Mikael Lutfi berdiri lama di bawah pancuran air dingin. Setitis demi setitis menyusuri garis rahangnya, turun ke dada bidangnya, terus ke pinggang yang basah lencun.
Dia pejamkan mata. Nafasnya berat. Jantungnya masih belum mahu reda.
Dia cuba buang bayangan Medina yang membelit fikiran, namun semakin dia cuba lupa, semakin jelas tubuh wanita itu menari-nari di balik kelopak matanya.
"Medina..." bisiknya perlahan.
Tangannya menekup wajah.
Tubuhnya masih menegang. Bukan kerana sejuk. Tapi kerana hasrat yang tidak terluah.
"Aku dah gila ke? Atau memang... aku tak pernah betul-betul tinggalkan siapa aku yang dulu?"
Dia masih teringat senyuman Medina yang tampak biasa pada orang lain, tetapi menggoncangkan dunianya. Suara lembutnya... gerak perlahan jari jemarinya saat menyuap kucing peliharaan... semuanya menggoda dalam diam.
Satu jam berlalu. Mikael keluar dari bilik air dengan hanya bertuala. Rambutnya masih basah, dan mata masih merah kesan keletihan emosi.
Dia melangkah ke balkoni luar, membiarkan udara malam membelai kulitnya.
Tiba-tiba, bayangan putih melintas dari sisi dapur dari arah ruang belakang.
Langkah kecil.
Tapi tidak tergesa.
”Medina.“
Dia perhatikan diam-diam.
Wanita itu sedang menjemur kain di ampaian kecil belakang rumah. Rambutnya diikat tinggi, namun ada sedikit terlerai di sisi wajah.
Dia memakai baju kelawar longgar berwarna biru pucat tapi bila diterpa angin, kain itu menampakkan bentuk tubuh yang menggoda.
Pinggulnya.
Lengkuk pinggangnya.
Dan... cara dia berdiri, begitu memikat mata lelaki yang mendambakan lebih dari sekadar pandang.
"Medina..." Mikael memanggil, suara dalam tapi jelas.
Wanita itu sedikit terkejut.
"Tuan... saya ingat semua orang dah tidur."
"Aku belum." Langkah lelaki itu makin dekat. Medina tidak berganjak.
Nafasnya laju tiba-tiba.
Jantungnya berdegup tak keruan.
Mikael hanya berdiri tiga tapak di belakangnya.
"Kau tak takut keluar malam-malam macam ni?"
"Tak, Tuan. Rumah ni selamat."
"Rumah ni ya. Tapi aku... mungkin tak."
Medina berpaling.
Anak mata mereka bertembung lagi.
Kali ini lebih dalam.
Lebih lama.
"Apa maksud Tuan?"
Mikael mendekat, satu tapak. Nafasnya kini terasa di hujung pipi Medina.
"Maksud aku... aku mungkin bahaya kalau kau terlalu dekat." Suaranya rendah.
Serak.
Menggetarkan.
Medina Atalia kaku.
Tapi tubuhnya tidak mahu berganjak.
Malah ada sesuatu dalam dirinya... yang mahu kekal di situ.
Di hadapan lelaki itu.
Dalam jarak yang cukup untuk merasakan kehangatan dada Mikael Lutfi yang hanya dilitupi tuala.
"Kau tahu tak sejak bila aku mula perhatikan awak?"
Medina Atalia menggeleng perlahan.
"Sejak hari pertama. Waktu kau pegang pinggan... dan tangan kau menggeletar bila aku jalan ke arah kau. Kau takut, tapi mata kau... tak pernah lepas dari pandang aku."
Dia angkat tangan.
Jarinya menyentuh rambut Medina yang terurai.
"Aku tak patut buat ni... tapi aku dah tak tahan." Mikael mendekatkan wajahnya, hampir ke telinga Medina.
"Kau wangi... sangat wangi. Bukan sebab perfume murahan tu. Tapi sebab kau sendiri buat aku gila."
Medina menelan liur.
Suaranya perlahan.
"Tuan... kita tak boleh..."
"Aku tahu. Tapi malam ni... tolong jangan larang aku pandang kau."
Dan dia tidak hanya pandang.
Tangannya menyentuh pipi Medina.
Lembut.
Perlahan.
Tetapi cukup untuk buat tubuh wanita itu menggeletar.
"Aku takkan sentuh lebih. Tapi aku nak kau tahu... aku lelaki. Dan aku lelaki yang sanggup tunggu kalau wanita itu buat aku gila macam ni."
Medina tunduk.
Tapi air mata bergenang di kelopak matanya.
"Kenapa kau menangis?"
"Sebab... Tuan tak tahu. saya pun rasa yang sama."
Mikael Lutfi terpaku.
"Apa maksud kau?"
"Saya pun... dari dulu saya tengok Tuan dari jauh, dalam diam tapi saya tahu tempat saya kat mana."
Mikael Lutfi mengangkat dagu Medina Atalia.
"Tempat kau... mungkin dalam pelukan aku."
Mereka saling menatap, mata bertemu mata, nafas bersatu di ruang malam yang dingin.
Dan buat pertama kali... tiada kata.
Hanya rasa yang tidak terungkap.
Mereka saling menatap, mata bertemu mata, nafas bersatu di ruang malam yang dingin.
Dan buat pertama kali... tiada kata.
Hanya rasa yang tidak terungkap.
Tiba-tiba...
"Tuan Mikael! Tuan Mikael!!"
Mikael Lutfi tersentak.
Matanya terbuka luas.
Nafasnya tercungap. Peluh dingin membasahi dahi dan tengkuknya. Dadanya berombak laju.
Dia menoleh ke kiri, ke kanan.
Bilik tidur.
Gelap. Senyap.
Hanya kipas syiling berputar perlahan di atas kepala.
Selimutnya telah terlondeh separuh. Tuala kecil di atas dada tercampak ke sisi. Tangannya masih berada di posisi seolah sedang menyentuh pipi seseorang.
Mimpi?
Tangannya segera menekup wajah.
“Bodohnya aku…” desahnya perlahan, berbisik kepada sepi.
Dia duduk perlahan di tepi katil. Menekup wajah yang masih terbakar dek rasa malu, terperangkap antara realiti dan mimpi.
“Medina...” nama itu keluar dari bibirnya tanpa sedar.
Lembut.
Lirih.
Tapi penuh hasrat yang belum pernah dia akui secara terang.
Suasana senyap seketika. Hanya degup jantung sendiri yang didengarnya.
Telefon bimbitnya bergetar di meja sisi. Nama pembantu rumah muncul di skrin.
"Tuan, maaf ganggu. Medina tengah siapkan sarapan dia tanya Tuan nak kopi atau teh hari ni."
Mikael Lutfi terdiam.
Tangannya menggenggam telefon erat.
"Kopi." jawabnya pendek.
Tapi suara Medina Atalia dalam mimpinya tadi masih bergema dalam kepala.
Pandangan matanya.
Getar tubuhnya saat dia disentuh.
Pengakuan penuh air mata.
Semua itu terlalu nyata.
Terlalu hidup.
Mikael bangkit perlahan.
Melangkah ke bilik air.
Setiap derap langkah seperti bergema dengan rasa bersalah dan kehendak yang dipendam terlalu lama.
Dia memandang wajah sendiri di cermin. Mata merah.
Rambut kusut.
“Kau nak dia... tapi kau tak layak pun mimpi pasal dia.” katanya kepada bayang di cermin.
Tapi dia tahu sekuat mana pun dia menolak perasaan itu...
Hatinya sudah mula berpaut pada bayang Medina Atalia.
Dan paling menakutkan...
Dia mahu terus bermimpi.
Share this novel