Di Dalam Kapal Terbang

Drama Completed 450185

Suasana di dalam perut pesawat Airbus A350 yang sedang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke destinasi Itali semakin tenang.

Lampu kabin telah dimalapkan, dan suara pramugari kedengaran perlahan dari pembesar suara, memberi arahan keselamatan terakhir.

Namun di tempat duduk 15A dan 15B, masih ada ‘drama kecil’ yang belum selesai.

"Haish, Tuan ni… Medina nak duduk tempat sendiri lah. Penat tau duduk atas peha ni!" bisik Medina perlahan sambil cuba melepaskan diri.

Namun tangan Mikael Lutfi masih kukuh memeluk pinggangnya.

"Shhh… diamlah sikit. Awak tengok tu, orang depan pun dah pejam mata. Awak pun tidur sajalah, daripada asyik bebel," Mikael balas sambil menundukkan sedikit wajahnya ke bahu Medina.

Medina Atalia menjeling.

"Ni bukan tidur, ni seksa namanya. Dahlah tempat duduk sempit, pastu ada benda keras bawah punggung Medina. Sakit tahu!"

"Heh, jangan perasanlah awak duduk atas dompet saya tu. Dah tu, ada coins banyak sangat agaknya…" jawab Mikael sambil ketawa perlahan.

Medina Atalia mencebik.

"Dompet pun simpan dalam poket, nasib baik bukan benda lain!"

"Kalau benda lain, awak takkan duduk selesa macam ni," balas Mikael selamba sambil menjeling tajam ke arah Adam yang sempat memusingkan badan memandang mereka dengan muka terkejut.

Adam cepat-cepat alihkan pandangan, menahan tawa.

"Nasib baik Adam tu duduk jauh. Kalau tak, memang jenuh nak jaga tingkah laku Tuan ni yang macam budak baru dapat cinta," sindir Medina, tetapi pipinya sudah merona kemerahan.

Mikael hanya tersenyum kecil, seolah-olah puas hati melihat reaksi itu. Dia menyandarkan kepala ke tempat duduk sambil memejam mata, namun tangannya masih kejap di pinggang Medina. Atalia.

Medina Atalia pula termenung seketika.

Matanya melirik ke luar tingkap. Di balik awan gelap, kilauan lampu sayap kapal terbang kelihatan seperti bintang yang tersesat.

Hatinya berdebar bukan kerana penerbangan itu, tetapi kerana kehadiran lelaki yang sedang memeluknya erat.

"Kau jangan jatuh cinta, Medina... kau datang sini kerja, bukan cari bala." Medina membebel dalam hati.

Namun, nafas lelaki itu yang perlahan menyinggah ke tengkuknya buat hatinya bergetar. Dia menggigit bibir, cuba menahan debaran yang tidak diundang.

Tiba-tiba Mikael bersuara, suara yang perlahan dan serak, hampir berbisik di telinganya.

"Medina…"

"Hmm?" Gadis itu menjawab, masih memandang ke luar tingkap.

"Kalau satu hari nanti, aku tak jadi majikan kau lagi… kau akan tinggalkan aku, kan?"

Soalan itu membuatkan Medina Atalia tersentak. Matanya membulat, dan dia menoleh perlahan.

"Apa maksud Tuan?"

Mikael membuka mata, memandang tepat ke dalam anak mata Medina.

"Tak ada apa… saja tanya."

Medina Atalia terdiam.

Dia tidak tahu bagaimana hendak menjawab. Bukan sebab dia tiada jawapan, tapi dia takut jika jawapannya adalah satu pengakuan perasaan yang dia sendiri belum bersedia untuk luahkan.

"Err… Tuan tidur je lah. Medina nak tengok filem jap," katanya cuba mengalih suasana.

Mikael Lutfi ketawa kecil.

“Baik, kalau awako nak tengok filem, awak bayar sewa dulu duduk atas peha saya. Satu jam sepuluh ringgit.”

"Eee!! Kedekut! Kalau tahu, dari tadi Medina duduk sebelah Adam!"

Sepantas kilat tangan Mikael mencubit pinggang Medina.

“Jangan main-main dengan aku ya. Adam tu aku dah cop jadi pengawal pintu tandas je.”

Medina tergelak kecil. “Haihh… Tuan ni betul-betul overprotective.”

Beberapa jam kemudian…

Cahaya dari skrin filem mula malap..

Penumpang sudah ramai terlena, termasuklah Adam yang kepalanya condong ke sisi dengan mulut sedikit ternganga.

Medina Atalia masih berjaga.

Kepalanya sudah bersandar ke dada Mikael Lutfi, yang juga separa lena tetapi masih menggenggam tangan Medina.

“Medina...” Mikael tiba-tiba bersuara semula, matanya masih terpejam.

"Ya Tuan…"

“Apa impian kau?”

Medina senyap. Dia merenung jari-jari lelaki itu yang sedang menggenggam erat tangannya.

“Medina tak pernah fikir jauh… impian Medina cuma nak hidup tenang. Tak nak lari-lari lagi macam dulu…”

“Lari?” Mikael membuka mata, kini penuh minat.

Medina tersedar dia seperti tersasul.

“Err... maksud Medina, lari dari tanggungjawab... kerja. Yalah, kadang letih kan.”

“Medina…” Mikael mencelah.

“Hmm?”

“Aku tahu kau sembunyikan sesuatu. Tapi tak apa. Bila kau dah sedia, beritahu aku. Aku tunggu.” Suara Mikael kali ini begitu perlahan, namun jelas menikam jantung Medina.

Dia tidak mampu membalas kata-kata itu.

Satu jam kemudian...

Pesawat sudah menghampiri ruang udara Itali. Pramugari mula mengarahkan penumpang memakai tali pinggang semula.

Mikael dan Medina yang sudah terlena berjam-jam dikejutkan oleh Adam.

“Tuannn... bangun. Dah nak sampai ni. Kapten suruh bersedia.”

Mikael mengangkat kepala yang terasa berat. “Hmm… awak masih atas peha saya ni?”

Medina terus meloncat bangun dari duduknya, wajah merah padam.

“Aduh! Sakit pinggang Medina! Dahlah... nanti sampai sana, Medina nak bermanja dengan katil hotel saja!”

Mikael gelak besar. “Katil siapa tu? Kita share tau, bukan awak sorang.”

"Ya Allah Tuan ni!" Medina terus cubit lengan Mikael.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience