Dalam keadaan hujan yang lebat membasahi bumi, langit mendung pekat seolah-olah turut menyembunyikan rahsia yang sedang terungkai perlahan-lahan.
Mikael Lutfi dan Adam masih setia menunggu di lobby hotel, tidak berganjak walaupun pakaian mereka sudah mula lembap disebabkan tempias angin luar yang masuk menerusi pintu kaca automatik yang terbuka dan tertutup mengikut aliran tetamu yang keluar masuk.
Tiba-tiba telefon bimbit Mikael Lutfi bergetar.
Satu pesanan ringkas muncul dari skrin. Nama pengirimnya jelas tertera Medina Atalia.
"Apa ni?" Mikael bercekak pinggang, wajahnya menegang sambil matanya melirik keluar ke ruang tengah yang semakin sesak dengan orang ramai.
"Ada apa, Tuan? Medina ada di mana sekarang?" Adam tidak sabar ingin tahu, lebih-lebih lagi kerana ingin tahu setakat mana marahnya majikannya terhadap pembantu yang satu itu pembantu yang dari awal lagi tidak pernah tunduk pada arahan, malah sering menyakitkan hati.
"Dia… dia suruh kita masuk dulu," ujar Mikael sedikit pelik, nadanya tidak menentu.
"Hah? Maksud dia apa? Dia ada di sini ke atau saja-saja nak permainkan kita?" Adam terus bangkit dari kerusi, matanya liar memerhati sekeliling.
"Aku tak pasti. Tapi... mungkin dia ada dekat sekitar kita, Adam. Kau tolong perhatikan betul-betul.“
”Tempat ni makin penuh, ramai sangat orang. Tak mustahil dia dah lalu sebelah kita pun tanpa kita sedar," balas Mikael, nadanya lebih kepada berfikir sendiri.
"Aku tahu dia memang licik. Pandai betul dia cari peluang." Adam menggeleng sambil mulutnya hampir-hampir mahu ketawa, tapi dia tahan.
Dalam hatinya dia geli hati juga dengan situasi ini, tapi tak berani nak tunjuk di hadapan Mikael yang masih serius itu.
Sementara itu, dalam kesibukan orang ramai yang berpusu-pusu ingin mendaftar masuk, Medina Atalia mengambil kesempatan menyelinap di celah-celah manusia tanpa disedari.
Jubah panjang yang dipakainya sedikit basah dek hujan, rambutnya disembunyikan di sebalik hoodie tebal berwarna kelabu gelap.
“Hi.. can I have this check-in under the name of Mikael Lutfi?” soalnya kepada petugas kaunter, seorang wanita berambut panjang yang memakai tag nama bertulis 'Dhara'.
“Okay, can I have some cards?” soal Dhara dengan sopan.
“Well…” Medina memandang sekeliling, kemudian menggaru kepala yang tak gatal. “Okay, wait.”
“Hurry up, my sister can't take it, my body can't take the cold,” katanya sambil berpura-pura menggigil kesejukan.
Dhara tersenyum simpul. “Five minutes, please.”
“What? Miss, why are you so late, I just checked out quickly!” bentak Medina sedikit berlakon marah, matanya liar memandang sekeliling sambil jantungnya berdegup laju.
"I'm sorry, this is not a request from our side but this is the procedure that is determined." Dhara tetap tenang menjawab.
Sudah terbiasa melayani pelanggan yang cerewet dan tergesa-gesa seperti Medina.
"Hmm.. whatever," Medina menjeling tajam sebelum memalingkan wajah.
“Miss Medina Atalia, here.. you can take this key.”
“Okay, thank you Miss Dhara.”
“Urm.. I'm sorry for that, I'm..”
“It’s okay, I was in a hurry too. Bye-bye.” Medina terus menyambar kunci bilik dan bergegas menuju ke arah lif.
"Aku mesti sampai dulu dari Tuan Mikael ni," bisiknya sambil berlari anak.
Nafasnya semakin laju. Degupan jantungnya tak tentu hala. Dia takut benar jika Mikael atau Adam tiba-tiba muncul di belakang dan menahannya. Beberapa kali dia menoleh ke belakang, memastikan dirinya tidak diekori.
“Ya Tuhan, tolonglah jangan buat hati aku berdebar-debar macam ni…”
TING
Pintu lif terbuka. Orang ramai berpusu-pusu masuk. Medina menyelit tanpa banyak bicara.
“Ish, sabarlah!” Dia terpaksa menolak perlahan untuk masuk.
“Excuse me?” Seorang lelaki yang berdiri di tengah pintu tidak berganjak.
“Ha, takde apa-apalah, sibuk,” Medina menjeling, wajahnya dilarikan ke arah lain.
“Hey.. I want in right now.”
“Keluar dulu, orang lain nak naik ni. Jangan halang. Woi.” Medina tanpa segan menolak dada bidang lelaki itu keluar dari ruang pintu lif.
“Hey!! I'm serious now,” bentak lelaki itu, tidak puas hati.
“Diamlah. Kau ingat kau kacak ke? Lambat lagi.” Suaranya agak kasar, dan dia sendiri terkejut dengan kata-kata itu.
“Shit!” Lelaki itu mengumpat tak puas hati.
Pintu lif akhirnya tertutup.
Medina Atalia menarik nafas lega. Tangannya menggenggam kunci erat-erat.
“Apa yang aku buat ni? Sejak bila aku jadi kasar macam ni… Tapi… aku cuma nak elak jumpa Mikael.“ Dia berpeluh walau dalam kesejukan.
Di bahagian lobby, Mikael dan Adam masih menunggu. Mikael menghampiri kaunter.
“Hi Miss Dhara.”
“Yes Sir, is there anything I can help you with?”
“Hm, can you if…”
“What could that be, Sir?”
“I mean, please check Medina Atalia’s name, is she back here yet?”
“Oh just a minute, I’ll tell you right away.”
Mikael menunggu dengan perasaan bercampur baur.
“Sir, do you think Medina is back yet?” Adam mencelah.
“I don’t know Adam, I’m worried about her,” jawab Mikael jujur.
“In the name of Mr. Mikael Lutfi, right?” Dhara meneliti skrin komputer.
“Yes, I am, what’s wrong, Miss Dhara?”
“Actually Miss Medina is back here, and may have been in the hotel room half an hour ago.”
“What! You didn’t lie to us, did you, Miss Dhara?” Adam mulai resah.
“Forgive me if it’s not true, let me make a phone call from here.” Dhara tersenyum tenang.
“Hello, Miss Medina Atalia, right? I’m from one of the guest service staff, can I get the ID card information of the room, Miss?”
“Yes, that’s right, thank you.”
"Already there Sir, you can check in now."
Mikael menarik nafas lega.
“Thankfully…”
Adam pula masih tak puas hati.
“Sir, he has really gone too far! You must fire him as soon as possible!”
Mikael hanya senyum senget.
“We’ll see.”
Beberapa minit kemudian, mereka sampai ke bilik masing-masing. Mikael sempat menoleh ke arah bilik Medina, pintunya tertutup rapat.
“Adam, aku harap kau tak ambil serius sangat hal Medina tadi,” kata Mikael sambil menepuk bahu pembantunya.
“Maksud Tuan?”
“Aku yakin… mungkin Medina bosan. Kita ke sana sini sejak pagi tadi, dia pula tunggu di sini.”
“Saya pun rasa benda yang sama, Tuan.”
“Kalau macam tu kau pergilah berehat, Adam.”
“Baik Tuan, saya pun dah mengantuk ni… hahaha.”
“Jumpa malam nanti.” Mikael masuk ke biliknya, pintu ditutup.
Dia membuka pakaiannya satu persatu. Di cermin, wajahnya kelihatan segar dan kemas hasil tangan Medina yang merapikannya pagi tadi.
“Macam mana kau boleh pergi jauh-jauh Medina?” gumamnya sambil menyandar di dinding bilik air.
“Nasib baik aku ada aplikasi cari lokasi tu… tapi aku tak nak terlalu sekat hidup kau. Kau mungkin perlukan ruang…”
Dia ketawa kecil, baring atas tilam empuk. Fikirannya melayang… wajah Medina muncul dalam khayalan.
Entah sejak bila dia rasa ‘maid’ itu bukan sekadar pembantu biasa. Medina Atalia penuh misteri, penuh teka-teki. Dan kini, rasa ingin tahu itu semakin menggigit hatinya.
Share this novel