Terkurung Dalam Kehendak

Drama Completed 450185

Tepat jam 7.45 pagi, suasana di halaman rumah banglo milik keluarga besar itu agak riuh.

Danial, pemandu peribadi yang telah lama bekerja bersama keluarga Mikael Lutfi, sudah sedia dengan kenderaan SUV mewah untuk menghantar mereka ke KLIA 2.

Barang-barang telah dimuatkan, hanya menunggu semua penumpang naik ke dalam.

Maria Elena memegang tangan suaminya, wajahnya tampak berseri-seri walaupun hatinya sedikit berdebar mengenangkan percutian yang bakal mereka lalui bersama ibu mertuanya yang terkenal cerewet dan penuh syarat.

Namun, sebelum mereka sempat melangkah masuk ke dalam kereta, enjin dari sebuah kenderaan lain menarik perhatian semua orang.

Sebuah kereta mewah meluncur perlahan dari arah pintu pagar, menimbulkan sedikit debu di udara pagi itu.

Kereta itu berhenti, dan keluar daripadanya seorang wanita berusia lewat 50-an yang masih bergaya dan penuh karisma Datin Sri Qalsom.

"Kenapa Mama datang sini, Biyy?" soal Maria Elena dengan dahi berkerut, matanya memandang ke arah suaminya yang berdiri membelakangi kereta.

"Entah..." Mikael Lutfi hanya menjawab ringkas sambil memandang ke arah wanita yang semakin menghampiri.

Medina Atalia yang berada di belakang Maria hanya tunduk, jantungnya mula berdegup kencang.

Dia tahu kehadiran Datin Sri Qalsom bukanlah sesuatu yang menggembirakan. Wanita itu tidak pernah menyukai dirinya sejak dari awal lagi.

“Korang berdua nak pergi dah ke?” sapa Datin Sri Qalsom sambil mengibas-ngibas wajahnya dengan kipas tangan, gaya klasik yang menjadi trademark wanita itu sejak dulu.

“Ha’ah Mama, kita nak gerak ni. Takut lambat nanti." jawab Maria Elena, cuba mengawal nada agar tidak menunjukkan ketegangan.

"Mama nak ikut boleh tak? Mama dah beli tiket juga ni," ujar Datin Sri Qalsom sambil tersenyum.

Namun senyumannya lebih kepada senyuman menyindir daripada ikhlas.

Maria Elena menelan liur.

"Oh... ye ke Ma? Mama tak cakap pun nak ikut."

“Tak sempat nak beritahu. Lagipun, Mama memang nak tengok kamu semua berseronok.“

“Mama pun dah lama tak melancong,” katanya lagi sambil matanya menyorot tajam ke arah Medina.

Mata Datin Sri Qalsom tidak pernah lepas daripada gadis muda itu.

Ada sesuatu pada Medina yang mengganggu fikirannya. Sejak awal, dia tidak berkenan dengan kehadiran seorang gadis muda yang tinggal serumah dengan anak dan menantunya.

Baginya, itu bibit permulaan kepada keretakan rumahtangga. Dan dia tidak mahu perkara itu terjadi, tidak pada Maria Elena yang telah banyak berkorban untuk keluarganya.

“Aku ikut ya. Medina, naik dengan Mama. Boleh tolong angkat barang-barang Mama nanti,” arah Datin Sri Qalsom tanpa menunggu jawapan sesiapa.

Medina hanya mengangguk perlahan.

Mikael hanya memerhati, matanya mengikut gerak langkah gadis itu dengan perasaan yang sukar digambarkan.

"Mama tu memang nak ikut kita ke, Biyy?" Maria Elena bertanya perlahan sambil melihat ke cermin sisi kereta.

"Memang dah ikut pun. Maid kita pun Mama bawa," balas Mikael dengan nafas panjang.

"Agak-agak Mama bawa maid dia tak eh? Kesianlah Medina kalau dia kena buat semua kerja nanti."

"Biarlah... kita ikut jelah. Nanti kita minta Mama tambah payment untuk Medina."

Maria Elena diam seketika.

"Biyy, okay tak ni?"

"Okay je... kenapa?"

"Entahlah, I rasa macam Biyy biar je Mama buat apa-apa pada Medina..."

"Babe, nama pun maid. Dah biasa kerja macam tu."

Maria Elena mengeluh. Dia tahu perangai ibunya, dan dia tahu Medina bukan sekadar pembantu rumah biasa.

Gadis itu lemah-lembut, rajin dan tidak pernah membantah arahan. Tapi dia juga tahu, terlalu banyak kelembutan boleh membawa kepada kesilapan, dan itu yang dirisaukannya.

Setibanya di lapangan terbang, Medina seperti biasa bertindak cekap. Dia memikul tanggungjawab sebagai pembantu rumah dengan cemerlang, walaupun Datin Sri Qalsom tidak berhenti memberi arahan dan marah-marah.

“Bodoh!” jerit Datin Sri Qalsom apabila Medina sedikit lambat menyerahkan bagasi.

Maria Elena hampir mahu menegur tetapi dia ditahan oleh bisikan ibunya.

“You jangan terlalu baik sangat dengan dia. Perempuan muda macam tu cepat sangat nak goda suami orang,” kata Datin Sri Qalsom dengan nada rendah tetapi penuh sindiran.

“Maa... dia budak baik,” Maria Elena mempertahankan Medina.

“You tahu tak, suami you dulu playboy. Sekarang dia kaya, handsome, berkuasa pula tu. Perempuan macam Medina tu, dia tak perlu buat banyak. Duduk diam pun boleh buat lelaki tergoda.”

Maria Elena menelan air liur. Kata-kata ibunya mula mempengaruhi fikirannya. Dia memandang ke arah suaminya, dan kemudian ke arah Medina. Rasa tidak senang mula bercambah dalam hatinya.

Mikael yang sejak tadi mendiamkan diri akhirnya memanggil Medina ke hadapan.

“Kau nak ikut atau balik rumah?” soalnya tenang tapi serius.

“Saya nak ikut, Tuan. Medina datang bukan sebab duit, tapi sebab tanggungjawab.”

Kata-kata itu buat hati Mikael bergoncang. Dia tak tahu kenapa, tapi dia seperti tak sanggup Medina menerima layanan sebegitu.

Di dalam kapal terbang, insiden berlaku. Medina terlanggar seorang lelaki dan menyebabkan minumannya tumpah.

Mikael marah. Tapi bukan kerana air itu. Dia marah kerana lelaki itu berani memegang tangan Medina.

“Duduk sini!” Mikael menarik Medina ke kerusinya, tetapi bila sedar dirinya terlalu emosi, dia mengarahkan Medina kembali ke tempat asalnya.

“Maaf Puan... Medina tak sengaja tadi,” kata Medina kepada Maria Elena.

“It’s okay. Next time hati-hati ya...”

Namun dalam hati Maria Elena, keresahan semakin menguat. Dia melihat tingkah suaminya terhadap Medina, dan kata-kata ibunya kembali menggema di telinganya.

Datin Sri Qalsom yang duduk tidak jauh hanya tersenyum puas. Bibit cemburu itu akhirnya muncul. Dan itu adalah kemenangan pertama dalam permainannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience