BAB 5

Romantic Comedy Series 1024

Cahaya pagi perlahan-lahan menerobos masuk melalui langsir putih yang menari lembut ditiup angin laut. Suasana di suite itu tenang, hanya kedengaran desiran ombak dari kejauhan dan bunyi kipas siling yang berpusing perlahan.

Armand membuka mata, memusingkan tubuh ke sisi. Hana masih nyenyak dibuai mimpi dengan rambut kusut menutupi separuh wajahnya. Senyuman terukir di bibir Armand. Dia tunduk sedikit, lalu mencium dahi isterinya.

“Sayang... bangun. Dah masuk Subuh,” bisiknya perlahan.

Hana bergerak perlahan, menggeliat kecil. “Hmm… saya tak nak balik hari ni. Nak jalan pun tak larat,” gumamnya manja.

Armand ketawa kecil. “Kenapa tak larat? Salah siapa agaknya?”

Hana tarik selimut ke atas kepala. “Awaklah… Saya rasa lunyai satu badan…”

Kemudian dia tiba-tiba angkat selimut perlahan dan menyiku Armand. “Berapa kali semalam?”

Armand tergelak sambil angkat bahu. “Saya pun tak ingat… Tapi lebih dari dua, sah.”

Hana ketap bibir, mata membulat. “Awak ni memang kuat semangat... Dahlah malam tadi anak sendiri masuk bilik.”

Armand tersenyum lebar. “Nasib baik bilik gelap sikit. Rasa Danish tak nampak apa-apa... dia cuma cari susu.”

“Ya Allah… Malunya saya! Tengah… tengah juang dengan suami, tiba-tiba anak masuk,” bisik Hana sambil menekup wajahnya dengan bantal.

“Juang dengan suami halal sendiri. Tak dosa,” jawab Armand, sengih nakal.

“Awak ni memang,” Hana cubit lengan suaminya. “Kalau Danish nampak dan dia ingat sampai besar, macam mana?”

“Dia ingat pun dia tak faham. Lagipun, kita boleh reka cerita. Contohnya, Mama tengah wrestling dengan Papa,” jawab Armand sambil tergelak besar.

Hana terus hempas bantal ke arah Armand.

Beberapa saat kemudian, Armand tenung Hana dan bersuara serius, “Pastikan mandi wajib ya. Nanti jangan separuh solat baru teringat.”

Hana cebik. “Satu kali jadi, awak ungkit seumur hidup.”

---

Selepas solat Subuh dan bersiap, mereka turun menikmati sarapan di ruang makan villa. Danish sudah segar, duduk di pangkuan Kak Lina sambil makan roti. Hana duduk di sebelah suaminya, menghirup kopi panas dengan mata yang masih layu.

“Kak Lina, dah siap kemas semua?” tanya Hana perlahan.

“Dah, Puan Hana. Saya dah packing semua barang. Lepas sarapan, kita boleh terus ke jeti.”

“Bagus. Terima kasih ya,” ucap Hana sambil tersenyum.

---

Perjalanan menuju jeti bermula sekitar jam 10 pagi. Angin laut yang bertiup menyegarkan, namun langkah Hana sedikit perlahan.

“Awak jalan dulu. Saya nak jalan slow-slow,” kata Hana, sambil menggosok pinggangnya.

Armand menolak stroller Danish sambil menoleh ke belakang. “Tengok tu… siapa suruh buat maraton malam-malam.”

Hana menjeling. “Maraton ke awak kata sprint tadi?”

Kak Lina mengekori dari belakang, sambil tangan memegang tudung yang hampir tertanggal ditiup angin. “Puan Hana pun, suka sangat buat aktiviti waktu tak sesuai.”

Danish pula ketawa sambil menuding ke laut, “Mama, Mama! Ikan lompat!”

Hana tersenyum penat, tapi puas. “Ni la percutian paling dramatik dalam hidup saya…”

---

Sampai sahaja di jeti Mersing, sebuah MPV hitam berhawa dingin sudah sedia menunggu. Seorang lelaki berusia awal 60-an, berbaju batik dan berkaca mata hitam turun membuka pintu.

“Assalamualaikum, Tuan Armand, Puan Hana,” sapa pemandu mereka, Pak Rahman, dengan senyuman ramah.

“Waalaikumussalam, Pak Rahman. Terima kasih datang awal,” jawab Armand.

“Saya memang dah standby dari tadi, tuan. Kalau lambat, takut kena marah dengan Puan Hana,” usik Pak Rahman sambil ketawa kecil.

Hana tersenyum sambil masuk ke dalam kereta. “Kalau saya marah pun, sebab lapar je, Pak Rahman.”

Pak Rahman ketawa lagi sambil menutup pintu.

Armand membantu Kak Lina menyimpan beg ke dalam bonet, sebelum duduk di sebelah Hana.

“Jom balik ke dunia nyata,” katanya perlahan.

Hana angguk. “Dan jangan lupa… malam nanti saya nak rehat, bukan ‘berperang’ lagi.”

Armand hanya ketawa sambil memandang ke luar tingkap. Pulau itu semakin jauh di belakang, tapi kenangan mereka di sana — satu demi satu — akan terus kekal dekat dalam hati.

Kereta mewah itu akhirnya membelok masuk ke perkarangan villa milik keluarga Armand yang terletak di Johor Bahru. Seperti biasa, sebelum kereta sempat berhenti sepenuhnya, sudah ada beberapa orang gaji bergegas keluar menyambut kepulangan tuan dan puan mereka.

“Puan Hana! Tuan Armand! Selamat pulang!” ujar salah seorang orang gaji dengan senyum lebar, sambil tangannya menolak pintu pagar automatik yang sebenarnya dah terbuka sendiri.

Danish yang duduk di pangkuan ibunya menjerit kecil, “Rumah kita! Yayyy! Mamaaa tengok Danish dulu sampai!” Dia melompat keluar sebaik pintu dibuka, langsung berlari ke dalam rumah.

Armand geleng kepala. “Macam tak pernah balik rumah sendiri...”

Pak Rahman yang sudah keluar dari kereta sempat berbisik pada salah seorang orang gaji, “Tuan Danish nak adik...” sambil mengangkat kening dua kali. Orang gaji itu tergelak kecil, berpura-pura sibuk betulkan pasu bunga.

Hana menyentuh pinggangnya perlahan sambil mengadu kecil, “Saya rasa saya belum boleh berjalan elok hari ni…”

Armand menjawab selamba sambil tolong pimpin tangan isterinya, “Saya rasa tu petanda bagus, sayang.”

Hana jeling, “Awak ni memang suka buat saya malu depan orang!”

“Eh, ni rumah kita. Orang gaji lebih ramai dari ahli keluarga. Dah biasa dah dengar benda pelik-pelik…”

Seorang orang gaji, Kak Ros, menyambut mereka di muka pintu dengan senyuman mesra. “Puan Hana, bilik dah siap kemas. Air suam pun dah letak dekat atas meja. Kalau nak baring, terus naik atas ya puan.”

Hana mengangguk sambil senyum lemah. “Terima kasih, Kak Ros. Esok baru saya boleh masak semula. Hari ni nak rehat betul-betul.”

Kak Ros tersengih, “Tak apa, puan. Hari ni saya masak yang pedas-pedas sikit, bagi tuan segar semula.”

Armand masuk sambil tersenyum panjang. “Ha... ni yang saya suka ni.”

Pak Rahman dari belakang menambah dengan suara perlahan tapi cukup kuat untuk didengar, “Tuan segar, puan lesu. Keseimbangan rumah tangga.”

Semua orang tergelak kecil. Danish yang sedang main robot dekat ruang tamu menjerit, “Mama! Papa! Danish nak adik boleh tak?!”

Hana dan Armand terdiam.

Pak Rahman tutup mulut menahan tawa. “Tu dia... betul-betul jadi!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience