Medina melangkah masuk ke dalam rumah dengan hati-hati. Langkahnya perlahan, mendekati tubuh Mikael yang sedang bersandar di sofa panjang.
“Ehem…”
Tiada sahutan.
“Tuan… masih merajuk ke?” soalnya dengan nada manja, sambil meletakkan beberapa bekas makanan di atas meja ruang tamu.
Mikael tidak membalas.
Dia hanya memejamkan mata, membaringkan tubuhnya dan menekup wajah dengan bantal bulat.
“Don’t talk to me,” katanya malas, tangannya terangkat sedikit, membuat isyarat menjauh.
Medina menahan tawa.
“Hihi, comelnya…” bisiknya sambil tergelak kecil melihat reaksi lelaki itu yang seperti budak kecil merajuk.
Dia melutut di hadapan Mikael, merendahkan tubuh supaya wajah mereka sejajar.
“Ayah cakap, sembilan belas haribulan ni… Tuan dah boleh masuk meminang Medina,” katanya dengan suara lembut tapi cukup jelas menusuk ke gegendang telinga Mikael.
Mikael membuka matanya pantas. Terus dia bangun duduk tegak.
“Apa…? Boleh masuk meminang? Serius ni?” tanyanya dengan nada terkejut bercampur gembira.
Matanya tercari-cari kelibat Medina Atalia seolah-olah mahu memastikan itu bukan mimpi. Medina masih di hadapannya, duduk tidak jauh, mengangguk perlahan sambil tersenyum.
“Betullah… Medina tak tipu,” balasnya yakin..
“Betullah… Medina tak tipu,” ulang Medina sambil memandang tepat ke dalam mata Mikael.
Mikael masih terpinga-pinga, cuba menghadam kenyataan itu. Tangan dia spontan menyentuh dadanya yang tiba-tiba rasa berdebar luar biasa.
Jantungnya berdetak laju, seolah-olah baru dikejutkan daripada mimpi yang paling indah.
“Ya Allah… Aku mimpi ke ni? Medina, cubit sikit…” katanya dengan wajah serius.
Medina tergelak.
“Tak payah cubit, saya boleh tampar terus kalau Tuan nak.”
“Eh, jangan! Aku percaya! Aku percaya!” Mikael cepat-cepat mengangkat tangan tanda menyerah.
Gelak tawa mereka meletus kecil dalam ruang tamu yang sederhana itu.
Mikael yang tadi merajuk kini berubah menjadi lelaki paling ceria dalam dunia.
Dia mencapai tangan Medina perlahan-lahan, menggenggam jemari halus itu dengan penuh hati-hati.
“Medina… awak pasti? Maksud saya… ini bukan paksaan dari ayah awak ke?”
Medina Atalia menggeleng. Matanya bersinar dengan ketulusan.
“Saya yang minta ayah bincangkan. Saya tahu siapa Tuan sebenarnya saya tahu luka dalam hati Tuan, dan saya nak jadi orang yang sembuhkan semuanya.”
Mikael Lutfi terdiam.
Kata-kata itu seperti ubat paling mujarab buat jiwanya yang selama ini dipenuhi luka dan dendam. Dia menunduk, menahan perasaan yang mula mengalir dalam diam.
“Kenapa aku…?” soalnya perlahan.
Medina tersenyum.
“Sebab Tuan… adalah orang yang paling saya doa tiap malam. Walaupun garang, kadang blur, kadang macam budak-budak… tapi Tuan selalu lindungi saya.“
”Dan… saya rasa selamat bila dengan Tuan.”
Tiba-tiba Mikael Lutfi menarik Medina Atalia ke dalam pelukannya. Tanpa sedar, air matanya mengalir bukan kerana sedih, tapi kerana bahagia yang tak pernah dia jangka akan hadir sebegitu indah.
“Aku janji akan jaga Kau. Aku janji akan bahagiakan kau, Medina. Walau apapun jadi… aku akan pastikan tak ada siapa boleh sakiti lagi,” ucapnya dalam pelukan itu.
Medina Atalia hanya membalas dengan pelukan yang lebih erat. Saat itu, seolah-olah dunia berhenti berputar untuk mereka.
20 minit kemudian…
“Tuan! Tuan! Lepaslah, saya nak masak lauk tengah hari ni. Jangan peluk lama sangat, nanti jiran-jiran intai!” Medina bersuara sambil menolak dada Mikael.
“Biar jiran tahu! Biar satu dunia tahu awak bakal jadi isteri saya!” jawab Mikael dengan gaya dramatik.
“Ish, Tuan ni… banyak drama tau. Nanti saya tarik balik je tawaran tu baru tahu!” Medina menjeling manja.
Mikael berpura-pura cuak.
“Jangan! Ampun! Aku takkan merajuk lagi! Takkan panggil bantal sebagai pengganti kau lagi!”
Medina Atalia tergelak besar.
“Ohh… rupanya Tuan dah ada pengganti saya ya. Bantal bulat tu… Hmm. Saya bakar nanti!”
“Eh! Jangan! Itu je yang teman aku masa kau merajuk haritu…”
Dan begitulah, suasana rumah yang dulunya penuh sunyi kini bergema dengan gelak tawa dan gurauan dua hati yang mula saling menyatu.
Dalam gurau, ada janji. Dalam tawa, ada cinta.
Dan dalam setiap detik, ada doa agar bahagia ini tak terhenti di sini.
Share this novel