Diamnya Bukan Tanda Reda

Drama Completed 450185

Mikael Lutfi memandang tajam satu demi satu wajah di hadapannya. Mata yang redup itu penuh amarah yang terkawal.

Diamnya bukan tanda reda, tapi sebaliknya tanda badai bakal melanda.

Damia berdehem kecil, cuba memecah kebisuan yang menyesakkan ruang bilik mesyuarat itu.

“Tuan Mikael...”

“Hm,” balas Mikael tanpa angkat wajah.

“Ada apa ya tuan panggil kami semua ke sini?” Damia bertanya dengan nada teragak-agak.

“Ha’ah, Tuan. Kalau ada apa-apa yang nak dibincangkan, terus terang saja. Kami pun tertanya-tanya,” Hasimah menambah, cuba bersikap profesional meskipun nada cemas jelas di hujung suaranya.

“Tuan, kalau tiada apa-apa, kami minta diri dululah,” celah Hadi yang sudah pun menggenggam telefon bimbitnya, bersedia untuk beredar.

Adam pula hanya menatap wajah bosnya itu dengan kening berkerut. Dia berdiri sedikit mendekat.

“Tuan... kenapa diam saja dari tadi?”

Fauzi yang sejak awal tak senang duduk mula mengangkat tangan, seakan menyerah.

“Tuan Mikael... boleh beritahu kami, apa sebenarnya yang berlaku?”

Mikael akhirnya mendongak.

“Apa?”

BRAK!

Empat fail keras dibaling ke atas meja dentumannya membuat semua yang berada di bilik itu tersentak.

Mata mereka terbeliak memandang helaian proposal yang bertaburan.

“Siapkan empat proposal ni hari ni. Aku nak semua dihantar minggu depan,” tegas Mikael, nadanya datar namun menggigit.

“Apa?” Ke semua mereka Damia, Hasimah, Fauzi, dan Hadi kekasih gelap isterinya tercengang tidak percaya.

“Dan sebelum kau orang mula mengedit,” suara Mikael kembali, kali ini lebih tegas.

“Aku nastikan setiap ayat, setiap baris ucapan dan spech dalam proposal tu, tak berterabur. Aku tak nak tengok spacing entah ke mana.”

Mikael mencapai pen di atas meja lalu menghentaknya dengan kasar.

“Setiap satu proposal, lima puluh muka surat. Faham?!”

“Tuan... lima puluh muka surat tu bukan sikit,” Fauzi bersuara, cuba menentang dengan nada berhati-hati.

“Oh, bukan sikit ya?” Mikael tersenyum sinis.

“Habis tu, bila kau tengah mengedit dan separuh kandungan proposal tu bercampur-aduk, tersalah letak, siapa yang akan tanggung semua tu? Aku?”

Dia berdiri, tubuhnya tinggi dan menekan.

“Ingat aku ada masa nak semak semula kerja korang satu-satu? Kau rasa aku ni editor ke?”

Semua terdiam.

Tak ada yang berani melawan lagi.

“Aku dah lama perhatikan. Kerja lambat, gosip lebih. Mulai hari ni tak ada lagi ruang untuk yang tak serius. Siapa rasa tak mampu, keluar sekarang.”

Nafas Mikael mendalam.

Tegas.

Jelas.

Tak ada lagi ruang kompromi kali ini.

Pintu bilik mesyuarat ditutup kuat dari luar.

BAM.

Keempat-empat mereka masih terpaku.

Tiada siapa bersuara.

Hanya bunyi jantung yang masih ligat berdegup dan hela nafas yang berat mengisi udara.

Damia menjeling ke arah fail yang baru saja dihempas tadi.

Dia membuka satu daripadanya perlahan.

Sekadar membelek, lalu menutup kembali.

“Empat proposal lima puluh muka surat, dalam masa seminggu?” katanya perlahan, lebih kepada dirinya sendiri.

“Gila ke apa?” Hasimah menumbuk meja, suara geramnya pecah jua akhirnya.

“Kita ni manusia, bukan mesin cetak!”

“Proposal tu bukan main tulis je, Hasimah. Kena buat kajian, susun data, rujuk sumber...”

Adam menggeleng perlahan.

“Kalau sorang satu pun dah seksa, ni empat terus.”

“Sebab tu la,” Fauzi mencelah, matanya masih tak lepas dari pintu bilik mesyuarat yang tadi dihempas.

“Aku dah lama rasa, Tuan Mikael tu dah hilang kemanusiaan. Asyik tekan orang. Tapi dia sendiri tak turun padang.”

“Dia CEO, Fauzi. Memang la dia tak buat kerja kita.” Hadi bersuara, cuba bersikap neutral walau dia sendiri sudah berpeluh dingin memikirkan beban kerja yang baru diumumkan.

“Tapi dia tak patut memperlakukan kita macam sampah,” Damia menyampuk.

Matanya merah, menahan marah.

“Dia tuduh kita gosip, tapi dia tak pernah tanya kenapa.”

“Memang. Selama ni kita gosip sebab bos sendiri tak pernah hormat staf. Kau ingat kes kak Lin hari tu?“

“Kena tukar bahagian tanpa sebab, lepas tu senyap macam tu je?” Hasimah menyambung dengan nada tajam.

Fauzi menggenggam tangan.

Pandangannya kini beralih ke tingkap kaca yang menghadap Menara Lutfi Holdings.

"Kalau macam ni cara dia, sampai bila kita nak telan semua? Takkan nak biar je?"

Semua mata mula beralih padanya.

Diam. Tapi pandangan mereka mula menukar warna. Ada yang tertarik. Ada yang goyah. Dan ada juga yang... setuju.

Adam bersuara perlahan,

“Fauzi... jangan buat keputusan bodoh.”

“Tahu tak apa yang lebih bodoh?” balas Fauzi cepat.

“Biar orang tindas kita hari-hari tanpa lawan balik.”

“Lawan balik macam mana?” Hadi bertanya dengan nada curiga.

“Kalau dia boleh ugut kita dengan buang kerja... kita pun boleh ugut dia semula.”

“Fauzi! Jangan main api.” Adam berbisik tegas, tetapi nadanya goyah.

Fauzi tersenyum sinis.

“Main api? Mungkin. Tapi kadang-kadang, api pun boleh jadi penyelamat dalam gelap.”

Damia dan Hasimah mula berbisik sesama sendiri. Kelihatan seperti sesuatu sedang dirancang.

Adam bangkit perlahan, mengangkat fail di meja.

“Aku tak nak terlibat. Korang buat la apa korang nak. Aku kerja untuk rezeki halal, bukan untuk jatuhkan orang.”

Fauzi hanya mengangkat kening.

“Halal? Habis, bila bos sendiri layan staf macam kuli, tu halal ke?”

Adam memandang Fauzi tepat.

“Aku takkan kotor tangan aku.” Dan dia keluar dari bilik mesyuarat, membawa fail di tangannya.

Tinggal mereka bertiga Fauzi, Damia dan Hasimah yang kini mula berbincang secara serius.

Bukan lagi tentang kerja.

Tapi tentang satu misi tumbangkan Mikael Lutfi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience