Bila Dunia Mengenali Medina Atalia semula

Drama Completed 450185

“Cepat ikut aku. Jangan banyak tanya.”
Nada Datin Sri Qalsum pagi itu tajam dan tak boleh dibantah.

Medina Atalia hanya menurut.

Dia tak mahu mencetuskan pertelingkahan awal pagi, apatah lagi ketika Mikael Lutfi belum pulang dari urusan kerja luar negara malam tadi.

Dia yakin ini cuma salah satu episod lagi dari siri drama ibu mertuanya. Medina sudah bersedia.

Sebuah kereta mewah membawa mereka keluar dari kawasan kediaman elit itu. Medina hanya diam di dalam perut kenderaan, duduk sopan di sebelah wanita itu yang berwajah tegang.

Mata Qalsum Raudhah hanya tertumpu ke luar tingkap seolah-olah sudah menyusun sesuatu di luar pengetahuan siapa pun.

“Kenapa bawa saya ke sini?” soal Medina perlahan apabila kereta berhenti di kawasan acara kebajikan eksklusif anjuran sosialit kota, yang turut dihadiri barisan selebriti, ahli korporat dan usahawan terkenal.

“Biar semua orang tengok siapa sebenarnya kau. Pembantu rumah yang naik taraf jadi isteri kaya,” jawab Datin Qalsum, senyumnya sinis.

Medina tersentak. Tapi wajahnya tetap tenang.

Dia turun dari kereta perlahan-lahan, menghela nafas dan memegang hujung selendang yang menutupi rambut separuhnya.

Wajahnya hanya diwarnai sedikit mekap tipis. Gaun labuh putih gading dengan potongan elegan yang dipakainya hari itu cukup ringkas, tapi menyerlahkan aura tenang dan anggun.

Qalsum melangkah masuk dengan penuh gaya. Ramai mula menoleh. Tetapi saat Medina menuruti langkah ibu mertuanya itu...

“Oh my God! Itu Medina Atalia ke?!”

Jeritan kecil dari arah kiri menarik perhatian ramai.

Beberapa pengunjung wanita, termasuk influencer dan model terkenal, mula berlari ke arah mereka.

Datin Sri Qalsum terperanjat. Dia menyangka dirinya yang jadi pusat perhatian.

Namun realitinya

“Medina! Medina, boleh tak bergambar sekejap?”

“Saya dah follow IG you sejak Uncle Bob lagi tau!”

“Cantiknya you in person! Lebih lawa dari dalam gambar.”

Klik!

Klik!

Suara kamera mula memenuhi udara.

Datin Sri Qalsum berdiri di sisi, terkebil-kebil. Tangannya yang tadi ingin menarik Medina ke sisi sebagai ‘pembantu rumah yang memalukan’ kini mati di udara.

Wajahnya merah padam.

“Dia menantu saya…” katanya perlahan, cuba ‘memiliki’ kembali Medina.

Namun, suara itu tenggelam dalam riuh-rendah orang ramai yang berkerumun mengelilingi Medina, mengajak swafoto, bertanyakan tips kecantikan, malah ada yang mengajak Medina menjadi duta produk!

Salah seorang wanita kaya yang dikenali sebagai Puan Sri Maisarah menepuk lembut bahu Datin Qalsum.

“You patut bangga, Qalsum. Menantu you sangat humble dan classy. Orang macam dia yang patut jadi ikon sekarang ni. Bukan menantu yang hanya tahu posing tak cukup kain,” sindirnya tajam.

Datin Sri Qalsum terpinga-pinga. Tersedak dengan sindiran halus itu.

Selesai majlis, Medina kembali ke kereta tanpa banyak bicara. Namun saat mahu menutup pintu, dia sempat menoleh ke arah ibu mertuanya.

“Saya tak sempurna, Mama. Tapi saya bukan sesiapa yang Mama boleh pijak sewenangnya. Dunia tahu siapa saya... sekarang giliran Mama pula fikir semula siapa Mama sebenarnya.” Pintu kereta ditutup lembut.

Tapi kata-katanya cukup tajam.

Dalam masa sama, telefon Mikael Lutfi berdering dengan notifikasi.

Tag: “#MedinaAtalia at today's charity event! Breathtaking and kind-hearted. No wonder she's everyone's favourite.”

Mikael tersenyum, tetapi wajahnya berubah sebaik satu lagi notifikasi masuk:

Private Number: “Malam ni, jam 11. Jambatan 27. Bawa Medina. Atau bersedia kehilangan segalanya.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience