hanya tentang cinta.
Ia tentang pertarungan.
Share this novel