You Miss Me Or My Money?

Drama Completed 450185

Maria Elena mendaki anak tangga menuju ke bilik dengan langkah perlahan. Kakinya masih berdenyut-denyut akibat terlanggar bucu sofa di ruang tamu tadi.

Sakitnya masih terasa.

Pintu bilik dikuak dari luar.

Mikael Lutfi masih di dalam, diam membatu seperti biasa. Namun hatinya menangkap sesuatu yang berbeza dari aura Maria.

Jarang-jarang dia merasainya melainkan jika Maria Elena mahukan sesuatu.

“Biy, I nak cakap sesuatu dengan you,” ujar Maria sambil duduk di sofa dalam bilik itu.

“Hm,” balas Mikael tanpa menoleh, masih setia menghadap skrin iPad di tangan.

Dia tersenyum nipis melihat Maria Elena, walaupun tiada kehangatan dalam lirikan itu. Dia tetap suami, dan Maria Elena masih isterinya, walau hubungan mereka hambar seperti kopi basi.

“Sebenarnya… I nak hubungan kita berbaik semula. Like... husband and wife,” tutur Maria dengan nada lembut.

“Oh.”

“So malam ni, kita boleh... you know, do it like usual, right?” Maria tersenyum cuba menggoda.

Maria Elena ingin bangun untuk mendekatinya, tetapi…

“Nanti dulu,” tegas Mikael sambil menahan dengan isyarat tangan.

“I... really miss you, baby…”

“Oh really? You miss me or my money?” Mikael tergelak kasar.

“Hahaha…”

“Baby, please… jangan sekat duit belanja I lagi. I janji tak boros.”

“See, bukan I you rindu, tapi duit I. Typical Maria,” ucap Mikael, senyum sinis menghiasi bibirnya.

“Sedarlah, Maria. Kita dah tua. Duit bukan segalanya,” tambahnya sebelum berdiri, memandang Maria dengan wajah hambar.

“Baby… I nak duit,” Maria menggenggam lengan Mikael erat.

Mikael menggeleng. “I tak gaji lagi. Papa pun belum bank-in.”

“But you’re my husband. I’m your responsibility, Mikael!”

“Guna jelah duit yang I dah bagi. Lima puluh ribu, kan? Takkan dah habis?”

“Dah habis. I guna untuk cantikkan diri I untuk you, baby. I tak nak nampak tua,” jawab Maria selamba.

“What?” Mikael seperti terkena renjatan elektrik.

“I cuma tua dua tahun dari you je! So, boleh lah kan?”

“Sorry, I memang tak ada duit sekarang,” jawabnya sambil kembali fokus pada iPad.

“Biy!! Takkan you nak biar I pakai barang lama? No way.”

“Oh ya? Cakap pasal barang lama, I nak balik semua barang kemas you. I nak jual semula,” kata Mikael tegas.

“What?!” Maria terlopong, seolah-olah tak percaya.

“I nak sara hidup kita dengan duit tu. Untuk bayar gaji maid, bil-bil semua…”

“No! You dah gila ke?! I takkan serah balik semua tu!” Maria melangkah keluar dengan marah.

Babak di dapur

Maria Elena menjengket perlahan ke dapur, menahan sakit kakinya. Dia duduk di kerusi tinggi depan Qila.

“Qila, buatkan I air,” arah Maria.

“Baik, Puan…” Qila pantas bertindak.

Matanya sempat menangkap ibu jari kaki Maria yang sedikit berdarah.

“Mane semua bibik dalam rumah ni? I jerit dari tadi takde sorang pun muncul!” tengking Maria.

“Balik-balik you je yang datang. Mana semua orang pergi ni, huh?” dia menambah.

“Puan, jemput minum,” Qila meletakkan jus oren di depan Maria.

“Hmm… thanks…” Maria menghirupnya dengan straw. Tekaknya kering kerana bergaduh dengan Mikael.

“You tahu tak Minah dengan Zara pergi mana, Qila?”

“Tak tahu, Puan.”

“Diorang lari dari rumah ke? Tiga-tiga sekali gus… hmm.” Maria mengeluh kuat. Qila hanya tunduk.

Qalsum Raudhah muncul di ruang tamu, meletakkan beg tangan di atas sofa berwarna rose magenta.

“Mana Mikael?”

“Kat atas. Tengah buat kerja dia lah…”

“Semua dah okey ke, Maria? Jangan biar Mikael marah lama-lama. Nanti dia tawar hati dengan you.”

“Mama tahu perangai anak Mama tu macam mana. Sekali dia tarik muka, bukan sehari dua baru reda.”

Qalsum menjeling tajam.

“Berani kau cakap macam tu dengan Mama?”

Maria menyeringai.

“Mama datang malam-malam ni, dari mana?”

“Papa tak marah ke?”

“Papa... biasalah. Asyik meeting je. Tak kaya-kaya pun,” Maria mencebik.

“Eh Maria, betul ke semua orang gaji dah lari termasuk budak tu?”

“Yes Mama. Maybe Mika halau diorang. Bagus sangatlah.”

Qalsum duduk di sisi Maria. “Now you kena perbaiki hubungan dengan Mikael. Mama yakin dia masih sayang you.”

“Mama… boleh tak carikan pembantu rumah baru untuk I?”

“Bukan sebab I pemalas. I tak biasa dengan habuk-habuk ni. Qila pun kerja lambat.”

“Okay. Untuk menantu kesayangan Mama ni, Mama akan cuba carikan,” janji Qalsum sambil mengurut bahu Maria.

“Thanks Mama… I love you!”

“I love you too, sayang,” balas Qalsum.

Maria Elena tersenyum puas.

“I happy sangat, Mama. Harap Mika tak ingat perempuan kampung tu lagi.”

“Hahaha. Doakan saja. You mesti selalu melawa. Biar dia lupa terus budak tu.”

“Ya… Dia duduk rumah ni pun I dah naik pening tengok muka dia.”

“I hari-hari berdoa dia pergi dari rumah ni. I memang tak berkenan langsung.”

Maria menarik Qalsum ke dalam pelukan. “Thanks Mama… you’re the best!”

“You’re welcome, sayang. Ingat, jaga suami. Tunjukkan yang you pun mampu bahagiakan dia.”

“Baik Mama…”

“Biar Mika buka mata luas-luas nanti, ya?”

Maria Elena mengangguk.

“Okay Mama!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience