Bayangan Semalam

Drama Completed 450185

Sudah dua hari berlalu sejak insiden ngeri di hotel itu berlaku, namun keadaan Medina Atalia tetap sama dia masih digasak dengan kata-kata sinis, dicemuh hanya kerana kelebihannya.

Cantik, tinggi, dan menawan semua itu menjadi sebab mengapa dia dibenci oleh Datin Sri Qalsom, meskipun dia tidak pernah berniat menonjolkan diri.

Di mata Datin, dia hanyalah seorang pembantu. Seorang wanita kampung yang ‘naik pangkat’ kerana nasib.

“Datin…” suara Medina lembut dari arah belakang, masih cuba hormat walau hatinya sakit.

“Apa kau?” Qalsom menjeling tajam, matanya meluncur ke arah dada Medina yang dibalut blouse putih.

“Urm… boleh Medina tanya sikit?”

“Berani-berani kau nak tanya aku ye, dasar perempuan kampung!” jerit Datin Sri Qalsom seraya bercekak pinggang.

Nafasnya kencang menahan amarah yang entah datang dari mana.

Plak!

Satu tamparan padu hinggap ke pipi kiri Medina. Terasa pedihnya bukan sekadar di kulit, tapi terus meresap ke hati.

“Perempuan tak sedar diri! Kau tu pembantu rumah anak aku, siapa bagi kau hak nak cakap-cakap dengan aku?”

“Kenapa Datin marahkan saya? Medina ada buat salah ke?” soalnya perlahan, tangan menekup pipi yang berdenyut.

“Kau jangan pernah cuba-cuba kacau rumah tangga anak aku. Faham?!”

Tiada siapa tahu, malam tadi Medina hampir mati. Bukan secara kiasan, tapi benar-benar hampir dicabut nyawanya oleh lelaki yang mengaku sebagai Qalam seorang ‘malaikat maut berwajah manusia’ katanya.

Malam itu, segalanya seperti mimpi ngeri..

Tepat pukul 12.45 malam, pintu bilik hotel diketuk.

Tok! Tok!

“Room service?” tanya Medina sendiri, tapi dia tidak pernah minta apa-apa.

Saat pintu dibuka, segalanya berubah gelap. Seorang lelaki bertopeng menolak dirinya masuk semula, pisau diacu ke leher.

“Kau ikut cakap aku! Jangan melawan.”

“Kau siapa?!” Medina menjerit, cuba menendang tubuh asing itu.

Mujur saja kasut tumit tingginya mengenai tepat di celah kelangkang.

“Arrgh!! Sial… Atalia!!!”

“Tolooooong!!!” Dia melarikan diri seperti lipas kudung.

Nafas tercungap-cungap saat dia melambai taxi di tepi jalan.

“Jalan! Ada orang gila kejar I!” jeritnya cemas kepada pemandu.

Qalam masih mengekori, cuba memecahkan cermin kereta dengan pisaunya.

Taxi itu meluncur laju menyusuri jalan raya gelap. Dalam ketakutan, Medina Atalia terus menggigil.

Setibanya di set penggambaran, dia terus meluru ke arah Bob, pengurusnya.

“Uncle!!! Tolong I!”

Bob yang panik terus mendakap gadis itu.

“Shellin! Ambilkan air!”

“Sekejap!” sahut Shellin.

Medina sempat memberitahu semuanya. Lelaki itu, ancamannya… dan kata-kata yang membuat bulu roma Bob meremang.

“Dia cakap dia nak jemput nyawa I, Uncle…”

Bob tidak berlengah.

Dia membawa Medina ke balai polis. Di sana, Medina masih menggigil. Tangannya sejuk, matanya kosong. Seorang pegawai bernama Zul menegur.

“Cik, kami boleh bantu. Tapi awak kena buat laporan.”

“Apa jadi kalau dia datang ke sini?” Medina memeluk tubuh, takut.

“Cik, kami akan pastikan keselamatan awak terjamin.”

Akhirnya, setelah dipujuk, Medina dibawa masuk ke balai. Bob hanya mampu memandang dengan risau.

Pagi esoknya, Medina kembali bekerja seperti biasa di bilik Maria Elena, dia menjalankan tugas menghias rambut majikannya.

“I suka fesyen rambut you buat ni, Medina,” puji Maria.

“Terima kasih, Puan.”

“Biyy… Cantik tak I gayakan rambut macam ni?” Maria bertanya pada suaminya, Mikael Lutfi, yang baru keluar dari bilik air.

“Cantik, baby,” jawab Mikael ringkas.

“Medina, kau ada gaya rambut untuk lelaki tak?” soal Mikael sambil duduk.

Medina Atalia segera menyerahkan katalog.

Setengah jam kemudian, Medina kembali ke biliknya. Penat. Emosi masih bercelaru. Namun ketenangan itu hanya sementara.

Ding dong.

Loceng pintu ditekan bertalu-talu.

Plak!

Sekali lagi pipinya menjadi mangsa tamparan Datin Sri Qalsom.

“Kau pekak ke?! Aku tekan banyak kali kau tak buka!!”

“Maaf, Datin…”

“Kau tunggu anak aku?!” jeritnya, lalu menarik rambut Medina dari belakang.

“Aaaah Datin… sakit…”

Saat tangan Datin mahu naik sekali lagi…

“Ma!” Mikael muncul, menegur keras.

“Ma, maid kita ni tak sihat. Period katanya.”

“Tak apalah kau rehat je. Jangan lupa minum air panas,” kata Mikael.

“Terima kasih, Tuan,” balas Medina perlahan.

Pintu ditutup.

Medina terduduk.

Air mata yang cuba ditahan, tumpah jua.

“Qalam!! Aku benci kau! Kau runtuhkan hidup aku… Kau hancurkan aku…!”

Malam itu, Medina turun ke kolam renang. Dia perlukan ‘me time’. Dalam facemask dan baju longgar, tiada siapa cam wajahnya.

Terjun dalam air biru, segalanya terasa tenang.

Hanya dia dan bunyi percikan air. Tanpa make-up, tiada siapa tahu dia Medina Atalia yang dulunya model terkenal.

Satu jam berlalu, dia mendekati tebing.

“Orang Malaysia?” suara lelaki menegur.

Medina menoleh.

“Ya… kenapa?”

“Saya Azlan. Awak?”

“Lia,” balasnya sepintas.

“Oh, baru sampai ke? Dengan siapa?”

“Majikan.”

“Maksudnya awak maid?”

“Ya…” jawabnya sambil senyum sinis melihat perubahan wajah lelaki itu.

“I ingatkan tadi awak artis… gaya renang tadi memang pro.”

“Haha… silap nilai, kan?”

Azlan hanya tersenyum pahit.

Namun saat itu, Azlan tiba-tiba menunduk hormat sedikit.

“Saya minta maaf kalau saya tersalah sangka. Tapi saya percaya… awak bukan sekadar maid biasa. Awak ada kelas tersendiri.”

Medina tergamam.

Pertama kali seseorang yang tahu statusnya, tetap melihat dirinya sebagai ‘bernilai’.

“Terima kasih… Saya hargai.”

Dan buat pertama kali selepas sekian lama, Medina tersenyum ikhlas.

Namun di balik sempadan kolam renang, seorang lelaki sedang memerhati dari kejauhan. Wajahnya tenang, namun tangannya menggenggam sesuatu.

Pisau kecil.

Qalam belum pergi jauh.

Dan dia masih mahu ‘menjemput’ nyawa yang tertangguh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience