MPV hitam berhenti kemas di hadapan pintu utama lobi Metro Nova Holding. Seperti biasa, Pak Rahman turun lebih awal dan berjalan mengelilingi kenderaan untuk membuka pintu penumpang belakang.
“Silakan, Puan Hana,” katanya perlahan, penuh hormat seperti biasa.
Hana keluar dari kenderaan dengan tenang, langkahnya tidak tergesa tapi tetap teguh. Hari ini dia mengenakan tunic blouse labuh berwarna biru kabus, dipadankan dengan seluar slack polos serta kasut tumit rendah berkilat. Tudung satin dililit kemas, cukup profesional, cukup ringkas. Tapi... raut wajahnya kosong. Bukan jenis yang buat orang takut, tapi cukup untuk buat semua tertanya-tanya.
Sebaik kaki Hana melangkah ke ruang lobi, aura di sekelilingnya berubah.
“Eh, tu bukan... Puan Hana ke?” bisik seorang staf perempuan di kaunter keselamatan.
“Ya Allah... dia datang? Takde dalam jadual pun tadi,” jawab rakannya dengan suara perlahan sambil sengih macam nampak artis.
Beberapa staf dari jabatan pemasaran yang kebetulan lalu di lobi terkejut kecil. Seorang demi seorang menoleh. Ada yang berhenti separuh jalan, ada yang pura-pura betulkan tag nama, tapi mata tak lepas dari menatap Hana.
“Selamat pagi, Puan Hana,” ucap seorang eksekutif junior yang berselisih. Nadanya gugup, macam tak pasti itu salam mesra atau salam minta ampun.
Hana angguk kecil, tiada senyuman, tiada pandang dua kali. Tapi itu pun sudah cukup buat budak tu tersandar lega ke dinding. “Fuh... selamat aku tak kena laser,” gumamnya perlahan.
Seorang lagi staf lelaki — mungkin budak latihan industri — tergagap nak menyebut “selamat pagi”, lalu hanya berjaya keluarkan “selamaaa… er… pagi boss!”
Hana terus melangkah, seolah tidak mendengar. Tapi cara dia tekan butang lif VIP khas eksekutif itu membuatkan semua yang melihat rasa macam, “Okay, kita semua dalam zon berjaga-jaga hari ni.”
Lif VIP berbunyi kecil, pintu terbuka. Hana masuk, berdiri di tengah dan menekan butang nombor 4 — tingkat khas untuk Jabatan Pemasaran.
Di luar, beberapa staf berbisik-bisik penuh spekulasi.
> “Dia okay ke?”
“Aku rasa dia marah kot. Tapi dia tak marah. Tapi muka dia bukan muka gembira...”
“Kau ni banyak sangat teka. Tu muka ‘takde mood nak layan manusia’ je tu...”
Lif menutup perlahan. Dalam ruang kecil itu, Hana berdiri tegak, memandang ke hadapan tanpa fokus.
“Tingkat empat… let’s see siapa yang gugup dulu,” bisik hati kecilnya — walaupun bibir tak bergerak sedikit pun.
Di tingkat empat nanti, satu jabatan sedang tunggu kehadiran seorang ketua... yang tidak dijangka muncul. Dan hari itu, semua orang dalam pasukan pemasaran bakal belajar satu perkara:
Bila bos nombor dua dalam syarikat masuk tanpa amaran — jantung kena ready, kerja kena steady.
Ting!
Pintu lif VIP terbuka perlahan-lahan di aras 4 — aras yang paling sibuk dalam Metro Nova Holdings, Jabatan Pemasaran. Tapi pagi itu, suasana terasa seolah-olah waktu terhenti sebentar.
Hana melangkah keluar.
Berpakaian tunic blouse labuh warna kelabu cair dan seluar slack hitam polos, dia nampak kemas, profesional — tapi… ada yang tak kena.
Aura Hana hari ni lain macam.
“Eh, Puan Hana dah datang ke?!” bisik Farah dari unit kreatif, sambil cuba telan karipap suku jalan.
“Dia tak senyum ke hari ni? Muka dia macam… loading…” balas Nad, assistant social media manager.
Semua mata memandang ke arah lif. Siapa yang tak pandang pun akhirnya memandang juga. Karisma Hana hari ni senyap, tapi mencengkam.
Tasya, PA setia yang tak pernah lalai, sudah sedia berdiri di sisi. Pen di tangan kanan, buku nota di tangan kiri. Mulut senyum, tapi mata berjaga-jaga.
“Selamat pagi, puan!” Tasya menyapa, melangkah pantas ke sebelah Hana macam pengiring ratu dunia.
“Selamat pagi.”
Itu saja dari Hana. Datar. Sepatah. Tapi masih profesional.
Dia terus melangkah. Setiap orang yang berselisih, secara automatik beri ucapan:
“Selamat pagi, puan.”
“Morning, bos.”
“Pagi, Puan Hana.”
Macam satu sumpah jabatan. Siapa tak beri salam pagi pada bos CMO, hati rasa berdosa sampai lunch.
“Puan ada meeting hari ni?” tanya Tasya perlahan, masih cuba korek info kalau-kalau dia tertinggal jadual rahsia dari sistem. Tapi jawapan dari Hana hanya:
“Tak ada. Saya datang kerja.”
Pendek, tapi cukup untuk buat Tasya buka tiga muka surat baru dalam buku nota. Satu untuk ‘senarai kemungkinan’, satu untuk ‘apa nak buat kalau bos senyap’, dan satu lagi — ruangan membawang jika tiada arahan rasmi.
Tasya ikut rapat di belakang. Langkah Hana tetap konsisten, tak laju, tak lambat. Tapi setiap tapak buat semua staf tengok macam final scene dalam drama.
“Weyh, dia okay ke tu?” bisik Iwan dari bahagian kempen digital.
“Mana aku tahu. Tapi kalau dia panggil Encik Faizal dulu… maknanya dia nak mula siasat projek minggu lepas,” bisik Nani, designer junior.
“Kalau dia panggil aku… aku MC terus esok,” sambung Kak Mira, copywriter senior.
Akhirnya, Hana sampai ke pintu bilik pejabatnya. Dia buka pintu, masuk dengan tenang.
Tasya ikut, masuk sekali.
Pintu tertutup.
Semua staf serentak mengeluh kecil.
“Okay… sekarang kita tunggu siapa nama pertama yang dia sebut…” kata seseorang perlahan.
Hari baru bermula. Tapi bahang belum surut. Dan jabatan pemasaran tahu — bos mereka bukan datang suka-suka hari ni.
Tasya berdiri dengan gaya biasa — sebelah tangan pegang buku nota, sebelah lagi dah bersedia nak catat apa saja, termasuk kemungkinan shopping list jika bos teringin karipap.
"Puan Hana, hari ni tak ada apa-apa dalam jadual. Kalau ada, saya akan maklumkan."
Hana hanya mengangguk. Pendek. Ringkas. Tak ada senyuman. Tak ada juga angin taufan. Suhu bilik 23 darjah celcius kekal stabil.
Hening sebentar.
"Suruh Encik Faizal masuk. Saya nak jumpa dia."
Tasya angguk. Dia macam tahu dah, kalau puan bos panggil Encik Faizal, confirm ada perbincangan yang memerlukan otak kanan dan kiri bekerja sepenuh masa.
"Baik puan. Ada apa-apa pesanan nak saya sampaikan?"
"Tak ada. Panggil saja dia."
Tasya terus keluar. Laju. Langkah penuh makna. Staff-staff lain yang duduk berhampiran panjangkan leher, tak tahu nak pandang Tasya atau pretend tengok e-mel.
Masa Tasya berhenti depan pintu bilik Faizal, seorang intern sempat berbisik pada rakannya.
"Ha… game time. Faizal kena panggil masuk."
"Kalau dia keluar senyum, kita semua boleh tarik nafas lega."
"Kalau dia keluar senyap, terus login sistem dan nampak sibuk."
Pintu bilik Faizal diketuk dan dibuka.
"Encik Faizal, puan Hana nak jumpa."
Faizal tak tanya lanjut. Dia angguk saja. Dalam hati, dia dah tahu — laporan mingguan mesti jadi bahan utama.
"Baik. Saya sediakan fail dulu."
Fail biru, kuning, dan satu fail merah ‘special case’ semua dicapai. Takut-takut puan Hana tanya perkara luar silibus, dia sedia back-up.
Tasya berdiri tunggu dengan sabar. Sambil mata dia jeling staf lain yang masih cuba mencuri dengar.
Faizal pun keluar, diiringi Tasya seperti bodyguard escort VIP. Semua mata tertumpu ke arah mereka macam dua peserta akhir ‘Metro Nova Got Talent’.
Masa Faizal melangkah masuk ke bilik Hana, suasana jadi hening sekejap.
"Kalau lima minit lepas ni dia keluar dengan muka blur, aku buka earphone. Tak nak dengar briefing apa-apa," bisik seorang staf.
"Kalau dia keluar dengan senyuman, aku belanja korang kopi O."
"Kalau dia keluar dengan senyuman dan senyap, tu senyuman palsu. Maknanya dua kali ganda bahaya."
Pintu bilik tertutup semula. Semua orang sambung buat kerja… tapi satu mata jeling e-mel, satu lagi intai bayang dari bawah pintu. Sementara itu, Faizal dah duduk di depan Hana dengan fail yang penuh harapan dan doa agar mesyuarat itu berlangsung tanpa luka dalaman.
Hana menyandarkan tubuhnya ke kerusi empuk di bilik pejabatnya. Tangan kanan masih bersilang kemas di atas meja, manakala tangan kiri menunjuk ke arah fail yang dibawa masuk Encik Faizal.
“Ada apa-apa laporan minggu lepas yang saya terlepas?”
Encik Faizal hanya angguk, terus buka fail tebal di hadapannya. Sudah dia duga itu yang akan ditanya. Maklumlah, Puan Hana memang jenis tak tunggu waktu — kalau dah masuk pejabat, semua mode rehat kena simpan dulu.
Tiada perbualan panjang, tiada pembukaan mesra, dan tiada cerita tentang hujung minggu. Hana terus ke isi.
Di luar bilik, suasana department pemasaran sunyi semacam. Semua staf pura-pura fokus depan skrin, tapi ekor mata tak lepas memerhati bilik kaca itu. Cermin lutsinar memang tidak pernah menipu — sesiapa yang berada di dalamnya boleh ditonton 4K secara langsung tanpa audio, cukup untuk membuatkan semua berdebar macam tengah tunggu keputusan UPSR.
Amran, staf baru bahagian kreatif, menoleh sambil menguak sedikit kerusi ke arah meja sebelahnya.
“Kak Nad… bos kita tu memang selalu panggil orang masuk ke?”
Kak Nad, sedang menyusun sampul proposal dalam kotak lutsinar kecil, hanya mengangkat bahu.
“Selalu? Taklah. Tapi kalau dia dah panggil masuk bilik... ha, kena pastikan wasiat dah siap.”
Amran ketawa kecil, walaupun hati dia tak ketawa langsung.
“Tak ada mood langsung dia hari ni… Dari pagi sampai sekarang, tak senyum langsung. Muka datar je.”
Kak Nad pandang kiri kanan sebelum membongokkan sedikit tubuh.
“Ni kau dah kerja seminggu kan?”
Amran angguk.
“Ha... seminggu tu belum cukup nak kenal Puan Hana. Nak tahu mood dia okay ke tak, tengok Encik Faizal keluar nanti.”
“Kenapa pula?”
“Tanda aras dia senang. Kalau keluar sambil betulkan tali leher, kita semua selamat. Tapi kalau keluar sambil garu kepala… itu isyarat kita semua kena sediakan jawapan untuk apa-apa yang tak siap.”
Amran telan liur perlahan. “Tapi masa interview hari tu dia okay je. Senyum, tanya soalan pun lembut.”
Kak Nad senyum separuh bibir. “Biasalah. Waktu interview, dia pakai personaliti trial version.”
Tiba-tiba Aida dari meja hadapan menyampuk.
“Aku ingat masa dia marah Zul dulu. Kau tahu Zul? Graphic designer lama.”
Amran angguk. Dia pernah dengar nama tu. Bekas pekerja yang workstation dia sekarang duduk.
“Haa... Zul tu silap letak tarikh launch campaign. Dua hari lambat. Kau tahu Puan Hana cakap apa?”
Amran geleng.
Aida buat gaya tangan menggigil.
“Dia tak marah. Dia cuma tanya... ‘Zul, kalau saya guna tarikh silap awak tu dan client tarik diri, awak nak bayar balik kerugian syarikat pakai duit PTPTN awak ke?’”
Kak Nad dan Aida ketawa kecil.
Amran tak tahu nak senyum ke nak lari. Dia peluk lengan sendiri.
Dalam bilik kaca, Faizal masih tekun menerangkan isi fail. Hana mendengar tanpa sebarang ekspresi. Kadang-kadang dia angguk perlahan. Kadang dia renung tepat muka Faizal — satu renungan yang membuatkan Faizal sendiri beberapa kali ubah gaya duduk.
Amran makin tak sedap duduk.
“Dia… dia selalu panggil staf ke bilik?”
Kak Nad tunduk bisik, “Jangan risau. Dia panggil kalau ada salah. Atau nak puji. Tapi kita tak pernah tahu dia nak yang mana. Jadi… baik kau selalu bersedia untuk dua-dua.”
Amran terdiam. Dia pandang semula ke arah bilik kaca. Faizal mula tutup fail.
Semua staf berhenti menaip.
Amran paling kuat berdoa dalam hati. “Ya Allah, seminggu je aku kerja. Jangan bagi aku jadi Zul 2.0.”
Pintu bilik kaca terbuka.
Encik Faizal melangkah keluar.
Wajah dia… senyum.
Seluruh jabatan menarik nafas serentak. Macam drama. Macam pengakhiran filem perang.
Amran hampir tepuk tangan.
Kak Nad berbisik, “Okay. Hari ni kita selamat.”
Aida pula sambung, “Untuk hari ni saja.”
Share this novel