Perlindungan Buat Cinta Hati

Drama Completed 450185

Mikael Lutfi menggenggam telefon bimbitnya erat. Suaranya tegas, matanya penuh amarah yang ditahan ketika dia memperlihatkan segala bukti mesej-mesej ugutan dari lelaki misteri yang telah lama menghantui kehidupan isterinya, Medina Atalia.

“Ini bukan sekadar ugutan kosong, tuan. Lelaki ini tahu setiap gerak-geri kami. Dan saya yakin dia bukan orang biasa.”

Pegawai polis yang menerima laporan, Inspektor Zainal, mengangguk serius.

“Kami akan buka kertas siasatan segera, Encik Mikael. Ini sudah masuk tahap jenayah siber dan gangguan fizikal. Saya juga akan arahkan rondaan berkala di kediaman encik.”

Mikael Lutfi menarik nafas lega. Tetapi hatinya tetap tidak tenteram.

“Saya juga mahu minta perlindungan khas untuk isteri saya. Namanya Medina Atalia… dia seorang model. Tetapi lelaki ini, Qalam saya rasa dia ada motif yang lebih dalam.

Dia bukan saja nak ganggu, dia nak hancurkan isteri saya.”

Inspektor Zainal memandang Mikael seketika, sebelum mencatat sesuatu.

“Kami faham, Encik Mikael. Perempuan seperti isteri encik, yang dikenali umum dan aktif dalam dunia glamor, mudah jadi sasaran. Jangan biarkan dia keluar seorang diri buat masa ni. Dan saya cadangkan… ambillah seorang pengawal peribadi.”

Beberapa jam kemudian...

Setibanya di rumah, Mikael memandang ke arah pagar utama yang kini dijaga dua anggota polis bantuan berpakaian preman. Rumah agamnya yang biasanya sunyi kini lebih sibuk, dengan CCTV tambahan sedang dipasang dan beberapa pembantu rumah kelihatan lebih berjaga-jaga.

Medina Atalia yang sedang duduk di anjung rumah, membaca mesej dari agensinya, terkejut melihat suaminya berjalan cepat ke arahnya.

“Ada apa, hubby?” soal Medina lembut.

Mikael duduk di sebelahnya, memegang tangan wanita itu dengan cemas.

“Mulai hari ni, awak tak boleh keluar rumah tanpa saya atau pengawal. Saya dah buat laporan polis. Qalam tu... dia dah pergi terlalu jauh, Medina. Dia mungkin ada rangkaian. Dia bukan sekadar stalker.”

Wajah Medina mula berubah. Tangannya menggigil sedikit.

“Awak takut dia akan buat sesuatu pada kita?”

“Saya takut dia akan buat sesuatu pada awak,” jawab Mikael jujur. “Saya takkan biarkan awak disentuh walau sehelai rambut pun.”

Keesokannya...

Seorang lelaki berpakaian hitam, berjaket kulit dan berkaca mata hitam tiba di perkarangan rumah besar itu. Tubuhnya tegap, cara berdirinya seperti bekas tentera. Namanya:

Aqil Rumi — pengawal peribadi yang pernah melindungi VIP antarabangsa. Kini, dia ditugaskan untuk menjaga Medina Atalia.

Qalam di tempat lain, menyusun pelannya. Dia melihat wajah Medina dalam majalah fesyen di tangannya. Bibirnya tersenyum, tetapi penuh muslihat.

“Kau boleh sembunyi, Medina. Tapi tak selamanya. Cinta lama tak semudah itu aku lepaskan…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience