Kebenaran Itu Akhirnya Tiba

Drama Completed 450185

Bunyi derapan kasut para pegawai polis bergema di dalam kediaman mewah milik Maria Elena. Langkah mereka tegas, wajah mereka serius.

Beberapa orang pembantu rumah hanya mampu berundur ke sisi dinding, ketakutan.

Maria Elena yang sedang duduk di ruang tamu terkejut besar apabila melihat kehadiran mereka, lebih-lebih lagi apabila Datin Sri Qalsum sendiri yang berdiri di belakang mereka, wajahnya kelat, mata tajam merenung menantunya itu.

"Ini apa semua ni, mama? Kenapa ada polis dalam rumah I?!"

Ketua pegawai polis menyerahkan sepucuk surat.

"Puan Maria Elena, kami menerima laporan dan bukti rakaman CCTV yang mengesahkan puan terlibat dalam kematian Arlinda binti Johari. Kami diarahkan untuk menahan puan atas tuduhan membunuh dengan niat."

Maria Elena tergamam.

Air mukanya berubah pucat serta-merta.

"Tidak! Itu bukan saya! Itu tak betul!" jeritnya. Tangannya terketar-ketar saat dua pegawai mula memegang lengannya, menahannya secara sopan namun tegas.

Datin Sri Qalsum melangkah ke hadapan. Suaranya penuh kekeliruan dan kemarahan.

"Maria... betul ke apa yang mereka cakap ni? Kau yang bunuh Arlinda?!" Suaranya bergetar.

Maria Elena cuba meronta.

"Mama! I tak salah!”

Datin Sri Qalsum menekup mulutnya sendiri. Tubuhnya hampir terjelepok. Nafasnya sempit. Jiwanya tergoncang.

Semua ini terlalu banyak.

"Maria... kenapa kamu... kenapa kamu buat sampai begini?" ucapnya lirih.

Maria Elena terus menjerit dalam tangisan. "Mama, I buat semua ni sebab I cinta Mikael!"

"Diam!" bentak Qalsum dengan air mata mengalir.

"Cinta bukan alasan untuk membunuh orang, Maria! Aku bela kamu macam anak sendiri... tapi kamu... kamu hina kasih sayang aku!"

Pegawai polis menarik Maria Elena yang terus meronta.

“Tolong mama! Mama jangan biar mereka ambil I!”

Datin Sri Qalsum memejamkan mata.

Belakang tubuhnya bersandar ke dinding. Jatuh semua harapan.

Dia membiarkan Maria Elena dibawa keluar, tanpa berkata apa-apa lagi, Mikael Lutfi memujuk Mamanya supaya bertabah.

Di luar rumah…

Orang ramai mula berkumpul.

Beberapa wartawan sudah pun mengetahui berita panas itu.

Kamera terarah ke arah Maria Elena yang dibawa keluar dalam keadaan terpekik-pekik menjeritkan ketidakadilan.

“Jangan ambil gambar I! You semua salah! I bukan pembunuh!”

Tapi kebenaran sudah pun terpampang. Bukti video CCTV itu telah menjadi saksi bisu yang tak dapat disangkal lagi.

Medina Atalia memandang ke luar jendela. Dia tahu... badai sudah berlalu. Tapi bekas luka tetap meninggalkan kesan.

Dia menggenggam erat perutnya yang sedang sarat dua nyawa yang menjadi cahaya masa depannya.

Zara menghampiri perlahan.

“Puan… Maria dah ditahan polis.”

”Allah Hu Akbar.." Medina terduduk di atas tilam yang empuk..

Jadi benarlah kata-kata dari suaminya tadi bahawa Maria Elena membunuh rakan karib di depan cafe.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience