Jam sudah melewati tengah hari. Cahaya matahari yang menerpa dari celah tirai di bilik pejabat Hana seperti turut menyaksikan debaran seorang wanita muda yang duduk bertentangannya — Marissa.
Hari pertama kerja. Sepatutnya tengah makan nasi goreng ayam di pantry, bukan duduk dalam bilik CMO, yang juga isteri kepada CEO. Jantung Marissa dah macam main dram kompang. Dia duduk tegak, tapi belakang dah berpeluh. Tak pasti sebab nervous atau kerusi kulit yang memang jenis perangkap peluh.
Hana duduk tenang. Di tangan, resume Marissa yang sudah pun ditatapnya sejak semalam. Tapi hari ini dia belek sekali lagi — bukan sebab tak faham kelayakan, tapi sekadar nak cipta tekanan psikologi.
Marissa senyum nipis, separuh paksa. Dalam hati dia ulang baca doa masuk rumah. Bukan apa, takut keluar bilik terus kena pecat.
Hana letak fail di atas meja. Kemudian dia pandang terus ke mata Marissa. Tenang. Tapi tajam.
“Cik Marissa.”
“Ya, puan...” Marissa tegak, suara naik dua pitch.
“Awak tahu saya siapa?”
Marissa telan liur. “Puan Hana. Ketua Pegawai Pemasaran dan Strategi…” Dia senyum lagi. Gigi tak nampak.
Hana angkat kening. “Lagi?”
“Dan... isteri kepada CEO kita, Tuan Armand.”
“Bagus.” Hana angguk perlahan. Senyum sikit — tapi bukan senyum mesra. Lebih kepada “kau jawab salah, aku harimau.”
“Tapi hari ni saya bukan bercakap sebagai CMO.”
Marissa angguk, walaupun tak tahu nak angguk untuk apa.
“Hari ni saya bercakap sebagai... seorang isteri.”
Otot pipi Marissa terus kejung. Hati terus cakap, "Ya Allah, kenapa aku tak jadi PA orang lain semalam..."
“Cik Marissa,” nada Hana tenang. “Masa awak masuk kerja tadi, awak ada baca polisi syarikat?”
“Ada puan... saya tandatangan semua.”
“Bagus.” Hana angguk. “Tapi ada satu polisi lagi awak mungkin tak jumpa.”
Marissa senyum tawar. Kepala angguk perlahan.
“Ini bukan polisi Metro Nova. Ini polisi... isteri kepada suami yang kacak, kaya dan dah ada anak.”
Marissa ketap bibir. Dalam hati, “Habislah aku. Ini warning bunyi lembut tapi dalamnya macam petir.”
“Polisi saya mudah je.” Sambung Hana. “Waktu kerja, kerja. Waktu bos tengah jalan, jangan pandang lama-lama. Kalau CEO tertinggal fail, tak payah pegang sampai lutut bersentuh. Faham?”
Marissa angguk, laju. Macam ayam patuk padi. “Faham puan, sangat faham.”
“Saya tak nak jadi boss yang garang. Tapi saya isteri. Dan saya ada radar yang peka.” Hana tunjuk jari ke dahi.
Marissa senyum lagi, senyum trauma.
“Kerja elok-elok, Cik Marissa. Jangan risau, saya bukan nak pecat awak.” Hana kembali menyandar. “Tapi saya akan tengok. Kalau awak baik, saya baik. Kalau awak pelik-pelik...”
Hana diam. Dia tak habiskan ayat. Tapi mata dia yang bercakap.
Marissa telan air liur. Dalam hati, dia janji akan pandang lantai saja kalau CEO lalu. Takut jelingan dia disalah anggap sebagai cubaan menggoda.
“Saya faham puan. Terima kasih puan.”
Hana senyum nipis. “Awak boleh keluar sekarang. Jaga kerja baik-baik.”
Marissa bangun. Langkah ke pintu macam baru lepas dengar khutbah Jumaat. Bila pintu tutup, dia hela nafas panjang.
“Hari pertama dah macam hari terakhir. Welcome to Metro Nova…” bisiknya perlahan sambil gosok dahi yang berpeluh.
-----
“Tadi kata dah mandi… ni nak mandi lagi?” tegur Armand, mata langsung tak lepas daripada tubuh isterinya yang cuma bertuala putih—dililit rapi dari dada ke paha. Suasana bilik sejuk. Tapi dia yang rasa panas.
Hana tarik nafas sambil toleh sepintas lalu. “Entah lah… dari pejabat tadi rasa panas semacam. Sampai sekarang tak hilang lagi bahangnya.”
Armand senyap. Tapi dalam hati mula gelisah. Ya Allah… PA baru tu salah cakap ke masa Hana panggil masuk bilik tadi? Silap haribulan, aku yang jadi mangsa. Malam ni tidur bawah katil jawabnya...
Dia usap tengkuk, cuba tenangkan diri. Tapi belum sempat lega, hati kecil dia menyampuk lagi, Aircond pejabat punyalah sejuk, rasa macam duduk dalam peti. Tapi Hana cakap panas?
Hana melangkah perlahan ke arah bilik air. Armand masih tak berkelip. Mata macam dikunci. Dia tenung je gerak langkah Hana. Serius.
Hana berhenti di depan pintu, jeling ke belakang. “Kenapa mata tu? Tak kelip langsung. Bahaya tu.”
Armand angkat kening, sengih macam budak tertangkap curi gula-gula. “Saya tengah check suhu badan awak. Mana tahu betul-betul panas ke, tipu je.”
“Mata tu mata nakal sebenarnya,” balas Hana sambil senyum senget. Tapi dia masuk juga ke bilik air… perlahan, sambil sengaja buat langkah dia extra perlahan.
Sebelum tutup pintu, Hana sempat tanya, “Awak tak panas ke?”
Armand cepat-cepat kibas tangan macam tengah berpeluh. “Panas... panas betul ni.” Padahal aircond bilik tu dah 16°C, silap hari bulan boleh beku otak. Tapi demi ‘penyelamatan rumahtangga’, dia sanggup.
Hana senyum sambil dongak kening. “Kalau panas... jom lah.”
Dalam hati Armand, terus letup bunga api. Yes! Maknanya PA tadi tak buat salah. Selamat aku malam ni!
Dengan semangat, Armand terus bangun ikut Hana ke bilik air. Pintu tertutup perlahan. Tapi jantung dia? Masih degup laju... sebab suhu sebenar baru nak naik.
Air di dalam bilik mandi mengalir deras dari pancuran atas kepala, mencipta suasana seperti hujan tropika di bawah suhu aircond 16°C. Armand dan Hana berdiri berhadapan, kulit bersentuh, mata saling mengunci pandang.
“Awak…” suara Hana perlahan tapi jelas. “Pintu bilik kita dah kunci ke belum?”
Armand senyum senget. “Dah kunci. Saya double check tadi.”
Hana mengangkat kening. “Sebab bahaya kalau tak kunci. Macam tak kenal anak kita tu, Danish. Muncul-muncul je macam pegawai cegah maksiat.”
Armand ketawa perlahan.
“Kalau dia tiba-tiba terjaga, nak mandi sekali macam mana?” Hana pandang ke bawah, kemudian tunjuk ke arah mereka berdua dengan dua tangan. “Macam ni? Takkan nak jawab, ‘Ohh… mama dengan papa tengah praktikal kelas sains’?”
Armand gelak besar. “Awak ni… imagination kalah penulis skrip!”
Hana cebik. “Saya serius ni. Anak kita tu ada timing dia sendiri.”
“Jangan risau,” kata Armand, mendekat sambil peluk bahu Hana. “Malam ni tak ada gangguan. Kita suami isteri sah. Ini semua halal, romantik dan... disahkan pejabat agama.”
Mereka sama-sama ketawa sambil air terus mengalir, membasahi rambut dan bahu. Armand ambil sabun, tolong sapu di belakang Hana, manakala Hana pula membalas dengan siraman balas guna gayung kecil di rak sebelah.
Romantik mereka bukan sekadar pada sentuhan, tapi juga pada tawa kecil, usikan yang hanya difahami dua hati yang sudah lama jatuh cinta. Dan di bawah hujan buatan itu, kehangatan cinta mereka kekal menyala… walaupun dalam suhu 16°C.
Armand senyum simpul sambil jari-jarinya menyentuh perlahan helaian rambut Hana yang mulai lepek kerana air pancuran.
“Kalau awak terus pandang saya macam tu… saya rasa macam kena spell,” bisik Armand, matanya tidak beralih dari wajah Hana.
Hana gelak kecil. “Kalau awak kena spell, saya pun dah lama kena santau sejak enam tahun lepas.”
“Betul ke?” Armand sengih. “Sebab sampai sekarang saya rasa macam tengah honeymoon dengan awak.”
“Pandai awak ayat malam-malam,” Hana menyimbah air ke dada suaminya. “Tapi saya suka.”
Armand mengangkat kedua-dua tangan. “Tak buat salah pun kena serang dengan air. Awak nak saya duduk diam kat bucu bilik mandi ke ni?”
“Sebab awak tu mulut manis sangat. Kalau ada gula dalam bilik ni, semut pun jealous,” usik Hana lagi sambil menyandar di dinding jubin.
Suasana bilik mandi terus diwarnai dengan suara tawa mereka berdua. Air hujan tiruan masih turun dari atas kepala, membasahi badan mereka yang tidak berselindung apa-apa. Namun, yang lebih menyentuh hati adalah kasih sayang yang terbias dalam setiap lirik mata dan sentuhan ringan.
Armand menghampiri Hana, kedua-dua tangannya kini memeluk pinggang isterinya dengan penuh cermat.
“Terima kasih sebab masih pilih saya, Hana. Walau dalam banyak hal awak lebih hebat, lebih tenang, lebih matang...” Armand berhenti sebentar, bibirnya menyentuh dahi Hana. “Tapi awak tetap pilih saya, si CEO yang kadang over confident.”
Hana senyum, matanya sedikit berkaca dengan gurauan manja. “Dan awak tetap suami saya yang paling saya sayang. Dari dulu sampai sekarang. Tak berubah.”
Armand balas senyuman itu, lalu berkata dalam nada penuh makna, “Kalau macam tu, izinkan saya ulang ikrar nikah kita dalam air pancur ni.”
Hana ketawa besar, terus menyimbah air ke kepala Armand. “Awak ni! Romantik sangat pun boleh jadi kelakar tau.”
Dan tawa mereka bergema dalam bilik mandi itu, sambil cinta terus menyatukan dua hati yang sudah lama saling memiliki. Malam itu, bukan sekadar air yang menyegarkan — tapi kasih sayang yang menyucikan.
Setelah selesai mandi, Armand mengangkat tubuh Hana dengan kedua-dua belah tangan, membawanya ke arah katil seperti membawa sekuntum bunga yang paling berharga.
Langkahnya perlahan, penuh hati-hati seolah tidak mahu menggugurkan setitis pun cinta yang sedang mereka rasakan. Tiba di sisi katil, Armand merebahkan Hana perlahan-lahan ke tilam — seperti membaringkan bulan yang turun dari langit malam.
Hana diam. Matanya tidak lepas memandang wajah suaminya yang selalu menjadi tempat dia berlindung. Dia biarkan apa sahaja yang Armand lakukan. Dia tahu mereka sudah sah — sudah enam tahun berkahwin, malah sudah mengenal satu sama lain luar dan dalam. Tubuh dan jiwa. Cinta dan kepercayaan.
Rela — bukan kerana kewajipan. Tapi kerana sayang. Sayang yang bertambah setiap hari.
Namun dalam diam yang syahdu itu, tiba-tiba Hana bersuara, perlahan namun tegas, “Ingat ya, jangan nak menggatal dengan PA baru awak tu.”
Armand terkedu. “Cik Marissa?”
“Siapa lagi?” Hana senyum kecil. “Saya tahu dia cantik. Tapi kalau nak bandingkan dengan saya… dia tetap kalah.”
Armand tergelak. “Awak ni… pandai juga nak mengaku lawa ya?”
“Saya bukan mengaku. Saya sedar diri,” balas Hana sambil jentik lembut dahi Armand. “Lawa di mata suami sendiri tu lebih bernilai dari seribu pujian orang luar.”
Armand senyum dan mengangguk.
Tapi Hana belum habis.
“Kalau satu hari nanti saya tahu awak main kayu tiga, awak tahu tak apa saya buat?” Nadanya perlahan tapi penuh makna. “Saya bakar ofis CEO tu. Biar habis terbakar, tinggal nama.”
Armand telan liur. “Sayang…”
“Dan kalau saya dapat tahu juga… malam ni jadi malam terakhir awak dapat saya. Lepas ni, berpuasalah awak sampai ke tua,” Hana sambung sambil sengih manja.
Armand muncung. “Awak ni... ganas juga ya ugutan dia.”
“Saya serius,” jawab Hana sambil mencuit dagu suaminya. “Saya sayang awak. Tapi saya juga sayang diri saya. Jangan khianat kepercayaan saya.”
Armand mengangguk. “Saya janji… saya cuma ada awak. Sampai bila-bila.”
Hana senyum. Senyum yang hanya muncul bila hatinya yakin dan redha. Dan malam itu — malam yang dingin di bawah suhu aircond 16°C — menjadi hangat dengan cinta halal.
Mereka belayar bersama — dengan lesen sah dari pejabat agama, dan restu seluruh alam. Dua tubuh menjadi satu. Dua jiwa menyatu dalam kasih dan amanah.
Satu matlamat: hidup bahagia, selamanya bersama.
Share this novel