EPISODE 64

Family Series 439762

Mikael dan Medina berjalan ke teping yang dipenuhi Tiram berukuran kecil dan besar. ada juga sederhana tiramnya.

Suasana sangat lah cantik, agak damai untuk dua mempelai pengantin baru itu.

Orang yang berada di situ pula tak terlalu ramai.

"Hubby.. hubby.. look.." Medina menepuk bahu Mikael yang sedang kopek kulit Tiram berukuran sebesar tapak tangan.

Ia beralih pada Medina.

"Ada apa Sayang..?"

"Tu.. tu.. tiktoks thai buat live tu.." Medina menunjukkan pada seorang perempuan yang tidak jauh dari tempat duduk mereka.

"Dah tu nak aku pergi cium dia ke apa..? Boleh saja.." Mikael tergelak kecil.

"Ish hubby ni. Sayang cuma tunjuk je bukan nak suruh Hubby pergi cium dia. Gedik.." ia terus duduk diatas batu bersebelahan dengan Mikael.

"Hahaha kuat membebel rupanya sayang ni. Aku gurau saja."

"Lemon sedap ni." ia terus mengigit kulit lemon begitu.

tanpa ada riaksi masam atau berkerut dahi sekali pun ia menjamah dengan berselera.

Mikael menggelek kepala lagi. Sejak mereka kesini Medina sudah lain, dia masih ingat.

Mereka berdua ke market land berjalan-jalan menjamu mata.

Tanpa segan Medina terus mencapai buah-buahan yang ada di atas talam.

Tanpa rasa bersalah pula tu ia memakan sampai sendawa.

"Hubby cepatlah lapar ni." Medina sudah membuka mulut didepan Mikael.

"Hah..? Apakah.." Berkelip-kelip biji mata Mikael.

"Tu.. Tiram."

"Sayang, kenapa lapar memanjang ni..? Aku risaulah.." Ia mencuci isi tiram dengan air bersih.

Lalu di suap ke dalam mulut Medina.

"Hurm.. sedap.. kalau ade lebih letak dalam ni, nanti sayang nak bawa balik makan dengan roti yang Hubby beli tu eh."

"Yelah sayang tapi ingat jangan makan banyak-banyak Tiram ni, tak bagus untuk kesihatan tau." Pipi Medina diusap-usap lembut.

"Okey beres bos hihi.." Ia mengagakan lagi mulut bila Tiram dikopek Mikael sudah di cuci dengan air bersih sekali lagi.

Mikael tersenyum hampar semakin lama Medina semakin pelik.

Salah satunya ialah pantang ia mencium pipi, atau bibir. Pasti Medina meminta selalu.

Orang cakap pantang cuit sikit terus harimauu.

"Hubby kejap eh.." Medina bangun dari duduk ia terus meninggalkan Mikael disitu.

"Nak ke mana ni..? Tiram banyak ni sayang.." Ia tak sempat capai tangan Medina.

Isterinya sudah menjauh di sebalik pokok besar di belakang mereka.

Medina memuntahkan isi perut dengan banyak, tetapi yang keluar hanya isi tiram tadi.

"Argh sakit." Lututnya tertikam dengan kulit kerang.

Ia menahan dua kesakitan dalam satu masa.

"Sayang. Kau buat apa lama sangat tu..?" Mikael terus bangun.

Barangan yang ada di situ dibiar begitu saja.

"Hubby.." Medina terduduk dari tadi perutnya mengeras.

Wajahnya panas bagaikan di bakar sesuatu.

"Sayang.!! Ya allah kenapa ni..?" Mikael terus mencempung tubuh Medina.

Dia terus bawa Medina ke keretanya dengan terburu-buru.

"Hubby.. Sayang tak apa-apa lah."

"Tak apa sampai macam ni sekali. Kita balik beli ubat di farmasi dulu.." Tubuh Medina dibaringkan dengan berhati-hati.

"Hubby wangi lah nak peluk lagi.." Badan Mikael di tarik masuk ke dalam dakapannya.

"Ya allah.. Comel betul bini aku ni.." Ia melepaskan pelukkan ditubuh Medina ia terus bangun.

Sekejap saja istenya sudah ketiduran.

Pinggangnya di betulkan sedikit, pintu kereta terus menutup.

Selepas membeli ubat di farmasi.. Mikael dan Medina kembali ke hotel untuk berehat.

Ia melihat wajah Medina sambil mengurut pipi isterinya lama-lama ia tersenyum sendiri.

"Hubby.. Hurmm mengantuk.."

"Okey tidurlah sayang.." Mikael terus menepuk punggung Medina hingga isterinya kembali terlena.

*Sabar..!! Sabar Mika..!! Isteri kau tak sihat ni..* Medina kembali tertidur tak sampai seminit selepas dipupuk oleh Mikael semula.

"Sejak bila kau jadi budak-budak balik ni sayang..?"

"Hm tidur pun comel.. karang kalau aku gomol pipi kau yang montel ni terjaga pula."

"Aduh serba salah betul ni.." Ia terus membaringkan tubuhnya sambil mengadap Medina.

Akhirnya dia juga tertidur dengan gaya memeluk tubuh Medina.

Mikael terkejut dari lena ia segera bangun dan mendapat Medina yang sudah berpeluh di sebelahnya.

"Sayang hey kenapa ni.. bangun bangun.." Pipi Medina di tepuk-tepuk lagi.

"Hubbby.."

Sayang bangun! Ya allah apa aku nak buat ni..?" ia berfikir seketika.

Dengan langkah besar ia ke singki.

Mikael terus berjalan pantas naik keatas katil semula. Mug di dekat dengan tapak tangannya, air di tuang lalu diusap pada wajah Medina.

"Sayang bangun.."

"Hahh...? Apa apa.." Medina terjaga dari mimpi ngerinya.

dia memandang sekeliling akhir sekali wajah Mikael di perhati lama.

Ia menangis semahu-mahunya wajahnya ditekup rapat.

"Sayang.."

Hisk..

Hurmm

"Medina nak ke bilik air kejap.." Ia terus meninggalkan Mikael disitu sendirian.

Medina lari masuk ke dalam bilik air ia menangis lagi.

"Sayang.. buka pintu ni.." Pintu diketuk dari luar.

Hisk..

"Sayang Kau buka pintu sekarang atau aku rempuh pintu ni !! Buka.." Pintu diketuk bertalu-talu entah kenapa dia tak sedap hati dengan Medina di dalam sana.

CLICK

Pintu terbuka.

Mikael terus merempuh masuk untuk mendapatkan Medina yang sudah berdiri kaku di depannya.

"Hubby, sayang takut."

"Sejuk ni kita cakap di luar saja.." Mikael terus mendukung Medina ke katil kembali.

Sebaik saja ia meletakkan tubuh Medina diatas katil kesan airmata sang isteri di usap lembut..

"Sayang.. ada apa ni."

"Sayang takut Hubby."

Mikael mendengar penuh tekun jari jemari isterinya dikepal, diusap-usap lagi hingga Medina kembali berkata-kata walaupun tergagap-gagap.

"Aku dengar sayang.."

"Cerita lah kalau teruk sangat aku tolong ya.." Ia mencium pipi Medina dalam-dalam.

Mikael menarik nafas panjang

Ia merindui wangian pipi isterinya lagi.

"Okey cakap.." Mikael mengusap rambut panjang Medina.

rambut Medina di tolak ke sebelah telinga kanan dengan hati-hati.

"Medina lari dari seseorang.."

"Medina hampir di perkosa.."

"Dan paling teruk lagi Medina hampir dibunuh seseorang! Tapi.."

"Medina tak tahu siapa lelaki tu..!! Sumpah Medina takut sangat."

"Tapi selepas Medina lari masuk ke dalam kereta Hubby malam tu, Medina percaya Hubby dapat selamatkan Medina dari di kejar lelaki itu lagi.." Ia tertunduk sambil memain jari Mikael.

Mikael memerhati wajah pasrah Medina.

ia tersenyum sendiri..

Dengan pantas bahu Medina di tarik masuk kedalam pelukannya.

"Terima kasih kerana jujur dengan aku sayang.."

Medina terkedu sendiri apabila Mikael tak memarahi dirinya.

ia terus memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT..

"Aku dah tahu semuanya tentang kau sayang.. Tentang lelaki tu..!!"

"Nanti aku sendiri akan ajar dia.. Berani sungguh dia ganggu isteri kesayangan aku ya.."

"Ini Mikael Lutfi.. tau." Mikael bercekak pinggang di depan Medina.

"Hubby tak marah Medina ke.?" Wajah Mikael di pandang lama.

"Tidak, tapi kalau kau menipu tadi memang aku marah and.." Mikael Lutfi terdiam seketika.

"And....? What."

"And aku buat kau loya lagi, raw.."

"Argh.. hahaha Hubby."

"Gigit perut dia. Raw.."

"Hahaha.. geli Hubby."

Mereka berdua kembali memikat hati pasangan sendiri di atas katil, memandangkan Mikael Lutfi dan Medina Atalia sudah mengetahui sesuatu.

Esok Ma update tentang qalam pula. Ada yang nak tahu apa yang Qalam rancangkan sesuatu untuk Medina.? Kalau tak ada satu komen terbaru esok, Ma cancel update. Geram ni.. !!! Geram, hahaha okay done mengugut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience