Saya Lewat Dua Bulan, hubby

Drama Completed 450185

Medina Atalia terduduk lemah di hadapan singki, rambutnya yang panjang beralun jatuh menutupi wajah yang semakin pucat.

Tangan kanannya menggigil sambil mengelap mulut yang masih terasa pahit dan mual. Mikael Lutfi segera melutut di sisinya, memeluk belakang tubuh itu perlahan.

"Sayang... kenapa ni? Sejak pagi tadi awak nampak lemah. Awak ada makan sesuatu ke?"

Nafas Medina Atalia tercungap-cungap.

Matanya mencari-cari kekuatan untuk berkata sesuatu, tetapi dadanya sesak. Dia hanya mampu menggeleng lemah.

"Sakit perut ke? Atau awak pening?"

Medina Atalia hanya diam.

Tangan Mikael Lutfi mengusap lembut belakang tubuh isterinya, memberi sedikit kelegaan. Dalam hatinya, pelbagai andaian mula berlegar.

Datin Sri Qalsum Raudhah mengerutkan dahi. Dia duduk di sofa sambil matanya tidak lepas memandang ke arah dapur.

"Kenapa dengan dia tu? Baru duduk sekejap dah lari muntah-muntah."

Tengku Fadzlin yang duduk di hujung sofa bersilang tangan. Suaranya sinis, namun masih dikawal.

"Huh. Manja sangat. Atau mungkin mengada-ngada nak tarik perhatian."

Zara dan Aminah yang turut berada di ruang tamu hanya tunduk, tidak mahu campur.

Tetapi mereka tahu apa yang berlaku lebih dari sekadar

“Mengada-ngada..”

Datin Sri Qalsum menyandarkan tubuhnya ke sofa. Matanya mengecil.

“Jangan sampai dia jatuhkan air muka keluarga kita. Aku masih belum redha dengan pilihan Mikael Lutfi. Dia patutnya bersama Maria.

Mikael mengangkat tubuh Medina perlahan ke atas kerusi makan.

"Sayang... abang bawa ke hospital, ya? Kita buat pemeriksaan."

"Tak... jangan." Medina menyentuh tangan Mikael. "Saya rasa... saya tahu kenapa saya jadi begini."

Mikael merenung wajah itu, menanti jawapan.

Medina Atalia memandang Mikael lama, kemudian menarik nafas perlahan.

"Saya lewat Dua bulan, hubby..."

Mikael mengerut dahi, perlahan-lahan dia menyedari maksud di sebalik kata-kata isterinya.

"Sayang... awak..." Dia tidak mampu habiskan ayat.

"Saya rasa saya mengandung, Hubby.. tapi.“

Terpaku.

Mikael Lutfi membisu.

Mata mereka bertaut.

Dan dalam diam, air mata menitis di pipi Medina.

"Saya takut..."

Mikael Lutfi segera memeluk isterinya erat.

"Jangan takut, sayang. Kalau benar kita bakal ada zuriat... abang akan pastikan takkan ada satu dunia pun boleh sentuh awak atau anak kita."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience