Medina Atalia melangkah menjauhi kawasan kolam renang hotel dengan langkah tergesa-gesa. Dia baru sahaja bertengkar dengan Adam, dan kini dia hanya mahu bersendiri, bersantai tanpa sebarang gangguan.
“Ish, budak ni pekak ke apa?” Mikael Lutfi menarik lengan Medina perlahan, menjauhi orang ramai yang memerhatikan mereka. Dia perasan ada mata-mata yang tidak senang sedang memerhati gadis itu.
“Ada apa ni, Tuan?” Medina menepis perlahan, cuba melarikan diri. Dia tiba-tiba teringatkan kasutnya yang tertinggal di tepi kolam.
“Kau dari mana ni? Ya Allah, berkaki ayam? Mana kasut kau?”
“Dari kolam… kasut… alamak, tertinggal la Tuan! Medina lupa nak ambil semula.”
“Seriuslah?” Mikael mengerut dahi, hairan melihat tingkah Medina yang tak seperti biasa.
“Serius! Medina pergi dulu ya, malu la orang tengok macam ni.” Medina ingin berlalu, tapi Mikael sempat menahan bahunya.
“Medina, kau okey tak?” Bahunya disentuh lembut. Wajahnya pucat, dan jelas dia sedang memendam sesuatu.
“Tuan… nanti kalau Tuan nak keluar dinner, Tuan call lah ya. Bye.” Medina terus berlalu.
“Dinner? Sekarang baru tengah hari, apa hal budak ni…” Mikael tidak sedap hati. Dia segera mengekori Medina.
Dia tahu benar, Medina bukan jenis yang merajuk tanpa sebab. Gadis itu pasti sedang terluka.
“Medina, tunggu…” Mikael menarik tangannya semula, lalu tanpa sedar, dia memeluk tubuh gadis itu erat.
Adam memerhati dari jauh. Pipi kirinya masih pedih akibat tamparan Medina sebentar tadi. Hatinya mula dipagut rasa bersalah.
“Lepaslah, Tuan… ganggu je,” rintih Medina sambil menolak tubuh Mikael, kurang senang dengan haruman lelaki itu yang terlalu dekat.
“Cakaplah, Medina. Apa yang buat kau jadi begini?” Mikael memandang tepat ke wajahnya.
“Sebenarnya…” suara Medina tersekat.
“Saya rindu rumah. Rindu mak cik yang selalu layan saya macam anak sendiri… Kalau tahu semua ni akan jadi begini, lebih baik saya tolak tawaran kerja Tuan hari tu…”
Mikael Lutfi mengangguk perlahan. Sekali lagi dia mengusap rambut Medina sebelum menciumnya di dahi dengan penuh lembut.
“Masuk bilik dan berehat. Aku free hari ni sampai esok pagi.”
“Hisk… tapi sebenarnya Medina lapar. Medina nak makan stik rusa yang famous dekat restoran hotel ni. Boleh order tak?” Wajahnya berubah manja.
“Stik rusa? Kau pernah datang sini sebelum ni ke?” Mikael menyoal curiga.
“Janji tinggal janji. Teruklah Tuan ni!” Medina menjeling sebelum berlari semula untuk mengambil kasutnya.
“Pakai kasut tu, Medina! Haish budak ni…” Mikael menggeleng, namun senyumannya tidak dapat disembunyikan.
Bau perfume Medina masih melekat di bajunya.
Dia kembali ke tempat Stefani menunggunya.
“Bro… that girl so pretty, but I.” kata-kata Stefani terhenti.
“But what, huh?” Mikael mengangkat kening.
“Oh, nothing. I think I mistook her for someone else,” jawab Stefani pantas.
Mikael Lutfi menahan telinga yang semakin panas. Medina… kenapa kau buat aku rasa tak tentu arah begini?
Adam pula hanya diam membisu.
Hatinya terasa berat dengan kata-kata kesatnya tadi. Dia tahu dia telah melampau.
Di tempat lain…
Qalam memandu keretanya dengan wajah tegang. Di sebelahnya, Fahri hanya memerhati tenang.
“Kau pasti nak buru Atalia sampai lubang cacing?” soal Fahri.
“Aku pasti. Tapi pelik… dia makin cantik sekarang. Aku yakin, hidup kami akan bahagia kalau lelaki tak guna tu mati!” Qalam ketawa sinis.
“Kau terlalu berangan. Jangan terlalu terbang tinggi, Qalam. Nanti jatuh tak boleh bangun,” balas Fahri tajam.
“Medina akan jadi milik aku. Aku sanggup mati sebab dia.”
Fahri mengangguk.
Dia tahu kawannya itu sudah terlalu taksub.
Sementara itu…
Medina Atalia sedang bersenang-lenang di biliknya, tanpa sebarang gangguan. Sempat juga dia bergambar dan memuat naik ke Instagram.
“Cantik juga aku hari ni. Hihi…” gumamnya sambil ketawa kecil.
Namun, dia terlupa sesuatu.
Ting!
Ting!
Tok!
Tok!
Tok!
Medina Atalia menyangka itu bell bilik sebelah. Namun bila telefonnya bergetar berulang kali, barulah dia tersedar.
“Aduh, bell bilik aku rupanya!” Dia berlari anak membuka pintu.
“Eh, Tuan Mikael?” Wajahnya berubah.
“Medina… apa yang kau pakai ni?” Mikael tergamam. Matanya melirik dress paras lutut yang dipakai Medina.
“Eh? Saya… lupa diri tadi, Tuan. Maaf…” Medina cuba menutup tubuhnya dengan tangan, namun Mikael sudah melangkah masuk dan menutup pintu.
“Kau sedar tak kau masih waktu kerja? Kalau Mama aku nampak, habis kau!” suara Mikael tegang.
“Saya minta maaf…”
“Kau ingat ini tempat bersantai ke?” Mikael menarik tubuh Medina ke dinding, namun dia masih cuba mengawal diri.
“Tuan, tolong keluar…”
“Kau tahu kau salah, tapi masih boleh berseloroh. Jangan jadi bodoh, Medina!” katanya sebelum menjarakkan diri.
Mikael Lutfi sempat menghela nafas.
Dia mula keliru dengan tindakannya sendiri. Maria, isterinya, tidak pernah buat dia rasa sebegini.
“Aku cuma datang nak minta kau pilihkan baju aku untuk malam ni. Tapi… tak apalah, aku pergi dulu.”
Mikael Lutfi segera keluar. Medina Atalia jatuh terduduk ke lantai.
“Bodohnya aku… kenapa aku pakai macam tu tadi…”
Setengah jam kemudian…
Medina Atalia berdiri di hadapan bilik Mikael Lutfi, serba salah. Dia hampir mundar-mandir.
“Ketuk ke tak? Haish… malunyaaa…” rungutnya.
Namun tangannya akhirnya menekan loceng.
Ting.
Ting.
Ting.
Tiada sahutan.
“Eh, dia turun ke?” Belum sempat berpaling…
Tangannya digenggam seseorang dari belakang.
Medina Atalia terkejut.
“Kau tekan bell tadi ke? Aku nampak kau berkawad depan pintu. Lucu pula,” ujar Mikael, muncul tiba-tiba.
“Err…”
“Aku minta maaf pasal tadi.”
Sekali lagi, dia menarik Medina Atalia ke dalam pelukannya. Tanpa sedar, Adam memerhati dari jauh, matanya memerah.
“Kau cakap kau bermaruah Medina… Tapi ini apa? Berpelukan dengan majikan sendiri?”
Adam menahan marah.
Hatinya hancur.
Dia yakin Medina telah menawan hati Tuan Mikael.
“Medina,” suara Mikael perlahan.
“Ya, Tuan?”
“Aku minta maaf sebab… melampaui batas tadi. Jangan bagitahu sesiapa. Aku… aku sedang cuba berubah.”
Medina hanya angguk perlahan.
“Anggap saja itu pengajaran untuk saya… yang terlalu leka.” Dia melangkah masuk ke dalam bilik Mikael untuk meneruskan tugas. Adam yang memerhati dari jauh mengetap bibir.
“Jadi, tekaan aku betul. Mereka memang ada hubungan. Medina… kau tunggulah. Aku akan simpan semua ni… dan gunakan bila sampai masanya.”
Share this novel