Sebuah Kehidupan Baharu Bernama Bahagia TAMAT

Drama Completed 450185

Tiga tahun kemudian…

Rumah agam yang dulunya sunyi kini bergema dengan tawa kecil dua si kembar yang sedang berlari di taman belakang rumah.

Nayla, yang sedikit lebih berani, mengejar kupu-kupu dengan net mainannya, manakala Nufail, si manja yang lebih berhati-hati, hanya mengikut jejak kakaknya sambil sesekali memanggil,

“Nayla tunggu Nufail...!”

Di beranda, Medina Atalia duduk menyandar pada dada Mikael Lutfi, kepala disandarkan lembut di bahunya. Hujung tudungnya ditiup angin.

Tangannya menggenggam cawan teh, matanya tak lepas memandang dua permata hati mereka.

“Siapa sangka, kan?” bisik Mikael.

“Wanita yang aku hampir lepaskan dulu… sekarang duduk di sini, tenang, sempurna sebagai ibu dan isteri.”

Medina senyum, membalas tenungan suaminya dengan pandangan syukur.

“Dan siapa sangka lelaki yang dulu angkuh dan penuh dendam, hari ini jadi ayah yang penyayang, dan imam yang sabar…”

Mereka sama-sama ketawa kecil.

“Tapi betullah, kan? Kebahagiaan itu datang bila kita reda… bukan bila kita menang.”

“Dan bila kita belajar melepaskan sakit lama,” tambah Medina perlahan.

Mikael Lutfi mengangguk.

Tangannya memeluk pinggang isterinya, erat seolah tidak mahu melepaskan.

Di dalam rumah, Datin Sri Qalsum kini seorang nenek yang paling bangga.
Dia sudah tidak kekok mendukung cucu, dan tidak kekok untuk duduk bersembang dengan menantunya tentang hal dapur, tentang resepi, tentang perkembangan anak-anak.

“Medina, nanti Ainn nak masuk sekolah mana? Kena fikir awal tahu…” katanya suatu hari sambil menyuapkan buah kepada si kembar.

Medina Atalia tersenyum.

Hubungan itu tak lagi dipaksa. Ia tumbuh sendiri, perlahan-lahan, dan hari ini ia menjadi akar kasih yang kukuh.

Maria Elena?

Namanya tidak lagi disebut.

Sejak perbicaraan dan hukuman dijatuhkan atas jenayahnya terhadap Arlinda, dia hilang dari radar. Tiada siapa mahu menyebut, tiada siapa mahu mengungkit.

Kerana hidup ini adalah tentang mereka yang memilih untuk terus maju.

Malam itu, di dalam kamar tidur yang diterangi lampu malap, Nayla dan Nufail tidur lena di antara kedua ibu bapanya. Medina mencium dahi mereka satu per satu.

“Terima kasih kerana hadir dalam hidup mama,” bisiknya perlahan.

Mikael pula hanya memandang dengan mata berkaca.

“Saya sayangkan awak, Medina. Kalau diberi peluang ulang masa… saya tetap akan pilih awak.”

Medina tersenyum, memegang tangan Mikael.

“Kita tak pernah rancang untuk jadi bahagia begini, tapi Tuhan dah aturkan lebih indah dari yang kita minta.”
. .
. .
. .
. .

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience