BAB 3

Romantic Comedy Series 1024

Cahaya pagi belum menembusi langsir tebal bilik suite VIP, tapi Armand sudah celik. Kepala masih terasa berat — bukan sebab migrain… tapi akibat "senaman malam" yang agak panjang dan penuh aksi semalam.

Dia toleh ke sebelah. Hana masih lena, rambut berselerak, tangan peluk bantal peluk, selimut tarik sampai ke dahi. Comel, tapi penuh misteri.

“Hana… bangun sayang. Subuh dah masuk.”

“Hmmmm…”

“Hanaaa…”

“Hmmmm…” Kali ini dengan nada yang lebih mendalam. Boleh buat soundtrack filem seram.

“Hana… jangan pura-pura tidur. Awak yang mula semalam. Sekarang bangunlah,” usik Armand sambil cubit pipi isterinya.

Mata Hana terbuka separuh. “Awak ni… semalam bukan main ‘rajin’. Sekarang nak suruh bangun awal?”

Armand tersengih. “Saya imam. Awak makmum. Mana boleh imam tertinggal makmum.”

Hana duduk perlahan, rambut masih berserabut. “Awak ni kan… sejak Danish tidur bilik lain, awak makin ‘over’. Mentang-mentang ada privacy, semangat lain macam.”

Armand ketawa kecil. “Dulu awak bising saya tak layan awak pakai baju seksi. Sekarang baru saya layan, awak salahkan saya balik?”

“Tak… saya cuma tak expect awak jadi ‘monster sayang’.”

“Awak lupa ke? Monster sayang awak ni jugak yang ingatkan awak setiap kali… mandi wajib dulu, baru solat.”

Hana terdiam. “Aduh. Awak jangan ungkit. Malu tahu…”

Armand sengih nakal. “Mana boleh lupa. Awak pernah solat Subuh setengah rakaat… baru sedar lupa mandi. Tiba-tiba berhenti, terus lari ke bilik air. Saya ingat awak kena sawan masa tu.”

Hana dah gelak. “Yelah! Malu gila! Tiba-tiba rasa macam… err… kenapa saya rasa belum mandi? Panik terus.”

Armand bangkit sambil capai tuala. “Haa tu lah. Sebab tu saya pesan hari-hari. Mandi wajib dulu, baru jadi ‘makmum syurga’.”

Hana geleng kepala sambil senyum. “Awak memang suami VIP. Satu-satunya yang boleh ejek saya pagi-pagi tapi tetap saya sayang.”

Mereka masuk ke bilik air bergilir-gilir, siap solat Subuh bersama. Waktu itu, suara burung mula kedengaran di luar tingkap, laut membisik lembut, dan Hana… akhirnya mandi wajib on time.

Selesai sahaja solat Subuh, Hana bangun perlahan dari sejadah. Armand sudah berteleku membaca doa dengan suara perlahan, wajah tenang di bawah cahaya lampu malap bilik suite.

Hana tersenyum kecil, kemudian membuka pintu bilik dan berjalan ke bilik sebelah di mana Kak Lina dan Danish tidur.

“Kak Lina…” Hana menepuk bahu lembut pembantu rumah kesayangannya itu. “Bangun ya… siapkan Danish. Kita turun sarapan kat bawah nanti.”

Kak Lina menggosok mata. “Ya, Puan Hana…”

Dengan cekap dan berpengalaman, Kak Lina pun bangun dan kejutkan Danish yang masih meringkuk dalam selimut. Budak kecil itu merengek perlahan, enggan bangun.

“Danish... jom bangun, kita nak makan nugget,” pujuk Kak Lina.

“Nugget?” Mata Danish terus terbuka.

Hana hanya tersengih dari pintu sebelum kembali ke bilik semula.

Beberapa minit kemudian, setelah Danish siap dimandikan dan dipakaikan baju comel berwarna biru laut, Kak Lina datang semula ke bilik Hana untuk maklumkan semuanya dah bersedia.

Namun sebelum sempat buka mulut, Kak Lina sengih dulu. “Err… Puan Hana… semalam…”

“Ya?” Hana menjeling sambil betulkan tudung.

Kak Lina senggol bahu Hana perlahan. “Saya... saya macam… dengar suara.”

“Suara?” Hana kerut dahi. “Suara apa?”

Kak Lina senyum malu-malu. “Suara Puan Hana. Err... malam tadi.”

Hana terus tutup muka dengan tudung. “Ya Allah... Kak Lina ni!”

“Hehehe... tak sengaja... bilik sebelah je.”

“Sapa suruh curi dengar? Bukan suara jin pun,” usik Hana sambil ketawa kecil. “Biasalah… pasangan suami isteri macam tu lah.”

Kak Lina makin merah padam wajahnya.

Hana tambah lagi dengan nada nakal. “Nanti Kak Lina kahwin, mesti lebih dasyat suara dia. Silap-silap suami Kak Lina pula yang minta tolong!”

“Puan Hana!” Kak Lina tergelak sambil tunduk, malu sendiri. Mereka berdua tergelak kecil di depan pintu, bagaikan dua kawan lama yang berkongsi rahsia besar.

“Dah jom... kita turun. Jangan sampai Danish jerit lapar pulak.”

Dan pagi pun bermula... dengan gelak kecil, malu-malu, dan janji untuk turun sarapan — dengan selera dan senyuman.

Ruang makan VIP yang terletak berhadapan laut itu tampak begitu eksklusif. Angin pagi yang bertiup lembut dari pantai menyapa wajah mereka sekeluarga yang baru tiba, membuatkan suasana terasa tenang dan menyegarkan. Bau kopi, roti bakar dan omelet memenuhi udara.

Pelayan resort menyambut mereka dengan senyuman profesional dan sopan. “Selamat pagi, Tuan Armand, Puan Hana. Sila ke meja yang telah kami sediakan.”

Meja pilihan mereka terletak di hujung, berhadapan laut dan sedikit terlindung oleh dinding kayu berukir. Suasana cukup privasi. Danish duduk di sebelah Kak Lina sambil melambai excited ke arah laut.

“Banyaknya makanan!” Danish bersorak kecil. “Mama, Danish nak pancake!”

“Boleh sayang. Tapi jangan lupa makan telur juga,” pesan Hana sambil menatang pinggan Danish.

Kak Lina membantu tuangkan jus oren untuk si kecil itu. Armand pula sibuk menuang kopi ke dalam cawan Hana dengan gaya romantik suami mithali. Hana senyum nipis.

“Terima kasih, Tuan Armand,” usik Hana sambil mengangkat kening.

“Untuk isteri yang saya ‘terbuli’ malam tadi,” bisik Armand perlahan sambil senyum penuh makna.

Hana sempat cubit peha suaminya di bawah meja. “Mulut tu jangan celupar depan Danish!”

Sambil menikmati sarapan — roti bakar, sosej, nasi lemak dan buah-buahan segar — mereka berbual ringan.

“Lepas ni kita nak buat apa, sayang?” tanya Armand sambil mengunyah perlahan.

Hana menoleh ke arah laut. “Hari ni kita naik bot keliling pulau. Saya dah tempah dengan pihak resort semalam. Pukul sepuluh nanti kita gerak dari jeti depan tu.”

“Naik bot? Yeay!” Danish bangun dari kerusi sambil melompat kecil. “Danish nak tengok ikan!”

Kak Lina cepat-cepat tarik Danish duduk semula. “Duduk sayang, nanti jatuh.”

Armand geleng kepala sambil tersenyum melihat keletah anak mereka.

“Bot tu ada atap tak? Kalau tak nanti Kak Lina rentung,” tanya Kak Lina separuh serius, separuh bergurau.

“Ada... jangan risau. Lagipun, Kak Lina pakai tudung... confirm paling terlindung,” jawab Hana sambil ketawa kecil.

Mereka terus menikmati sarapan dengan suasana santai dan mesra. Angin laut, aroma kopi, dan gelak tawa keluarga kecil itu menjadi permulaan sempurna untuk pengembaraan mereka di pulau yang indah itu.

Selepas sarapan selesai, Hana mencapai beg kecil yang sudah tersedia dengan keperluan ringkas – losyen, sunblock, dan air mineral. Danish pula melonjak-lonjak mahu segera pergi, tak sabar untuk naik bot. Mereka keluar dari ruang makan VIP dan berjalan menuju ke arah jeti yang tidak jauh dari resort.

Matahari pagi sudah mula memancar, namun angin laut membuatkan suasana tetap nyaman.

“Sayang, kejap,” kata Hana, berhenti sekejap di gerai kecil tepi jalan menuju jeti. “Saya nak beli jajan untuk Danish. Nanti atas bot dia mengadu lapar pula.”

Hana memilih beberapa bungkus kerepek pisang, biskut coklat, dan gula-gula kapas warna biru — kegemaran Danish.

“Ini je nak makan atas bot? Macam nak berkelah dekat laut,” usik Armand yang berdiri santai dengan kaca mata hitam, t-shirt putih sendat dada, dan seluar pendek navy blue. Di kaki, dia hanya menyarung sandal kulit berwarna coklat.

“Awak yang selalu kata, anak kenyang, hati tenang,” jawab Hana sambil senyum manis.

Mereka teruskan perjalanan ke jeti. Angin laut bertiup agak kuat. Tudung Kak Lina yang berwarna merah jambu mula terangkat.

“Aduhai tudung ni! Asyik nak terbang je,” rungut Kak Lina sambil satu tangan memegang tudung, satu tangan pegang Danish.

Danish ketawa. “Kak Lina macam superhero!”

“Super ‘tertanggal’ ada lah,” balas Kak Lina sambil ketawa kecil.

Hana yang melihat hanya geleng kepala. “Kak Lina nak saya pinjamkan brooch satu?”

“Tak payah puan. Saya dah ada lima cucuk ni… angin ni je yang over,” jawab Kak Lina sambil tersengih.

Sampai di jeti, suasana agak meriah dengan pelancong lain. Bot-bot pelbagai saiz tersusun di tepi dermaga. Seorang lelaki tempatan yang bertugas menyapa mereka.

“Tuan nak keliling pulau ke? Boleh naik bot ni. Muat lapan orang, ada bumbung, ada jaket keselamatan.”

Armand memerhati bot yang dimaksudkan. “Okay. Kami empat je. Tapi saya nak privasi. Tak nak bercampur dengan orang lain.”

“Boleh. Kita kira sewa khas, Tuan.”

“Baik. Settlekan bayaran dengan resort nanti. Nama bilik atas nama saya, Armand Daniel,” katanya sambil hulur tangan untuk bersalam.

Mereka pun dipersilakan naik ke bot. Kak Lina cepat-cepat pasangkan topi untuk Danish dan pakaikan jaket keselamatan. Hana duduk rapat di sisi Armand, sambil menyusun bungkusan jajan ke dalam beg Danish.

“Bot ni gerak laju ke?” tanya Danish.

“Tak sangat. Tapi nanti kalau nampak ikan lompat-lompat, jangan pula nak terjun, ya,” pesan Hana sambil cubit manja pipi anaknya.

Angin terus bertiup, langit membiru tanpa awan, dan bunyi deruan air mula kedengaran saat enjin bot dihidupkan. Pengembaraan mereka keliling pulau pun bermula — dengan gaya, gelak tawa, dan semangat sebuah keluarga yang bahagia.

Bot perlahan-lahan bergerak meninggalkan jeti. Air laut yang membiru tenang membelah jalan, disapa bayu laut yang segar. Matahari pagi memancar mesra, memantulkan kilauan dari permukaan air.

“Waaah! Papa, tu laut ke tu swimming pool besar?” jerit Danish teruja sambil berdiri dekat tepi bot, memeluk pelampung kecil di perutnya.

“Tu laut, Danish. Swimming pool papa tak sebesar ni,” jawab Armand sambil ketawa, tangan erat memegang bahu anak lelakinya.

Kak Lina yang duduk di belakang menarik tudungnya yang hampir terbang.
“Angin kuatnya! Tudung saya macam layang-layang!”

Hana tergelak kecil. “Kak Lina... nasib baik bukan Kak Lina yang terbang.”

Armand pula tenang mengenakan kaca mata hitam dan bersandar santai dengan seluar pendek pantai dan sandal kulit. “Macam ni lah hidup VIP atas air. Tenang, damai, dan lawa.”

Hana menjeling. “Tak lawa pun. Lebih lawa kalau awak tolong urut kaki saya sekarang.”

Armand tersenyum, “Aduh, baru sampai atas bot dah kena jadi tukang urut?”

“Papa, tengok tu! Ada ikan lompat!” jerit Danish tiba-tiba, menunjuk ke arah laut.

Mereka semua tersentak dan serentak melihat. Seekor ikan melompat kecil di permukaan air lalu kembali menyelam. Kak Lina sempat menjerit kecil.

“Eh! Kalau ikan tu melompat masuk bot ni, saya dulu yang terjun balik laut!” katanya sambil ketawa.

Tiba di satu kawasan jernih airnya, pemandu bot memperlahankan kelajuan.
“Kalau nasib baik, kita boleh nampak penyu kat sini,” katanya.

Danish menjerit lagi, “Mama! Mama! Tu! Penyu!”

“Ya Allah, ya! Betul tu penyu!” Hana teruja sambil menarik tangan Armand.

Kak Lina cuba ambil gambar, tapi hampir-hampir telefonnya tercampak sebab bot sedikit terhuyung.

“Aduh! Telefon Kak Lina nyaris berenang dengan penyu,” katanya sambil tergelak malu.

Mereka meneruskan perjalanan, lalu di tebing berbatu dan gua kecil yang sangat cantik. Pemandu bot memberitahu itu kawasan orang selalu buat foto kahwin.

“Sayang, nak ambil gambar kahwin dekat sini tak?” bisik Armand sambil peluk bahu Hana.

“Awak ni, nanti orang kampung sini ingat awak baru kahwin dengan saya. Dahlah awak ni nampak muda,” balas Hana, senyum sipu.

“Tak kisahlah. Yang penting tetap isteri saya. Sah, halal, comel.”

Di tengah lautan yang tenang itu, mereka berhenti sebentar. Hana mengeluarkan bekas berisi jajan.
“Danish, ni makan atas bot. Mama beli khas tau.”

“Yeay! Mama ni best!” Danish memeluk Hana.

Armand melihat gelagat anak dan isteri, lalu berkata, “Kalau tahu begini bahagia, dulu kita kahwin lepas SPM je.”

Hana buat muka. “Awak SPM pun saya tak kenal lagi. Silap hari bulan saya kahwin dengan jiran sebelah rumah.”

“Nasib baik saya cepat masuk dalam hidup awak,” kata Armand sambil buat gaya hero Bollywood.

Semua tergelak besar. Danish pula berdiri sambil hulur tangan.
“Papa! Saya kapten! Siapa nak naik bot kena bayar!”

“Lah, kita atas bot pun awak nak meniaga?” usik Armand.

“Anak CEO la katakan,” balas Hana.

Mereka terus belayar sambil ketawa, menyimpan memori indah yang tak akan pudar walau dilambung ombak atau ditiup angin waktu.

Menceritakan suasana percutian mereka dengan gelagat Danish dan kak Lina. Armand yang romantik

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience