Ada Rasa Cemburu Terselindung

Drama Completed 450185

Mikael Lutfi tak henti-henti mengetuk pintu bilik air yang berada di hujung kabin pesawat dengan bertalu-talu.

Raut wajahnya jelas menunjukkan kebimbangan. Entah kenapa, hatinya tidak tenang sejak Medina Atalia masuk ke bilik air itu. Lama sangat.

Dia sudah kira waktu, hampir lima belas minit berlalu.

"Medina… kau ada dekat dalam ke? Medina, kau okay tak tu? Jangan lama sangat, sejuk nanti," tegurnya sambil menjeling ke arah pramugari yang lalu-lalang, yang sempat membalas senyuman ramah.

"Ada, Tuan… Kejap. Medina nak ikat rambut ni." Suara lembut itu kedengaran dari dalam.

Selang beberapa saat, pintu dibuka perlahan dan kelihatan Medina melangkah keluar dengan rambut masih basah sedikit, getah rambut berwarna maroon tergigit di antara bibir, dan kedua-dua tangannya sedang cuba menyikat rambutnya yang panjang mengurai ke belakang.

"Lah! Lambat sangat keluar sebab nak ikat rambut aje? Takkan dari tadi buat benda ni je? Sini, aku tolong!" Mikael mendekat, lalu menarik getah rambut dari mulut Medina dengan selamba, tanpa rasa janggal.

Medina Atalia hanya mengangguk perlahan.

Pipinya sedikit merona merah. Namun dia membiarkan saja, seperti biasa. Sejak tiga tahun bekerja dengan Mikael Lutfi, dia sudah lali dengan layanan lelaki itu kasar tapi manja, garang tapi ambil berat, menyakitkan hati tapi mempesona.

"Bak sini rambut kau tu. Tapi keluar dulu. Ada orang nak masuk tandas tu. Kau tu lama sangat dalam, tahu tak?"

Pinggang Medina ditarik perlahan, membuatkan gadis itu tersentak sedikit dan menurut langkah ke kawasan tempat duduk mereka.

"Yeke? Okay-okay. Tuan reti ke buat tocang ekor kuda tinggi?" soalnya dengan senyum kecil, masih memegang rambut dengan kedua-dua belah tangan.

"Lelaki sejati, apa saja tak tahu? Dah, berdiri tegak kat sini cepat."

"Yeayy… Cepatlah Tuan!" Medina menepuk tangan perlahan, seperti budak kecil teruja.

"Diam!" Mikael memusingkan tubuhnya sedikit, mula mengikat rambut Medina.

Jemarinya mahir, lembut mengangkat rambut panjang itu sebelum mengikatnya tinggi.

Wangian tubuh Medina yang semerbak, mungkin daripada parfum kegemarannya, mula mengacau emosi lelaki itu.

Wangi sangat minah celup ni… Haish. Mikael mengetap bibir dalam diam.

"Okay, dah. Tinggi ni, kemas." Dia meneliti hasil kerja tangannya.

"Wah… Hebatlah Tuan!" puji Medina sambil menyentuh ekor kuda di kepalanya, membelek dengan senyuman puas.

"Tengok oranglah… Ini Mikael Lutfi tau. Dah, duduk sana. Jangan goyang-goyangkan sangat rambut tu."

"Hihi. Thank you, Tuan majikanku yang super baik dan kaya ini… Untung Puan Maria hihi," sempat Medina menyakat.

Mikael Lutfi mencebik.

Namun di dalam hati, ada sesuatu yang lain menari-nari. Perasaan yang tak mahu dia akui, yang mula tumbuh perlahan-lahan sejak dua tahun lalu.

"Nasib baik kita duduk belakang sekali tau Medina. Kalau tak, confirm orang belakang potong rambut kau!" Mikael menolak lembut tubuh Medina ke tempat duduk.

"Yelah… Nasib baik." Medina mengambil bedak kecil dari beg tangan, menyapu sedikit di pipi sebelum meletakkan pemerah pipi dan sedikit gincu kolagen.

"Okay guys! Medina done cantik!" katanya sambil senyum ke cermin.

"Tengok bibir kau sikit," Mikael tiba-tiba menarik pipi Medina mendekat.

"Hmpm… Tuan, janganlah! Tak larat nak pakai lipstik balik nanti, ih!" Medina menolak wajah Mikael, cuba mengelak dengan malu-malu.

"Haha! Aku geramlah dengan bibir kau ni, Medina!" kata Mikael, jujur dari hatinya.

Sudah beberapa kali bibir gadis itu menjadi sasaran gomolannya dan dia tak pernah rasa cukup.

"Tak nak kawan dengan Tuan! Medina nak nangis ni haaa…" rengek Medina sambil memuncungkan bibir.

"Halolo… Merajuk pulak dia ni! Meh sini nak peluk." Sekali lagi, pinggang gadis itu ditarik dan tubuhnya jatuh ke dalam pelukan Mikael.

Medina Atalia hanya diam, jantungnya berdegup laju.

Mikael Lutfi ketawa kecil, mencuit pinggang Medina. Dia memang suka menyakat gadis kecil itu.

"Kau suka makan apa, Medina?"

"Stik!"

"Amboi demand. Selain stik?"

"Stik kambing!"

"Haish! Selain dari itu?! Jangan cakap stik lagi! Kalau tak aku cium semua yang ada dekat wajah kau ni!" Mikael mengugut, separuh main-main, separuh betul.

"Err… haaaa! Nasi kerabu ayam bakar!"

"Ouh interesting. Makanan kegemaran yang susah dapat, sanggup pergi jauh nak cari?"

"Err… Dulu… Fahmi selalu belikan Medina asam laksa dari Sabah. Frozenkan dan hantar ke sini. Kuah dia… sumpah sedap gila."

"Fahmi? Boyfriend kau ke?" Suara Mikael kedengaran lain macam.

Ada rasa cemburu terselindung.

"Eh… B-baik sikit! Fahmi tu… kawan je. Kami dah lama tak jumpa sejak Medina pindah. Hehe…" jawab Medina berbohong. Dia tak mahu sesiapa tahu siapa dia sebenarnya.

Mikael mula mengesyaki sesuatu. Cantik, pandai bergaya, ada citarasa tinggi mustahil hanya seorang pembantu rumah.

"Sebelum kerja dengan aku, kau kerja kat mana? Tak pernah cerita pun."

"Er… Eh makanan! Tuan, Medina lapar lah!" cepat-cepat Medina mengalihkan topik, melihat troli makanan yang dihampiri pramugari.

"Hello miss! Come here, please." Mikael terus menahan pramugari tersebut.

"Yeayyy! Makanan!" Medina menepuk tangan, gembira seperti budak kecil.

"Halal tu, Medina. Jangan risau."

"Ouh hihi, baik Tuan majikanku yang kacak dan bergaya!" Medina sempat menyindir manja.

Selepas pramugari pergi, Mikael membuka penutup makanan Medina.

"Okay, sambung cerita tadi."

"Ou! Awan! Wah tebalnya! Eh ada burung lagi! Mana datang burung tinggi macam ni?" Medina cuba mengelak dengan spontan.

"Kau kena pakai spek berkanta tu, Medina."

"Yaya hehe…" cepat-cepat Medina menyuap makanan.

"So. Sebelum ni kau kerja dekat mana? Kita pernah jumpa ke sebelum ni?"

"Err…" Nafas Medina mula bergetar.

Tolonglah Ya Allah… Jangan pecahkan rahsia aku sekarang…

"Medina…" Adam tiba-tiba muncul.

"Huh! Ya encik?" senyuman Medina beralih kepada Adam.

"Awak nak makanan ni? Saya terbeli lebih."

Namun Mikael Lutfi cepat-cepat menolak.

"Aku dah beli macam-macam untuk dia."

"Eh janganlah tolak rezeki!" Medina cuba mengambil makanan tersebut.

Berbalas kata, mereka bertiga akhirnya berebut makanan itu hingga plup! Tumpah terus ke atas pakaian Medina Atalia.

"Wrgh!" Medina menjerit kecil, terpinga-pinga. Pakaiannya dari dada hingga ke betis comot terkena makanan berkuah.

"Saya ke depan dulu, Tuan!" Adam cepat-cepat lari.

"Kau tak apa-apa ke Medina? Maaf, aku cuai." Mikael cuba membersihkan Medina dengan tisu.

"Cukup Tuan, tak apa. Sikit je," jawab Medina perlahan.

"Tapi baju kau.?"

"Tak apa, Medina ke bilik air dulu." Dia bangun, berjalan pantas. Wajahnya merah menahan malu.

Mikael mengekorinya dari jauh, tak tenang rasanya.

"Medina kau okay ke?"

Tok tok tok

"Tak boleh buka, Tuan. Pakaian Medina basah."

"Aku tunggu luar. Okay?"

Setengah jam berlalu.

Mikael Lutfi resah, berdiri di depan pintu.

"Tuan, Medina masih di dalam ke?" Adam bertanya.

"Masih!"

"Er… maafkan saya Tuan. Sumpah saya tak tahu dalam bekas tu ada makanan berkuah."

"Lain kali jangan gopoh. Jangan buat malu. Boleh?"

"Boleh Tuan."

Mereka diam.

Trek

Pintu dibuka.

"Medina!" serentak mereka bersuara.

"Saya nak cakap sorry tadi." Adam pegang tangan Medina.

"Tepi kau, Adam." Mikael tarik tangan Medina.

"Macam mana baju kau? Dah kering?"

"Alhamdulillah, syukur." Medina mengibas baju.

"Syukurlah… aku risau tadi." Mikael tiba-tiba menarik Medina ke dalam pelukan.

Adam dan Medina sama-sama tergamam.

Medina terkedu.

Dalam diam, air matanya bergenang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience