IKS 8

Romance Series 9656

Hani kini Mila bekerja Di pejabat Dato' Hans. Dato’ Hans semakin rapat dengan Hani. Dia mulai menghantar bunga ke pejabat, beri hadiah mewah dan memuji setiap perubahan Hani. Tapi Hani punya agenda lain.

Suatu malam, mereka makan malam di restoran eksklusif. Hans tersenyum sambil berkata, “Saya serius dengan awak, Hani. Kalau awak sudi, saya nak mulakan hidup baru dengan awak.”

Hani menunduk. Inilah peluangnya.

“Dato’, saya tak layak. Saya bukan wanita sempurna. Saya... sedang bawa beban besar.”

Hans memandang, keliru. “Beban apa?”

“Saya ada seorang wanita yang menganiaya saya. Dia berpura-pura baik, beri saya tempat tinggal, tapi sebenarnya dia cuba hancurkan hidup saya dari dalam. Dia ingin saya keluar dari hidup mereka dengan cara yang paling halus — melalui permainan hati. Tapi saya tak nak jadi mangsa lagi, Dato’.”

Hans nampak terkesan. Dia menggenggam tangan Hani di atas meja.

“Awak tak perlu lalui semua itu seorang diri.”

Hani menarik nafas panjang, berpura-pura tahan tangis.

“Saya cuma perlukan sedikit pertolongan. Saya tahu ini keterlaluan... tapi saya sedang merancang untuk selamatkan diri saya dan anak-anak saya. Saya perlukan sejumlah wang... supaya saya boleh lari dari semua ni. Tapi saya takut nak buat sendiri.”

Hans kelihatan terkejut, tapi hatinya sudah pun terpaut.

“Berapa banyak awak perlukan, Hani?”

“RM200,000, saya mahu Beli kereta Dan rumah.jawab Hani yakin.

“Saya akan pastikan awak dapatkannya... esok.”

Selepas menerima wang tunai sebanyak RM200,000, Hani kembali ke rumah lamanya bersama Ashram. Ketika melangkah keluar dari kereta mewah, jiran lamanya, Bidin, yang sedang menyiram pokok menghampiri mereka.

Bidin: “Amboi… siapa sangka Hani balik dengan bergaya sekarang. Makin cantik kau ya, macam artis!”

Hani: (tersenyum sinis) “Eh Bidin… biasa je. Aku balik bukan nak tunjuk kaya. Kau ada nampak Arman?”

Bidin: “Arman? Dia kerja shift malam sekarang. Tapi kalau kau nak jumpa dia, aku boleh call. Mesti dia nak datang kalau tahu kau balik.”

Tak lama kemudian, Arman datang dengan baju kerja yang masih berbau peluh. Wajahnya terkejut namun teruja melihat Hani.

Arman: “Hani… aku dengar laki kau dah tak ada. Kalau kau sunyi… kahwin je dengan aku. Aku sanggup…”

Hani mendekat, matanya tajam menikam wajah Arman.

Hani: “Kahwin dengan kau? Jangan mimpi, Arman. Aku takkan tukar keselesaan hidup aku dengan cinta murahan. Tapi… aku ada kerja untuk kau. Dan aku akan bayar kau RM50,000.”

Arman: (tercengang) “Kerja apa?”

Hani: “Kerja yang hanya orang macam kau je boleh buat. Dengar sini baik-baik, jangan tersalah langkah, sebab satu silap… nyawa boleh melayang.”

Orang ramai berpusu-pusu di sekitar Pavilion KL. Suasana sibuk dan glamor — sesuai dengan selera wanita bernama Anara.

Arman berdiri di sudut kafe kecil berhadapan butik mewah. Topi hitam dan kaca mata gelap menutupi wajahnya yang biasa orang tak endah. Tangannya menggenggam walkie-talkie kecil.

> “Subjek keluar dari kereta. Jalan masuk butik seperti yang dirancang,” kata suara dari alat tersebut — suara wanita bernama Alia, pembantu Hani yang telah diupah khas untuk lakonan ini.

Arman membalas dengan tenang. “Teruskan pemantauan. Pastikan dia tak perasan apa-apa.”

Dia memandang jam. 11.18 pagi.

Anara masuk ke butik sambil tersenyum kecil, menyapa staf yang sudah kenal dengannya. Arman menunggu selama lebih satu jam, tak mahu terburu-buru.

Sebaik Anara keluar dari butik bersendirian, berjalan ke arah eskalator Alia melangkah ke depan dan menyapa.

> “Puan Anara? Saya dari pihak pengurusan mall. Ada kejutan dari suami puan. Boleh ikut saya sebentar?”

Anara kelihatan ragu-ragu. Tapi nama Azri cukup untuk memecah benteng curiganya.

> “Kejutan? Dari suami saya?”

> “Ya. Katanya Puan suka perfume yang Puan pernah sebut minggu lepas. Dia tempah khas dan minta kami sampaikan melalui bilik VIP lounge.”

Anara tersenyum. “Oh, sweetnya dia…”

Tanpa menyedari dia sedang dipimpin masuk ke arah lorong yang tidak sepatutnya, Anara menurut. CCTV di kawasan itu ‘kebetulan’ sedang diselenggara — bayaran Hani kepada staf tertentu di mall membuahkan hasil.

Sebaik sahaja mereka masuk ke pintu kecemasan kecil — satu lorong sempit berhampiran ruang stor, Arman menyusul dari belakang.

“Maafkan aku, sayang…” bisik Arman dalam hati.

Sekelip mata, kain bertuala yang direndam dengan chloroform ditekap ke wajah Anara. Dia meronta, matanya terbeliak, tapi kekuatannya hilang dalam beberapa saat. Arman memandang wajahnya yang tidak sedar dengan puas.

> “Pantas. Dan sangat cantik… sayang, hidup kau takkan sama lagi lepas ni.”

Dia memanggul tubuh Anara dan terus membawanya ke dalam lif servis — diakses dengan kad khas — menuju ke tingkat basement parkir paling bawah. Di sana, van putih tanpa nombor plat menanti dengan pintu terbuka.

Alia menanggalkan name tag palsunya dan membuka hoodie.

> “Kerja selesai. Kau tahu apa nak buat lepas ni?”

Arman angguk.

> “Ya. Hantar dia ke sangkar. Dan rakam semuanya.”

Van bergerak laju keluar dari kawasan parkir. Dari jauh, kelibat Zaki, pemandu peribadi Anara, baru saja keluar dari kereta mencari kelibat tuannya yang sudah lama tidak muncul.

Tapi semuanya… sudah terlambat.
Anara membuka matanya perlahan-lahan. Kepala terasa berat, tubuhnya lemah. Udara di sekelilingnya bau busuk, sejuk, dan kering. Lantai yang dingin membuatkan tulang belakangnya sakit. Dia cuba untuk bergerak, tetapi tangan dan kakinya terikat pada kerusi. Pipi kanannya terasa sakit, seolah-olah baru sahaja dihentak sesuatu.

Di mana aku?

Matanya yang kabur mulai jelas sedikit demi sedikit, dan dia menyedari sesuatu yang menakutkan — tempat ini bukan rumahnya. Bukan kedai atau butik yang sering dia kunjungi. Dinding bata yang gelap dan jendela sempit menghalang pandangan. Tidak ada perabot lain selain beberapa tong sampah yang berlonggok di sudut.

Anara cuba bernafas tenang, namun satu rasa ketakutan meresap dalam setiap inci tubuhnya. Dia cuba menarik lengan, mencari ikatan yang menahannya. Tali kasar mengerat di sekitar pergelangan tangannya.

Kepalanya terasa berputar, ingatan tentang apa yang berlaku sebelum dia hilang menjadi kabur. Suara Alia yang manis, pelawaan untuk mengikuti ke bilik VIP lounge, semuanya bagaikan mimpi buruk yang masih sukar diterima.

Ini bukan mimpi... fikirnya dengan cemas.

Dia menggigil. Seluruh tubuhnya berpeluh, terjerat dalam ketakutan yang tidak dapat digambarkan. Cukup beberapa minit untuk dia menyedari satu perkara yang lebih menakutkan — dia tidak tahu siapa yang bertanggungjawab. Dan lebih menakutkan lagi, dia tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya.

Dari luar, terdengar bunyi pintu logam dibuka dengan kuat. Langkah kaki berat mendekati.

“Bangunlah, puan. Kita ada banyak perkara yang perlu dibincangkan.” Suara itu datang dari seorang lelaki, kasar dan tanpa perasaan. Anara cuba untuk melihat, tetapi hanya dapat menangkap bayangan lelaki itu, tinggi besar dengan langkah yang penuh kuasa.

Dia memekik, berusaha meronta dari ikatan. "Apa yang kau mahu daripadaku?!” teriaknya, cuba menunjukkan ketegasan meskipun jantungnya berdegup kencang.

Lelaki itu tersenyum lebar, menunjukkan deretan gigi yang putih. “Tenang, sayang. Kita cuma nak mainkan permainan. Kau akan faham sebentar lagi.”

Anara menjerit lagi, tetapi suaranya hilang seiring dengan ketukan pintu logam yang kini tertutup rapat. Fikirannya mula bercelaru, tetapi satu perkara yang dia pasti dia tidak akan berdiam diri. Sesuatu mesti dilakukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience