Maria masih berlegar-legar di hadapan sebuah kafe sunyi, agak tersorok dari kawasan bandar.
Mata asyik memandang skrin telefon, gelisah makin menjadi-jadi. Dia harus berdepan dengan Hadi Harus tamatkan semuanya malam ini juga.
"Mana Hadi ni... call tak angkat-angkat." keluhnya, suara nyaring dalam tekanan.
Jari-jemarinya ligat mendail nombor lelaki itu sekali lagi. Namun, seperti tadi, tiada jawapan.
Panggilan diputuskan dengan satu keluhan kecewa. Nafasnya ditarik panjang, cuba meredakan debar di dada.
Jauh di sudut lain kota, Anuar sedang asyik dalam bilik hotel bersama wanita lain. Dunia mereka penuh tawa dan goda langsung tidak terganggu dengan panggilan bertubi-tubi dari Maria Elena.
“Hai... tunggu siapa ni?” satu suara menyapa dari sisi, lembut tapi cukup menggoda.
Maria Elena menoleh.
Seorang lelaki segak bersut koko berdiri, senyum manis terukir di bibirnya.
“Oh, hai... I tunggu kawan I. Tapi dia belum datang lagi,” balas Maria, cuba menjaga nada sopan walau hati masih kacau.
“Saya perhati dari tadi... you nampak gelisah. Mari, duduk di dalam dulu. At least, tak sejuk dekat luar ni,” lelaki itu menghulur tangan, kemudian tanpa banyak soal menarik tangan Maria masuk ke dalam kafe.
Maria agak terkejut namun tak menolak. Barangkali fikirannya terlalu kusut untuk menolak pelawaan.
Mereka mengambil tempat duduk di sudut paling hujung, terlindung dari pandangan ramai.
Dari jauh, Lin rakan Maria yang duduk di dalam kereta hanya tersenyum penuh makna. Matanya bersinar tajam, melihat rakannya dibawa masuk oleh lelaki misteri itu.
“Bagus... perangkap dah mula mengena. Lepas ni, aku nak tangkap bukti... dan hantar terus dekat Mikael. Hahaha…” getus Lin, senyum sinis terpamer sambil tangannya menggenggam telefon bimbit, bersedia merakam.
“Hehe… done! Kau ingat kau kaya sangat aku takut? Ex-boyfriend aku pun kau kebas. Tapi tengoklah sekarang...”
Lin ketawa kecil sambil melangkah laju meninggalkan kawasan kafe. Tangannya laju menghantar beberapa gambar yang baru sahaja diambil gambar Maria sedang duduk bersama lelaki bersut koko tadi.
CLIK.
CLIK.
CLIK.
Satu demi satu gambar dihantar ke nombor Mikael. Lin tersenyum penuh kepuasan apabila terlihat dua bluetick muncul di skrin telefon.
Tandanya mesej sudah dibaca.
Namun, senyum itu mati seketika bila namanya muncul di paparan skrin panggilan dari Mikael.
CLIK.
“Helo Mikael…” suara Lin tenang, penuh makna.
“Hello. Ini gambar siapa?” Nada suara Mikael dingin, tajam.
“Itu gambar wife you... dengan seorang lelaki dalam kafe ni. Kalau you tak percaya, I boleh tunjuk live. You nak tengok?”
“Wife...?” Mikael terdiam beberapa saat. Jantungnya berdegup kencang. Perkataan ‘wife’ itu seperti menikam sesuatu yang masih rapuh dalam hatinya.
“Okey, buat video call sekarang. I nak tengok dengan mata I sendiri. Now!” Mikael mematikan talian dengan tegas.
Lin tidak membuang masa.
Jari pantas menekan butang video call. Dia berjalan semula ke arah kafe dengan senyuman kemenangan terukir di bibir.
Panggilan bersambut.
Kamera telefon menghala terus ke arah wanita yang sedang berbual di meja sudut kafe.
“Hi. Maria…” ucap Lin sinis, sambil menghala kamera tepat ke wajah wanita itu.
Maria terkejut.
“Lin? You buat apa dekat sini?”
Lin senyum, penuh ejekan.
“I cuma nak Mikael tengok isteri kesayangan dia... dengan lelaki lain. Sedih, kan? Terlalu cepat jatuh dari singgahsana.”
“Lin, please... jangan buat macam ni,” Maria cuba bangkit dari kerusi, panik mula meresap dalam dadanya.
Tapi Lin tak peduli. Dia ketawa kecil.
“Bye... hahaha.”
Dengan langkah penuh kemenangan, Lin keluar dari kafe.
Hatinya puas.
Dia berjaya kenakan Maria Elena hari ini.
Satu langkah ke depan dalam dendam lamanya.
Orang panggil Jack port dan Lin baru sahaja menang satu pusingan.
Namun belum sempat dia melangkah lebih jauh…
“Lin, tunggu! Lin!” suara wanita melaung dari belakang.
Langkah Lin terhenti.
Jantungnya berdegup lebih laju dari biasa.
Share this novel