Kalau Itu Pilihan Kamu, Mikael.. Mama Takkan Halang

Drama Completed 450185

Mikael Lutfi berdiri tegak di ruang tamu banglo mewahnya, memandang setiap wajah ahli keluarga yang hadir.

Suasana terasa tegang meskipun cuba ditutup dengan senyuman-senyuman paksa.

“Wait... ada apa you ajak kita semua datang sini? Ada kenduri-kendara ke ni?” soal Qalsum sambil menyilangkan tangan di dada, mata sinisnya tertumpu pada Medina Atalia yang duduk di sebelah Mikael.

Medina hanya tunduk, masih teragak-agak dengan kehadirannya di rumah itu. Fikirannya masih berkabut.

Sejak kejadian tempoh hari, banyak bahagian dari memorinya masih hilang wajah-wajah, tempat, suara-suara.

Tapi satu yang pasti, dia tidak lagi takut pada Mikael Lutfi.

“No... bukan kenduri. Tapi... ini lebih besar dari tu.” Mikael memandang setiap wajah Maria Elena yang duduk bersebelahan dengan Qalsum dengan wajah tegang.

Adam yang bersandar di dinding dengan riak tidak percaya, dan Qalam yang setia berdiri di belakang Medina.

“Aku nak kahwin,” ujar Mikael perlahan, tapi cukup jelas untuk menggegar ruang itu.

“Apa?” jerit Maria sambil bangkit berdiri.

“Dengan siapa?” Adam pula bersuara, nadanya penuh curiga.

“Dengan Medina Atalia,” ujar Mikael, langsung tak berganjak dari keputusannya.

Medina mengangkat wajahnya, matanya bertembung dengan pandangan semua yang kini tertumpu kepadanya.

Dia keliru, namun tak menyampuk.

Datin Sri Qalsum ketawa sinis.

“You gila, Mikael. G-I-L-A. Perempuan ni perempuan ni bukan layak jadi isteri you. Dia tu.”

“Cukup, mama!” potong Mikael.

“Saya tak kisah siapa dia dulu. Yang saya tahu, dia wanita yang saya nak jaga sampai hujung nyawa saya.“

“Dia bukan sekadar gadis misteri yang saya selamatkan. Dia... Medina. Dan dia perempuan yang saya cintai.”

“Medina sendiri tak ingat siapa dia, Mikael!” suara Maria Elena menekan emosi.

“Kau nak kahwin dengan seseorang yang tak tahu asal usulnya, tak tahu apa niat sebenarnya?”

Dato' Fakri melangkah ke depan, tenang namun teguh.

“Medina bukan siapa-siapa kepada sesiapa di sini, tapi dia adalah seseorang yang layak diberi peluang kedua. Jika kalian tahu apa yang dia lalui...”

“Kami tak perlu tahu!” bentak Qalsum.

“Tapi saya perlu tahu,” suara itu datang dari Medina sendiri.

Lembut tapi cukup menggegarkan ruang.

Semua mata kembali padanya.

“Saya... mungkin tak ingat semua, tapi saya tahu... sejak saya di sini, saya rasa selamat. Dan awak semua mungkin tak percaya saya, tapi saya takkan biarkan diri saya dimiliki tanpa rela,” tutur Medina perlahan.

Mikael memegang tangannya.

“Saya tak pernah paksa awak. Tapi saya akan tunggu... sampai awak yakin. Hari ini bukan tentang paksaan, tapi tentang pengumuman. Saya nak semua tahu, saya serius.”

Adam bersandar dengan keluhan.

“Ini kerja gila. Aku tak boleh percaya benda ni.”

Maria Elena memandang Medina dengan mata yang tajam.

“Apa yang kau buat pada dia, ha? Kau guna simpati, pura-pura hilang ingatan, kemudian pikat hati dia?”

Medina menggeleng.

“Saya tak ingat apa-apa. Tapi kalau hati saya tetap pilih dia tanpa memori sekalipun, mungkin itu bukan pura-pura. Mungkin itu benar.”

Hening.

Tiada siapa menyahut.

Mikael Lutfi menggenggam tangan Medina lebih erat.

“Kalau itu pilihan kamu, Mikael... Mama takkan halang,” suara Qalsum kedengaran akhirnya, perlahan namun tegas.

“Tapi jangan harap mama terima perempuan itu dalam keluarga ini. Dia takkan pernah jadi sebahagian dari kita.”

Mikael Lutfi memandang ibunya tanpa gentar.

“Saya tak minta restu mama. Cukup saya tahu saya tak buat dosa dengan nikah.”

Dato' Fakri mengangguk puas.

Zahir mengeluh sambil melangkah keluar.

Maria Elena menoleh tajam sebelum mengikut langkah adiknya.

Datin Sri Qalsum hanya berdiri seketika, sebelum berpaling dan berkata,

“Kita tengok sejauh mana cinta kamu bertahan, Mikael.”

Pintu ditutup kuat.

Dalam ruang yang kini sepi itu, Mikael Lutfi berpaling ke arah Medina Atalia.

“Kalau awak masih mahu... saya akan jaga awak, Medina. Saya takkan paksa awak jawab sekarang. Tapi saya tak akan pergi mana-mana.”

Medina Atalia menunduk.

Hatinya masih keliru.

Tapi jauh dalam lubuk jiwa, dia tahu... lelaki itu bukan musuh. Dan mungkin, dia pernah menjadi lebih dari sekadar penyelamat...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience