Kau pilih Medina. Tapi Aku Akan Pastikan Kau Hilang Dia Mikael!

Drama Completed 450185

Ketegangan psikologi dan dendam terpendam antara Maria Elena dan Medina Atalia, sejurus selepas pemakaman Qalam.

Langkah Medina Atalia perlahan, lesu. Matanya masih sembap, namun ekspresi wajahnya jauh lebih dalam daripada sekadar kesedihan. Ada sesuatu yang patah yang tak akan pulih dengan mudah.

Langkahnya terhenti di ruang tamu.

Di situ berdiri Maria Elena,. Tapi mata wanita itu… tajam, mencerun tepat ke wajah Medina seperti pisau.

“Akhirnya balik juga kau ya.,” suara Maria tenang, tapi tajam bak belati.

Medina Atalia tidak menjawab.

Dia hanya terus melangkah, namun suara Maria mengekor keras dari belakang.

“Kau fikir aku tak tahu ke mana kau pergi?”

Medina berhenti.

Bahunya mengeras.

Dia berpaling sedikit, memandang Maria Elena dengan pandangan kosong.

“Aku tak ada masa nak bermain teka-teki.”

Maria tersenyum sinis, lalu melangkah mendekat. Suasana senyap, hanya kedengaran dentingan jam dinding di ruang tamu besar itu.

“Kau rampas segalanya daripada aku, Medina. Suami aku. Rumah aku. Ketenangan hidup aku. Tapi Tuhan tu Maha Adil…” Maria merapatkan wajahnya.

“Sekarang Dia ambil orang yang kau sayang.”

“Cukup, Maria.” Suara Medina kini bergetar. “Aku penat.”

Maria ketawa kecil.

“Penat sebab banyak berlakon? Atau penat sebab semua topeng dah tertanggal satu-satu?”

”Aku tak tahu siapa sebenarnya Qalam! Fahmi tu cuma Pa aku masa aku jadi model dulu." Medina menggenggam kain jubahnya.

Dalam hatinya, luka masih segar.

Nama Qalam masih bermain di telinga. Dia belum sembuh. Dan kini, Maria mahu membuka luka lain.

“Kalau aku rampas, itu sebab kau tak tahu jaga. Mikael sendiri yang pilih aku, bukan sebaliknya.”

“Jangan sebut nama suami aku dengan mulut kau yang penuh dosa tu!” Maria menjerit, kini emosinya meletup.

“Kau goda dia! Kau main kotor! Dari dulu kau tak pernah berubah, Medina Atalia!”

Medina melangkah ke hadapan, hampir berdepan dengan Maria.

“Aku cuma ambil semula hidup aku yang pernah kau hancurkan.” Nadanya tenang tapi mendalam.

“Kau fikir aku tak tahu siapa yang mula ugut aku jadi model Uncle Bob dulu? Siapa yang beri gambar-gambar aku pada Fahmi untuk dijual?”

Maria Elena terdiam seketika.

Wajahnya berubah.

“Jangan cuba salahkan aku atas pilihan hidup kau yang kotor tu!” bentaknya, cuba mempertahankan diri.

“Aku tak salahkan sesiapa. Tapi aku tahu kebenaran. Dan aku takkan lari dari kebenaran tu macam kau.”

Medina berpaling, ingin melangkah pergi, tapi Maria menarik tangannya kasar.

“Aku belum habis dengan kau, Medina. Dendam aku takkan padam sampai aku lihat kau sujud minta maaf di kaki aku!”

“Dan aku takkan pernah tunduk pada manusia yang tak pernah tahu erti kasih.”

Maria ingin menampar, tapi tangan itu sempat ditepis oleh Mikael Lutfi yang tiba-tiba muncul di belakang.

“Cukup, Maria!” bentaknya.

“Jangan heret Medina dalam kekalutan emosi kau.”

Maria Elena tergamam lagi.

Pandangan mata Mikael bukan lagi yang dulu.

Tiada simpati.

Tiada lembut.

Hanya tegas dan muak.

“Kau pilih Medina. Tapi aku akan pastikan kau hilang dia, Mikael.” Maria mengancam dingin, kemudian berundur, melangkah pergi tanpa berpaling lagi.

Medina terduduk.

Nafasnya pendek.

Hatinya perit.

Dendam Maria... belum selesai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience