Mejar Hatim, pegawai penyiasat muda yang penuh dedikasi, bergegas masuk ke bilik siasatan dengan wajah serius.
Mejar Hatim:
“Encik Haqim! Kami terima satu panggilan masuk ke nombor rahsia yang berdaftar atas nama Hani Hanafi, tepat jam 2:16 pagi tadi. Ia berlangsung selama 4 minit 12 saat.”
Mejar Haqim: (bangun dari kerusinya)
“Dari siapa?”
Mejar Hatim:
“Lelaki bernama Arman. Suara sama dengan rakaman yang Azri serahkan sebelum ini. Kami berjaya triangulate lokasi—sebuah gudang terbiar di pinggir Rawang.”
Mejar Haqim: (pantas)
“Hubungi unit taktikal. Ini mungkin satu-satunya peluang kita.”
2 jam kemudian – Operasi penyelamatan dimulakan.
Malam masih gelap. Anggota UTK bergerak senyap mengelilingi gudang. Bunyi serangga malam bergema bersilih-ganti dengan bunyi but taktikal menghentam tanah.
Di dalam gudang, Anara duduk lemah, tangannya terikat di belakang. Matanya lebam, wajahnya pucat.
Anara (tercungap, berbisik):
“Tolong… tolong siapa saja….”
Arman, yang sedang lena di kerusi lusuh, terjaga apabila terdengar bunyi pintu gudang disepak kuat.
Polis:
“Serah diri sekarang! Jangan cuba melawan!”
Arman: (terkejut, cuba capai pisau di meja)
“Cilaka! Macam mana…?!”
Satu das tembakan amaran dilepaskan. Arman terjatuh ke lantai, tangannya terangkat. Polis pantas menggari tangannya.
Polis lain menghampiri Anara.
Pegawai wanita:
“Puan Anara, kami dari PDRM. Awak selamat sekarang. Jangan risau…”
Anara, dalam keadaan trauma dan lemah, menitiskan air mata.
Anara: (suara tersekat-sekat)
“Azri… Azri saya tahu dia tak pernah tinggalkan saya…”
Beberapa jam kemudian di hospital.
Azri duduk di tepi katil Anara. Tangannya menggenggam tangan isterinya erat. Air mata lelaki itu tumpah tanpa dia sedar.
Azri:
“Maafkan aku, sayang… Aku lambat datang… Tapi aku tak pernah berhenti cari kau…”
Anara membuka mata perlahan-lahan, lalu tersenyum nipis.
Anara:
“Awak janji… kita akan balik rumah… sama-sama?”
Azri: (angguk perlahan)
“Aku janji… aku akan lindungi kau. Selamanya.”
Balai Polis Bukit Aman – Bilik Strategi Khas.
Mejar Haqim berdiri di hadapan skrin besar yang menunjukkan peta digital dan rekod komunikasi. Di sisinya, Mejar Hatim mengendalikan sistem pemantauan.
Mejar Haqim:
“Hani fikir Arman masih bebas. Kita guna peluang ni. Hatim, siapkan satu mesej palsu daripada nombor Arman. Bunyi macam ugutan wang. Pastikan gaya bahasa sama macam mesej-mesej sebelum ni.”
Mejar Hatim:
“Baik, Tuan. Contoh mesej: ‘Kalau kau tak transfer RM50k esok, aku akan buka mulut. Polis dah mula hidu. Pilih cepat – duit atau penjara.’”
Mejar Haqim:
“Perfect. Hantar sekarang. Kita lihat macam mana dia panik.”
Di rumah Hani – jam 9:13 malam.
Hani sedang menyapu serum ke wajahnya bila telefonnya bergetar. Dia baca mesej itu dengan mata terbeliak. Tangannya menggigil.
Hani:
“Apa ni… Arman? Bukankah… dia dah diam? Kenapa dia ugut aku sekarang?”
Dia bergegas ke meja, buka laptop, dan akses akaun banknya.
Hani: (berbisik cemas)
“Duit aku tak cukup. Kalau aku tak bayar… dia betul-betul akan bocor semuanya?”
Tanpa sedar, semua gerak-gerinya sedang dipantau melalui kamera kecil yang dipasang awal oleh pasukan polis semasa siasatan awal.
---
Di bilik pemantauan.
Mejar Hatim:
“Dia buka akaun bank. Nampak panik. Kita ada visual. Tuan, dia dalam tekanan.”
Mejar Haqim:
“Bagus. Sekarang kita tunggu dia buat panggilan balas. Bila dia hubungi ‘Arman’, kita trace semua. Pastikan line tu rakam penuh.”
5 minit kemudian. Hani menghubungi ‘Arman’.
Hani: (tergesa-gesa, suara berbisik tapi marah)
“Arman, kau gila ke? Kau nak ugut aku sekarang? Polis dah intai ke? Kau cakap mereka takkan tahu!”
Suara palsu Arman (AI suara diprogramkan):
“Kau fikir aku nak masuk penjara sorang-sorang? Kalau aku tumbang, kau tumbang sekali.”
Hani:
“Aku tak ada duit sekarang! Sabar sikit, dua hari lagi aku transfer!”
---
Di bilik strategi.
Mejar Hatim:
“Panggilan dirakam penuh. Lokasi sah – telefon Hani, nombor peribadi. Bunyi pengakuan jelas.”
Mejar Haqim: (senyum puas)
“Cukup bukti untuk reman. Siapkan waran. Malam ini… kita tangkap dia.”
Malam itu, jam 11:27 malam – Rumah Hani.
Mejar Haqim dan pasukan menyerbu rumah Hani.
Mejar Haqim:
“Hani Hanafi, awak ditahan atas tuduhan menjadi dalang penculikan Anara Zakri dan cubaan memeras ugut. Awak ada hak untuk berdiam diri…”
Hani: (jerit, meronta)
“Tak! Ini semua fitnah! Arman perangkap aku! Azri yang hasut korang!”
Mejar Haqim: (tegas)
“Kita ada rakaman suara awak, bukti transaksi, dan video pengakuan Arman. Cukup untuk dakwa awak di mahkamah.”
Hani terduduk. Tangisnya bukan lagi kerana takut – tapi kerana akhirnya semua muslihatnya terbongkar.
Anara duduk di sudut bilik rawatan, bahunya menggigil. Tangannya memeluk tubuh sendiri seolah-olah ingin melindungi diri daripada dunia luar yang terasa jijik, kejam dan memalukan. Matanya tidak berani menatap sesiapa, termasuk Azri.
Azri berdiri dekat pintu, tidak berani melangkah terlalu hampir. Dia tahu Anara sedang menderita... dan dia sebahagian daripada luka itu.
Azri:
“Nara… maafkan aku. Aku… aku tak percaya video tu. Sumpah, aku tahu itu semua tipu daya.”
Anara hanya diam. Wajahnya kosong, tapi di balik mata yang terbuka itu ada ribuan emosi yang bercelaru malu, marah, takut, dan kecewa.
Anara: (perlahan, suara hampir tak kedengaran)
“Tapi kau tengok, kan? Kau tetap tengok…”
Azri terkedu. Nafasnya ditahan seketika. Dia melangkah perlahan ke sisi Anara dan duduk bersimpuh, merendah.
Azri:
“Ya Aku tengok… tapi hanya untuk cari kebenaran. Bukan untuk percaya.”
Anara: (mata bergenang)
“Kau tak tahu apa rasanya bila maruah aku dipermainkan… bila tubuh aku dirakam tanpa izin… bila aku dilihat sebagai wanita murahan di mata orang yang aku cintai…”
Azri: (suara serak)
“Aku tak pernah… tak akan pernah pandang kau macam tu, Nara. Tapi aku tahu kata-kata aku tak cukup. Sebab tu aku nak bantu kau.”
Beberapa hari kemudian – Klinik Psikologi Kesihatan Mental
Azri menemani Anara bertemu Dr. Marlisa, seorang pakar terapi trauma seksual dan emosi. Anara duduk berdepan doktor, masih dalam zon keliru. Azri menunggu di luar, menggenggam tangan sendiri dengan gelisah.
Dr. Marlisa:
“Anara… emosi yang awak rasakan sekarang semuanya normal. Jijik, takut, sedih semua itu bukan kelemahan. Ia reaksi terhadap penderaan dan manipulasi.”
Anara:
“Saya rasa kotor… saya rasa macam mayat yang hidup.”
Dr. Marlisa:
“Awak bukan kotor, Anara. Awak adalah mangsa. Yang kotor adalah mereka yang menjadikan awak alat untuk dendam. Tapi sekarang, awak ada pilihan—untuk sembuh. Untuk bangkit.”
Anara: (perlahan)
“Macam mana saya nak percaya lelaki lagi… termasuk Azri?”
Dr. Marlisa:
“Satu hari nanti, bila awak sudah pulih… awak akan tahu siapa yang layak diberi peluang. Tapi buat masa sekarang, awak tak perlu paksa diri untuk maafkan atau percaya sesiapa. Fokus pada satu perkara… rawat diri sendiri.”
Di luar bilik, Azri bangun bila pintu dibuka. Anara keluar perlahan, dan mereka saling berpandangan. Azri tak cuba pegang tangan atau peluknya. Dia cuma tanya dengan suara paling lembut:
Azri:
“Kalau kau masih izinkan… aku nak terus temani kau dalam proses ni. Bukan sebagai suami. Tapi sebagai orang yang pernah cintakan kau… dan masih cintakan kau.”
Air mata Anara gugur, tapi kali ini bukan kerana lemah. Ia gugur kerana harapan—harapan bahawa mungkin, satu hari nanti, dia boleh hidup tanpa rasa jijik terhadap diri sendiri.
Share this novel