Maria Elena Hanya Mengerling Saat Qalsum Keluar Dari Rumah

Drama Completed 450185

Qalsum berjalan ulang-alik di hadapan Maria Elena. Langkahnya laju, gelisah jelas terpancar di wajah wanita separuh usia itu.

Sebagai seorang ibu kepada Mikael Lutfi, dia masih tidak mampu memahami bagaimana anak lelakinya boleh tergamak mengahwini anak angkat mereka sendiri.

Maria Elena.

Wanita itu yang dulunya begitu pendiam dan sopan kini dirasakan semakin menjauh dari keluarga suaminya sendiri.

Namun, perkara yang lebih merisaukannya sekarang ialah kelakuan Mikael yang semakin pelik sejak akhir-akhir ini.

Dia mula berlembut dengan pembantu rumah mereka, Medina. Keakraban itu membuatkan Qalsum tak senang duduk.

Ketakutannya satu jika suatu hari nanti Medina mengambil alih seluruh hidup dan harta Mikael. Dan yang lebih menggerunkan, jika Medina juga mampu mengambil tempat Maria sebagai isteri yang sah.

Dan, bagaimana pula dengan nasib Maria Elena? Sudah beberapa tahun mereka berkahwin namun masih belum dikurniakan zuriat.

Qalsum tahu, hal itu akan menjadi alasan yang kukuh untuk anaknya mencari pengganti.

“Maria.” Qalsum berhenti tepat di hadapan menantunya yang sedang duduk bersilang kaki di sofa sambil melayan siaran Netflix tanpa perasaan.

“Mama boleh duduk tak? I penatlah tengok Mama dari tadi ulang alik macam peronda rumah, aduh.” Maria mencebik bibir, sinis.

Dia menyampah melihat wajah mertuanya yang sering muncul di rumah mereka seperti tiada tempat lain untuk dituju.

“Maria! You tak rasa apa-apa ke huh? Suami you tengah bawa perempuan kampung keluar negara tau!” Qalsum bersuara tinggi.

Nada amarahnya tak dapat disembunyikan lagi.

“Ya Allah... Tolonglah rasa khawatir sikit, Maria.” Qalsum mengertap bibir.

Jantungnya seolah mahu meletup dek geram.

“Mama! Diorang dah naik flight pun. Biarlah diorang. Mama bebel tiap-tiap hari, I muaklah,” balas Maria sambil bercekak pinggang.

“You ni memang teruk tahu tak Maria. Macam mana kalau perempuan tu kikis harta suami you nanti?” mata Qalsum membulat. Sungguh dia tak sanggup bayangkan.

Tiba-tiba, dia meluru duduk di sebelah Maria Elena. Tak sabar lagi untuk meluah isi hati.

“You tak takut ke kalau Mikael kahwin lagi? Mana tahu dia ada perempuan lain selain you, mana tahu... right?”

“Ma, please... Listen to me, okay. I tak marah pun kalau Mika nak kahwin baru. Sebab apa yang I mahukan selama ni dia turuti saja.”

“That’s why Mama tak perlu bising-bising pula sekarang ni,” Maria bangun dari duduk dengan malas.

“You...” Qalsum ingin berkata-kata lagi namun Maria menyampuk cepat.

“Jadi kalau dia nak kahwin dengan perempuan tak guna tu pun I setuju lah. But why, Mama? You rasa I tak sayang Mikael ke? Please cakap dengan I, Mar.”

“You tak mahu ke semua harta-harta Mika jatuh ke tangan you ke Maria? Oh god, apa nak jadi dengan you ni Maria!” Qalsum menggeleng kepala.

“Mama pekak ke? Disebabkan sayanglah I tak mahu dia kecewa. Mama, please... jangan paksa lagi. I bosan.” Maria terus melangkah ke dapur.

Qalsum yang tak puas hati mengikut dari belakang.

Maria Elena menuang air kosong ke dalam gelas kaca lalu diteguk perlahan. Dingin air itu menuruni kerongkongnya, menyamankan seketika keresahan dalam dada.

“I tak percaya semua ni! You tak boleh buat macam ni Maria... I takkan benarkan Mikael menduakan you.” Qalsum meletakkan tangan di pinggang, berdiri tegak memandang Maria.

“Up to you, Mama…”

“Apa dah jadi dengan you ni ha? Otak you ke mana Maria Elena?!” jerit Qalsum.

“Berfikir lah dengan bernas, please! Bila-bila masa saja perempuan tu boleh pikat suami you!”

Maria Elena tidak menjawab.

Dia terdiam.

Otaknya bercelaru, hatinya semakin tawar.

“I takkan pernah halang dia dapatkan isteri baru. Mama kena ingat, syurga seorang isteri terletak di bawah tapak kaki suami. Faham tak?”

“Sungguh Mama tak faham dengan you sekarang ni. Jangan-jangan you dah...”

“Dah apa Mama? Are you serious perempuan tak guna tu nak guna-gunakan I?” Maria tersenyum sinis.

Maria Elena terus melangkah keluar dari dapur dan naik ke tingkat atas.

Qalsum terduduk.

Air matanya menitis.

Hatinya seakan-akan dihiris sembilu.

Di bilik tetamu, Qalsum menangis seorang diri. Dadanya sebak. Bukan kerana dihalau semata-mata, tetapi kerana hatinya terasa dipijak-pijak.

Dia cuma mahu yang terbaik buat anak dan menantunya. Itu saja.

“Hissk... sampai hati kau halau Mak mertua kau sendiri dari rumah anak sendiri, Maria. Mikael, you terlalu manjakan dia... lihatlah sekarang!”

Tok...

Tok...

Qalsum pantas mengesat air mata.

“Siapa...?”

“Zara ni, Datin Sri.”

“Ya Allah...” Qalsum kembali menangis.

“Masuklah, Zara...” suaranya bergetar.

Zara membuka pintu perlahan. Dia melangkah masuk dengan senyap lalu duduk di birai katil.

“Datin Sri, tadi Puan ada beritahu Zara yang Datin nak berangkat, ya?”

“Ya...” angguk Qalsum perlahan.

Zara bangun, mendekati almari besar dan mengambil beg pakaian lalu mengemas barang-barang Qalsum dengan tertib.

“Hissk... Why Maria berubah, Zara?” tanya Qalsum lemah.

Zara menoleh, tidak menjawab. Dia tahu ini bukan pertanyaan yang mudah untuk dijawab.

“Zara... Kau suka bekerja di sini?”

Zara mengangguk.

“Saya bersyukur sangat, Datin Seri.”

“Macam mana Maria layan korang selama ni? Dia tak berubah, kan?”

Zara tersenyum kecil.

“Selama ni Puan Maria memang sangat baik pada kami, Datin Seri.”

“Medina pula? Macam mana dia layan Medina?”

“Pun sama, Datin Seri. Medina dapat bonus setiap tahun, Puan Maria dan Tuan Mikael tak pernah sombong.”

Qalsum terdiam.

Rasa bersalah mula menjalar di hati.

“Kalau macam tu... kenapa dia sanggup halau I, Zara?”

Zara tidak mampu menjawab. Dia hanya mengangguk perlahan.

“Baiklah, tolong bawa barang I keluar. I nak cuci muka dulu sebelum pergi...”

“Baik, Datin Seri.” Zara mengangkat beg dan keluar dari bilik.

Maria Elena hanya mengerling saat Qalsum keluar dari rumah. Tiada sapaan, tiada ucapan.

“Jangan pernah jijak kaki ke sini lagi selagi Mikael tak balik Malaysia, Mama! Take note ye,” bisik Maria dengan dingin.

Qalsum menoleh sebentar, namun dia tahu... tiada guna lagi bersuara.

“Just go, Mama! Menyusahkan betul. I tak perlukan nasihat dalam rumah ni.”

“Hah... Aman bila orang tua tu tak ada. I isteri kesayangan Mikael. Dia takkan buat hal dengan I. Kalau dia nak kahwin dengan Medina sekalipun... perduli apa.”

Maria Elena naik ke atas sambil tersenyum. Dia sudah rancang esok mahu ‘mukbang’ apa pula.

Di dapur, pembantu-pembantu rumah hanya diam.

“Kenapa dengan Puan Maria tu eh?” Aminah berbisik.

“Tak payah peliklah Minah... dia baik depan Tuan Mikael je,” kata Qila dengan nada tajam.

“Puan Maria tu tak salah... tapi Datin Sri selalu kongkong hidup dia,” Zara mencelah.

“Yakin ke? Mungkin Puan Maria memang tak cintakan Tuan Mikael pun, hanya nak harta,” Qila menyeringai.

“Tak baik cakap macam tu... pasti ada sebab kenapa dia tak nak mengandung,” balas Aminah yakin.

“Sudah! Buat kerja masing-masing sebelum Puan Maria mengamuk nanti,” arah Zara.

Masing-masing kembali senyap.

Yang pasti, rumah besar itu kini tidak lagi setenang dulu. Dan cerita sebenar, masih belum terbongkar sepenuhnya…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience