Selepas menerima video rakaman dari Arman, Hani tersenyum puas.
Tangannya menggigil sedikit ketika menghantar video itu menggunakan nombor telefon keduanya—nombor yang disimpan rapi, tak pernah digunakan untuk apa-apa kecuali rancangan jahat ini. Dia taip kapsyen pendek yang tajam dan menghiris seperti sembilu:
"Lihatlah, bagaimana wanita pujaanmu beraksi liar bersama lelaki lain."
Dia tekan send, dan dalam hatinya, ada satu jeritan kemenangan yang bergema.
Di tempat lain, Azri hampir menggenggam telefonnya hingga retak.
Matanya menatap skrin yang gelap, tetapi fikirannya berkecamuk. Rakaman itu… terlalu sempurna. Sudut rakaman, suara-suara samar di latar, bahkan cara Anara ketawa—semuanya terasa dirancang.
Bukan… bukan Anara yang dia kenal.
Anara tidak begitu.
Dan jauh di lubuk hatinya, dia tahu… isterinya sedang diperangkap.
Dia bangkit, matanya merah. Nafasnya naik turun bagai orang dikejar neraka. Jari-jarinya menaip pantas menghantar mesej pada penyiasat yang dilantiknya sendiri—seorang bekas polis yang pernah menyelamatkannya dalam kes dulu.
Azri: “Saya perlukan bantuan. Seseorang sedang cuba musnahkan hidup saya. Dan dia dekat. Terlalu dekat.”
Di rumah, Hani melangkah masuk seperti biasa.
Langkahnya tenang, gerak tubuhnya lembut. Dia sempat membuka tudung, menyisir rambutnya, seolah-olah baru pulang dari tempat kerja.
Dia ke dapur, membancuh teh hangat dengan penuh gaya seorang isteri penyayang. Dituang ke dalam cawan kaca, lalu dibawa ke ruang tamu—di mana Azri sedang duduk, membisu. Wajah lelaki itu kusut, mata tak berkelip, seakan menunggu badai yang belum turun.
Hani: (meletakkan cawan)
“Minum dulu, Abang Azri… inshaAllah, polis akan jumpa Kak Anara secepatnya.”
Azri mendongak.
Seolah ada tombak menembusi jiwanya.
Azri: (perlahan, tajam)
“Hani… macam mana kau tahu Anara hilang?”
Hani terkaku.
Tangannya kaku, tetapi wajahnya tetap tersenyum. Namun matanya… matanya membocorkan sedikit panik.
Hani:
“Saya… saya cuma teka. Abang nampak resah sejak semalam. Saya dengar abang bercakap telefon… saya rasa mungkin…”
Azri: (suara lebih tajam, tak beri ruang)
“Tak. Aku tak pernah sebut. Tak ada siapa tahu, kecuali orang yang merancang semua ni.”
Azri bangkit perlahan.
Dia ambil telefon dari poket, dan tunjukkan mesej dari nombor misteri.
Azri:
“Nombor ni… kau kenal? Sebab polis dah kesan siapa pemiliknya.”
(pandangan menikam)
“Nama kau, Hani. Hani Hanafi.”
Hani tergamam.
Mulutnya terbuka, tapi suara tak keluar. Jiwanya berkocak. Namun seperti biasa, dia cuba kawal. Dia ketawa kecil, ketawa yang palsu dan menusuk hati.
Hani:
“Abang… itu bukan saya. Saya tak pernah…”
Azri: (marah, menekan)
“Jangan BERLAKON, Hani! Aku dah lama tahu ada yang tak kena dengan kau. Tapi aku tak percaya… aku nak bagi peluang. Tapi kau… kau rampas segalanya.”
Hani mula menitiskan air mata, tetapi Azri tidak goyah.
Tangisannya tak sama seperti tangisan seorang wanita yang teraniaya—ia seperti air mata seorang pelakon yang gagal meraih simpati penonton.
Azri:
“Kau tahu sesuatu, Hani. Dan aku janji… kalau Anara cedera, kalau apa-apa jadi pada dia… aku sendiri akan pastikan kau rasa sakit yang sama.”
Hani: (suara bergetar)
“Kalau saya betul-betul tahu… abang sanggup buat apa saja untuk dapatkan dia balik?”
Azri:
“Aku sanggup berperang. Dengan siapa pun. Termasuk… syaitan yang pernah aku percayai.”
Di gudang usang, Anara duduk bersandar pada dinding yang berlumut.
Tangannya terikat, mulutnya kering. Matahari terik menyinar masuk melalui celah papan yang renggang. Peluh membasahi wajahnya.
Anara: (lemah)
“Berapa lama lagi aku harus dikurung di sini… tolonglah. Kalau nak duit, aku akan minta suami aku bawa… aku janji.”
Arman hanya duduk di atas bangku, memegang telefon dan menghirup minuman.
Mukanya tiada ekspresi. Hanya suara datarnya yang menjawab:
Arman:
“Kami tak mahu duit.”
(pandangannya dingin)
“Kami hanya disuruh simpan kau… sampai masa diberitahu.”
Anara menjerit, menendang tanah, air mata menitis deras.
Dia tahu… ini bukan sekadar penculikan. Ini dendam. Dan Azri—satu-satunya harapannya—mesti membaca isyarat ini sebelum segalanya terlambat.
Di balai polis khas bahagian jenayah siber, Azri duduk di hadapan Mejar Haqim, seorang pegawai penyiasat berpengalaman yang sudah banyak menangani kes pemerasan dan penculikan.
Wajah Azri jelas letih, tapi matanya tajam dan penuh tekad.
Azri: (suara perlahan, tapi tegas)
“Aku percaya Hani terlibat… tapi aku tak ada bukti kukuh. Dia terlalu licik. Pandai berpura-pura. Tapi naluri aku… aku tahu dia sembunyikan sesuatu.”
Mejar Haqim mengangguk perlahan.
Dia buka fail siasatan dan menekan beberapa butang pada komputer di hadapannya. Nombor telefon yang digunakan untuk menghantar video kepada Azri sedang dianalisis secara menyeluruh.
Mejar Haqim:
“Nombor tu sah didaftarkan atas nama Hani Hanafi. Tapi ia mungkin digunakan oleh orang lain juga. Kita perlukan perangkap. Kita perlu dia buat panggilan—dan kita akan jejak.”
Azri: (mata memancar harapan)
“Boleh kau pantau setiap kali nombor tu buat panggilan atau hantar mesej?”
Mejar Haqim:
“Kita dah pasang sistem penjejak. Apa-apa komunikasi keluar masuk dari nombor tu akan masuk terus ke server kami.”
(dia pandang tepat ke mata Azri)
“Kalau dia hubungi kau lagi, atau sesiapa—kami akan tahu. Dan bila dia tersilap langkah walau sekali… kami akan tangkap dia.”
Azri: (angin nafasnya berat)
“Saya cuma nak selamatkan Anara. Dia satu-satunya yang pernah percaya saya, waktu orang lain buang saya. Dia tak layak disakiti begini…”
Mejar Haqim: (penuh simpati, tapi profesional)
“Kau seorang suami yang cekal, Azri. Kita akan dapatkan dia balik. Tapi kau kena tenang. Sebab lemah kau adalah peluang musuh.”
Sementara itu, di rumahnya, Hani termenung di bilik.
Dia pegang telefonnya erat. Dia tahu… Azri mula curiga. Tapi dia belum tahu sejauh mana.
Di skrin telefonnya—nombor rahsia—masih ada. Dia ragu-ragu sama ada mahu padam atau terus simpan untuk langkah seterusnya.
Hani (berbisik):
“Aku tak boleh kalah. Belum lagi…”
Telefon berdering. Arman menelefon.
Arman:
“Dia mula hidu sesuatu. Nak teruskan rancangan, atau kita hantar ‘pesanan’ lain untuk Azri?”
Hani: (perlahan, dingin)
“Kita tunggu. Biar dia sendiri cari neraka tu…"
Suasana malam sunyi. Angin meniup langsir bilik Hani perlahan.
Dia duduk di atas katil, memegang telefonnya sambil menggigit bibir. Paparan skrin menunjukkan panggilan masuk—Arman.
Dia tarik nafas panjang sebelum menjawab.
Hani: (suara perlahan tapi tajam)
“Ya?”
Arman (dengan nada mendesak):
“Berapa lama lagi nak tahan perempuan ni? Dia dah mula melawan. Aku dah tak tahan nak dengar dia merayu hari-hari.”
Hani: (mengerutkan dahi, suara mengawal)
“Kau sabar sikit. Dua minggu lagi. Kita perlu pastikan Azri betul-betul hancur dulu sebelum kita hilangkan dia selamanya.”
Arman: (ketawa sinis)
“Kau senanglah cakap. Kau tidur atas katil empuk. Aku dekat sini makan megi dan jaga perempuan yang asyik menangis siang malam.”
Hani: (geram, berdiri dan mula berjalan ke tingkap)
“Aku bayar kau, Arman. Kau buat kerja kau.”
Arman: (meninggikan suara)
“Duit kau tu pun dah habis! Aku nak duit lagi, Hani. Sekarang.”
Hani: (diam seketika, gigit bibir bawah, lalu berkata dingin)
“Okay. Aku transfer malam ni. Tapi kalau kau buat silap… aku takkan tolong kau.”
Arman: (ketawa perlahan, sinis)
“Kita dalam kapal yang sama, sayang. Kalau aku karam… kau pun tenggelam.”
Panggilan tamat.
Hani memandang skrin telefonnya lama. Tangan dia sedikit menggigil. Dia tahu permainan ini mula lepas kawalan.
Dia buka aplikasi perbankan dan masukkan amaun. Tangannya berhenti sejenak sebelum menekan "Hantar".
Hani (berbisik):
“Kau jangan sampai buat aku buang kau dulu, Arman…”
Share this novel