Medina Atalia Menggenggam Tangan Ayahnya Erat

Drama Completed 450185

Zaidi Irfan Khairi menghantar Medina Atalia sampai ke hadapan rumah. Dia segera keluar dari kereta dan berlari ke arah pintu sebelah kiri untuk membukanya.

Lelaki itu pernah menyuarakan hasrat untuk memiliki Medina Atalia, namun gadis itu menolak dengan alasan dia masih punya tanggungjawab besar terhadap keluarga.

Terutama adik-adiknya yang masih bersekolah rendah dan menengah.

Zaidi akhirnya akur, dan dia mengalah mengikat janji dengan keluarga lain demi reda ibu bapanya.

"Hati-hati... kaki awak masih sakit tu," ujar Zaidi sambil memapah Medina ke depan pintu pagar automatik.

"Terima kasih you sebab tolong I hari ni," ucap Medina sambil bersandar pada dinding putih bersebelahan pagar.

“Tak apa... saya pun gembira dapat jumpa awak, walaupun sekejap.” Zaidi tersenyum, mata mereka bertaut sejenak.

Medina Atalia tersipu malu.

Dia sendiri pernah menyimpan harapan terhadap lelaki itu, namun tanggungjawab keluarga lebih utama. Itu harga sebuah pengorbanan.

Pintu pagar terbuka perlahan.

Keluar Farhana bersama Hafaz Rizal.

Mereka menghampiri dan menyalami Zaidi.

Farhana memandang lelaki itu, seakan memerhati dengan mata seorang ibu yang penuh curiga namun kini lebih tenang.

"Kamu ni Zaidi Irfan Khairi betul ke?" soal Farhana, matanya tajam namun suaranya lembut.

"Ya, makcik. Saya Zaidi. Saya pernah datang dulu merisik Medina," jawabnya jujur.

Zaidi menarik nafas dalam-dalam.

“Saya faham kenapa makcik dan pakcik tak bersetuju dulu. Saya tak pernah simpan rasa marah. Saya hormat keputusan tu.”

Farhana tergamam.

Lelaki yang dulu dia ragui kini berdiri di depan dengan penuh adab dan hormat.

"Terima kasih, Zaidi. Kamu memang lelaki yang baik."

"Makcik salut dengan kamu. Jaga diri, jaga hati. Makcik minta maaf kalau ada yang tersinggung dulu."

“Saya tak simpan apa-apa dalam hati, makcik. Medina pun… dia tetap istimewa pada saya. Tapi saya hormat keputusan dia. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam,” Farhana menyambut salamnya. Zaidi pun beredar.

Sebaik saja Zaidi pergi, Farhana dan Hafaz memapah Medina masuk ke dalam rumah.

"Macam mana boleh jumpa Zaidi, kakak?" soal Farhana.

"Ha'ah... pelik juga. Akak bukan kerja pejabat pun," tambah Hafaz.

Medina menjawab perlahan.

“Akak ikut boss ke gym tadi. Tiba-tiba dia kena pergi pejabat, tinggalkan akak macam tu saja."

"Takkan dia tak sedar dia bawa kamu?" Farhana mengerut dahi.

“Dia tengah on call masa tu... Akak tak nak ganggu. Tahu-tahu je, akak dah kena tinggal.”

“Lepas tu akak kejar dia?” Hafaz ketawa kecil.

Medina mengangguk.

“Tu yang kaki akak sakit ni.”

“Sekarang boss kamu tak call ke?” tanya Farhana lagi.

“Beg akak dalam kereta. Nombor telefon dia pun akak tak ingat...” jawab Medina, nada sedikit bersalah.

Farhana menghela nafas.

“Kakak...”

Saat itu terdengar suara ayah mereka, Dafizan.

“Kakak, ayah rindu kamu.”

Medina Atalia bangun dan memeluk ayahnya.

“Ayah!”

“Nasib baik Zaidi masih simpan nombor telefon rumah. Ayah risau sangat,” ujar Dafizan, memeluk anak sulungnya erat.

Farhana ke dapur.

Hafaz meminta diri, esok sekolah. Kini hanya ayah dan anak.

“Sampai bila nak berjauhan, Kakak? Ayah tak mahu kamu terus bekerja di sana lagi.”

“Kakak faham, Ayah. Tapi kakak kena kerja… gaji kakak lebih tinggi dari orang lain. Kakak nak bantu keluarga…”

“Tapi keselamatan kamu lebih penting, nak.”

Medina genggam tangan ayahnya erat.

“Ayah, doakan Kakak selamat. Jangan risau sangat.”

Dafizan memeluk anaknya erat.

“Ayah rasa... kamu sembunyikan sesuatu. Kamu berubah, Kakak.”

Jam menunjukkan pukul 10 malam.

Medina Atalia berdiri di depan jam dinding, hatinya gelisah.

“Ya Allah... aku nak balik tapi aku takut Tuan Mikael marah!”

“Kalau dia tahu siapa aku sebenarnya... adakah dia masih nak aku kerja dekat rumah dia?”

Medina berjalan ke ruang tamu.

Bibirnya bergetar.

“Jangan! Jangan beritahu siapa kau sebenar, Medina! Rahsia ni tak boleh bocor.”

Farhana memerhatikan anaknya dari dapur. Dia mendekat, memeluk tubuh anak gadisnya.

“Mama bangga, Kakak... Sejak dulu Kakak tahu apa keluarga kita perlukan. Mama tak pernah halang, tapi hati Mama tetap sedih.”

Medina menangis, memeluk mamanya erat.

“Mama, Kakak berhenti jadi model pun Kakak tak kisah. Asal kita semua dapat hidup... cukup makan, cukup kasih.”

“Kamu belum layak pikul semua ni, sayang. Tapi kamu kuat, Mama tahu.”

Medina angguk.

“Mama, Kakak nak tidur dulu.”

[Babak Tengah Malam]

Medina terjaga.

Dia bangkit perlahan, menuju ke ruang tamu. Mengangkat ganggang telefon.

“Aku harap ini nombor yang betul. Bismillah.”

Tut...

Tut...

"Hello siapa ni?" Suara lelaki di hujung talian.

“Alhamdulillah... memang Tuan Mikael!”

"Hello siapa ni?!" lebih tegas kali ini.

“Erm... tuan... saya ni Medina.”

"Apa?! Kau Medina?!"

“Ya tuan... saya dekat rumah... doktor rawat kaki saya... sebab saya kejar tuan siang tadi...” suara Medina perlahan, tetapi jujur.

Mikael Lutfi terdiam.

Suasana jadi sunyi di antara mereka. Medina Atalia menahan nafas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience