Di pejabat, suasana pagi agak tegang—lebih tepat, tegang di bilik CEO. Armand berdiri di sisi meja sambil menyelak fail bertanda calon temuduga PA. Wajahnya jelas bosan.
“Apa ni? Seorang tak datang. Seorang lagi resume macam fotostat dari internet tahun 2008,” rungut Armand sambil meletakkan fail ke meja.
“Yang dulu tu elok dah saya buang. Dah dua minggu hilang macam dibawa angin ribut. Kol pun tak angkat. Esok kalau kerja dengan kartel dadah, saya pun tak pelik,” gumamnya lagi.
Dia tekan interkom. “Ira, panggil HR masuk bilik sekarang. Saya nak PA baru. Kali ni biar betul-betul boleh buat kerja. Syarat utama — belum kahwin, tiada komitmen. Kalau boleh, tidur pun sambil pegang telefon ofis.”
---
Sementara itu, di tingkat atas, Hana sedang semak emel bila terdengar gosip dari PA-nya sendiri.
“Puan, Puan tahu tak? Tuan Armand tengah cari PA baru. Kali ni dia kata nak yang ‘available mentally and physically’. HR pun dah set temuduga.”
Hana berhenti menaip. Angkat kening. “Betul ni?”
PA-nya angguk. “Betul, Puan. HR yang handle semua.”
Tanpa banyak cakap, Hana terus capai telefon. Dail nombor terus ke HR. Nada tegas, tapi masih sopan.
“Hai, ini Hana. Saya dengar CEO tengah cari PA baru?”
“Ya, Puan. Tapi proses di bawah bahagian kami. Tak ada keperluan dari CMO untuk...”
Senyap.
Hana tarik nafas, kemudian nada suaranya berubah—lembut, tapi cukup menikam.
“Oh... maksud awak, jawatan saya tak relevan? Jadi kalau saya bercakap sebagai isteri CEO, adakah saya masih tak relevan?”
Terus sepi di hujung talian.
“Err... maaf, Puan Hana. Saya akan hantarkan senarai calon dan maklumat temuduga dalam masa terdekat.”
“Bagus.” Hana letak telefon perlahan, dengan gaya paling elegan.
PA Hana yang dari tadi pasang telinga terus tepuk tangan kecil-kecil, kagum.
“Power Puan ni lain macam. Kalau CMO tak laku, title isteri CEO memang tak ada siapa boleh lawan.”
Hana hanya senyum sedikit. “Kita pakai apa yang ada. Dunia korporat ni, kadang-kadang bukan siapa paling tinggi... tapi siapa tidur sebantal dengan orang paling tinggi tu.”
Mereka berdua ketawa kecil.
---
Sementara itu, Armand di bilik CEO terbersin tiba-tiba.
“Siapa kutuk aku belakang-belakang ni?” Dia jeling sekeliling.
Dan saat itu juga, HR masuk dengan muka pucat sambil serah fail baru.
“Ini... senarai calon. Dan... Puan Hana juga akan hadir sebagai pemerhati temuduga.”
Armand angkat kening.
“Hana? Siapa yang benarkan?”
HR senyum tawar. “Jawatan sebagai isteri CEO, Tuan.”
Armand geleng kepala perlahan. “Aku CEO pun kena tunduk. Hebat betul perempuan tu...”
Di pejabat tingkat tertinggi bangunan Metro Nova Holding, Armand sedang termenung di belakang meja kerjanya. Fail-fail dibuka, skrin komputer penuh dengan senarai nama dan profil. Namun, fikirannya sedikit berserabut. Bukan sebab kerja, tapi kerana satu kekosongan yang perlu diisi segera.
Pembantu peribadinya sebelum ini — Diyana — sudah ‘kena tendang’ gara-gara asyik tak datang kerja tanpa alasan yang munasabah. Telefon tak angkat, mesej tak balas, muncul pun hanya bila nak tuntut gaji. Armand memang jenis tak suka drama. Bila kesabaran habis, terus 'clear' meja.
Kini, dia perlukan seorang PA baru. Seorang yang cekap, sanggup kerja ikut waktu dia — yang kadang-kadang luar logik — dan yang paling penting, tiada komitmen pelik-pelik macam pasangan cemburu atau keluarga yang suka tanya "balik pukul berapa".
"HR," katanya melalui interkom. "Saya nak semua calon PA disenaraikan. Pastikan semua hadir untuk temuduga. Saya nak pilih sendiri kali ni."
Suara dari hujung talian sedikit teragak-agak. “Semua, Tuan? Maksud Tuan... dari semua sesi temuduga sebelum ni?”
"Ya. Semua. Saya nak tengok sendiri siapa yang betul-betul sesuai."
"Baik, Tuan. Saya akan aturkan."
Armand mengangguk kecil. Tapi dalam hati...
‘Aku pilih? Huh… lepas aku tapis, tapis terakhir tetap akan di tangan isteri CEO.’
Dia senyum sendiri. Nak buat macam mana? Hana tak pernah campur urusan syarikat tanpa sebab. Tapi bila dah sebut pasal siapa yang akan bekerja paling dekat dengan dia — Hana automatik akan masuk gelanggang.
---
Sementara itu, di bilik pejabat Hana di tingkat atas…
PA Hana masuk sambil membawa satu fail biru. Nafasnya sedikit laju — mungkin sebab baru lepas turun naik dua tingkat sebab lif sedang diselenggara.
“Puan, HR baru hantar senarai penuh calon PA untuk Tuan Armand. Katanya Puan boleh tengok dulu kalau nak.”
Hana angkat kening. “Oh, sekarang saya boleh tengok? Tadi masa saya tanya, HR kata takde kaitan.”
PA tersengih. “Saya rasa dia dah ingatkan diri dia siapa Puan sebenarnya.”
Hana senyum nipis sambil membuka fail tersebut. "Baguslah dia cepat sedar."
Fail dibuka. Lembaran pertama — nama, umur, status, kelulusan. Ada yang bujang, ada yang janda, ada juga yang... belum pasti jantina dalam gambar.
“Calon pertama… okay. Lulusan luar negara. Gambar pakai blazer, muka serius. Tapi nama samaran di email... ‘harimaujadianakonda88’?”
PA Hana nyaris tercekik air.
Hana geleng kepala. “Nanti Armand nak suruh set meeting pun takut. Salah taip boleh panggil harimau masuk boardroom.”
Calon kedua — anak Dato’, resume berkilat, tapi pengalaman kerja hanya satu: "menyelia akaun TikTok family business."
“Baguslah,” gumam Hana. “Nanti boleh buat TikTok untuk minit mesyuarat.”
Calon ketiga — bekas pramugari. Gambar profil gaya menawan, siap dengan senyuman tujuh inci. Hana angkat kening.
“PA CEO ke... PA artis?” bisiknya perlahan.
Semakin dibelek, semakin Hana faham kenapa Armand suruh semua calon datang. Dia nak tapis sendiri... tapi Armand bukan tak tahu, yang pegang kad penentu terakhir ialah dirinya.
“Takpelah,” ujar Hana sambil menyusun semula helaian resume. “Kalau dia nak rasa macam CEO sejati, biarlah. Tapi dia pun tahu akhirnya siapa yang akan buat keputusan.”
PA Hana bersuara, “Puan nak saya senaraikan calon-calon yang Puan suka?”
“Tak perlu. Nanti bila dia dah pilih, saya tapis ikut naluri isteri. Mana yang sesuai kerja, mana yang sesuai terus balik kampung.”
PA ketawa perlahan, “Tak dinafikan. Kuasa Puan sebagai isteri CEO lagi besar dari CMO sendiri.”
Hana tersenyum puas.
Tasya, pembantu peribadi Hana yang sejak tadi duduk senyap di sudut bilik, cepat-cepat berdiri bila melihat riak wajah bosnya mula berubah tenang.
Hana pegang dahi sekejap, kemudian tarik nafas. “Tasya, awak boleh sambung kerja.”
Tasya angguk. “Baik, Puan.”
Hana sempat senyum nipis.
“Sebelum tu, panggilkan Encik Faizal masuk. Suruh dia bawa sekali fail pemasaran yang saya minta dia kemaskini minggu lepas. Yang bertanda merah tu.”
Tasya angguk lagi. “Saya panggilkan sekarang, Puan.”
Tanpa buang masa, Tasya terus keluar dengan langkah pantas tapi sopan. Hana pula bersandar semula. Tangannya masih memegang satu lagi resume calon PA Armand yang kelihatan seperti dicetak dari telefon.
“Gambar pakai filter bunga. Ini resume ke akaun TikTok?”
Hana letak fail ke tepi. Dia tahu Faizal akan masuk sebentar lagi, dan mood kerja perlu kembali seperti biasa. Tapi dalam hati, satu soalan masih bermain:
“Kenapa semua calon Armand pilih… perempuan muda belaka?”
Dia senyum sinis. Sekadar berfikir. Tapi tak lama.
Pintu biliknya diketuk perlahan.
“Masuk,” katanya tanpa mengalihkan pandangan dari skrin komputer.
Faizal melangkah masuk sambil membawa fail yang diminta. Penampilannya kemas, seperti biasa — sut kelabu lembut, kemeja biru pucat, dan rambut disisir rapi.
“Selamat pagi, Puan Hana.”
“Pagi, Faizal. Fail tu awak dah semak semua?”
“Ya, Puan. Saya tambah laporan tambahan untuk projek suku ketiga sekali. Saya fikir Puan mungkin nak lihat cadangan pemasaran digital untuk produk baru kita.”
Hana angguk. “Bagus. Duduk. Kita bincang sekejap.”
Faizal duduk perlahan-lahan. Di luar bilik, Tasya kembali ke meja kerjanya — senyum-senyum sendiri sebab tahu ‘mood kerja’ bosnya dah kembali stabil.
Share this novel