Mikael Lutfi berdiri di balkoni villa, mata tidak lepas memerhati laut gelap yang hanya diterangi cahaya bulan.
Walaupun Aqil Rumi dan dua lagi pengawal telah ditempatkan di perimeter pulau itu, dia masih tidak tenang.
Bukan dia tidak percaya pada mereka, tapi… Medina Atalia bukan sekadar isteri. Dia nyawa.
“Hubby... masuklah. Sejuk kat luar,” suara lembut Medina memanggil dari balik pintu kaca.
Mikael Lutfi menoleh.
Senyum nipis terukir di bibirnya.
“Sekejap saja. Hubby nak pastikan semua okay.”
Setiap malam sejak mereka tiba, Mikael akan pastikan CCTV berfungsi, komunikasi dengan Aqil dan dua lagi pengawal sentiasa aktif, dan semua pintu tingkap dikunci sendiri oleh tangannya. Medina tahu, itu bukan kerana dia paranoid. Itu kerana cinta.
Di ruang dalam, Medina duduk di tepi katil, memegang telefon bimbitnya. Ada satu mesej masuk tanpa nama.
“Kau fikir dia benar-benar cintakan kau? Jangan lupa, cinta juga boleh dibeli.”
Medina menggenggam telefon itu kuat. Dia tahu ini permainan lama yang cuba diguna semula oleh orang-orang seperti Maria… atau Qalam. Tapi kali ini, dia tidak akan goyah.
Tengah malam.
Aqil mengetuk pintu bilik Mikael perlahan.
Mikael segera membuka dengan tuala tergantung di leher.
“Ada apa?”
“Seorang pelayan di dapur cuba tinggalkan kawasan tanpa catatan. Bila diperiksa, dia bawa kamera mikro di dalam bajunya.”
“Siapa hantar dia?”
Aqil menggeleng.
“Tak sempat soal siasat. Dia telan kapsul racun dalam poketnya. Mati di tempat kejadian.”
Mikael Lutfi mendiam.
Genggamannya pada pemegang pintu semakin erat.
Pagi itu, Mikael mengambil keputusan drastik.
Dia tidak akan tunggu serangan berlaku lagi. Dia sendiri akan bawa Medina ke tempat rahsia yang hanya dia dan Aqil tahu.
“Kenapa kita pindah lagi?” soal Medina.
“Kerana selagi Hubby hidup, tak akan ada sesiapa boleh tarik awak dari Hubby Itu janji,” balas Mikael.
Wajahnya tenang, tapi mata penuh tekad dan amarah.
Dan di satu lokasi rahsia di tanah tinggi, dalam banglo kaca yang tersorok di celah hutan, Mikael dan Medina memulakan semula fasa baru dalam hidup mereka.
Satu kehidupan yang bukan lagi berasaskan kemewahan... tetapi kepercayaan, keberanian dan cinta yang tak boleh dibeli atau dirampas oleh sesiapa.
Namun jauh di bandar, seseorang sedang membayar orang untuk melancarkan fasa baru misi membongkar siapa sebenarnya Medina Atalia.
Dan kali ini, dia bukan sekadar mahu menghancurkan... dia mahu rampas segalanya.
Share this novel