Sudah hampir setahun sejak malam penuh kehangatan itu, tapi malam ini suasana di villa berubah menjadi tegang.
Armand tiba-tiba panik, berdiri kebingungan di ruang tamu. “Hana... Hana, awak okay ke?” suaranya hampir terangkat.
Hana yang sarat mengandung, tiba-tiba menahan sakit yang makin kuat. “Armand... sakit ni...” katanya terengah-engah.
Dari dapur, Kak Ros tiba-tiba muncul sambil menjerit, “Datin Hana, dah nak bersalin ni!”
Armand terus jadi kelam kabut, pandang kanan kiri, capai kunci kereta tanpa fikir panjang. “Kak Ros, saya bawa Hana ke hospital sekarang juga!”
Kak Ros cepat-cepat ke arah Armand, sambil memegang beg tangan Hana. “Dato’, jangan lupa bawa beg Datin sekali, nanti nurse marah pula kita sebab tak bawa barang lengkap!”
Armand sambil tergesa-gesa jawab, “Kak Ros, kakak ikut sekali ya! Kak Lina jaga Danish kat rumah.”
Kak Ros angguk pantas. “Okay Dato’, saya ikut!”
Armand bantu Hana ke kereta, walau kelam kabut, dia cuba tenang demi isterinya.
Di bilik bersalin yang sunyi, hanya diterangi cahaya malap lampu kecil, Hana menahan sakit kontraksi dengan segala daya. Peluh mengalir di dahinya, wajahnya pucat namun penuh ketabahan. Di sisinya, Armand berdiri kaku, tangan menggenggam erat tangan Hana, wajahnya jelas dipenuhi rasa cemas.
“Awak, saya tak tahu nak buat apa. Awak kuat, ya?” bisik Armand, suaranya sedikit bergetar.
Hana cuba tersenyum, walaupun sakit memuncak. “Saya kuat… awak jangan risau.”
Seorang juru rawat masuk dengan langkah tenang, membawa peralatan yang diperlukan, membantu doktor yang sedang bersiap sedia.
“Dato’, Datin, kita akan mulakan sekarang,” suara doktor tenang tapi penuh fokus.
Kontraksi kembali melanda, Hana menggigit bibir menahan sakit, Armand menggenggam lebih kuat.
Setelah beberapa ketika, doktor melihat monitor dan terkedu sejenak.
“Dato’, Datin… berita baik tapi mengejutkan,” katanya perlahan. “Datin akan melahirkan kembar dua.”
Armand terpaku, pandangannya kosong seolah mahu pengsan.
“Kembar dua? Dua bayi?” suaranya hampir tak percaya.
Hana memandang Armand, cuba menguatkan dia, “Awak, jangan pengsan pula ya.”
Armand menghela nafas dalam-dalam, cuba kembali tenang, tapi peluh mula membasahi dahinya sendiri.
“Ini… ini rezeki kita… kita boleh buat,” katanya serak.
Juru rawat memantau keadaan Hana dengan cekap, manakala doktor bersiap untuk membantu proses kelahiran.
Saat-saat genting berlalu, dan akhirnya tangisan bayi mula memenuhi bilik itu.
Armand menitikkan air mata, bahagia menyelimuti hatinya.
“Awak, kita dah dapat dua permata… dua nyawa baru dalam hidup kita,” bisiknya lembut sambil memeluk Hana yang keletihan tapi tersenyum penuh syukur.
Di saat Hana terbaring keletihan, dia menoleh perlahan ke arah Armand yang masih terpaku menatap dua bayi kecil yang baru lahir. Dengan suara serak tapi penuh mesra, dia membisikkan kata-kata lembut ke telinga Armand, takut-takut doktor dan juru rawat terdengar.
“Ni hasil kerja keras awak… tak pernah lupa tumpahkan benih ke saya,” bisiknya manja.
Armand membalas senyuman penuh kasih, mata bersinar-sinar. “Untuk isteri tersayang, apa saja saya sanggup buat.”
Mereka saling berpandangan dalam keheningan penuh makna itu, menikmati saat bahagia yang lahir dari cinta dan pengorbanan mereka.
Suasana di bilik khas VIP hospital tiba-tiba menjadi riuh rendah. Dua bayi kembar yang comel baru saja lahir, tetapi kegembiraan itu disambut dengan gelak tawa, tangisan, dan pelbagai reaksi dari keluarga yang hadir.
Puan Maznah, ibu Hana, berdiri di sisi katil sambil memegang tangan anaknya.
“Alhamdulillah, rezeki Allah berlipat kali ganda,” katanya dengan suara bergetar, air mata kegembiraan mengalir di pipinya.
Normah, atau Mak Su, yang dari tadi tak henti-henti tersenyum, menyelit ke depan sambil berseloroh,
“Dua ni nanti jadi musuh beradik ke, atau kawan baik sampai bila-bila, ya Razak?” Suaminya, Paksu Razak, ketawa sambil mengusap kepala bayi kembar itu.
Emy, sahabat karib Hana sejak kecil, duduk di sofa sambil memerhati penuh kasih sayang.
“Awak betul-betul bertuah, Hana. Dua bayi cantik ni pasti bawa banyak kegembiraan,” katanya, jari-jemarinya bermain dengan kain bedung bayi.
Pak Rahman, pemandu peribadi setia Hana sejak zaman dia jadi CMO Metro Nova, berdiri tegak di sudut bilik, mata memandang penuh hormat pada keluarga besar itu. Dia tak lepas dari tersenyum melihat kebahagiaan yang terpancar.
Datin Marlia, ibu Armand, dengan wajah manis tapi tegas, menyapa sambil memegang tangan Armand,
“Syukur Alhamdulillah. Armand, awak dah bapa kepada dua cahaya mata. Ini amanah besar.”
Dato’ Harith, bapa Armand, turut tidak ketinggalan menghulurkan ucapan,
“Jaga keluarga ini dengan sebaiknya, Armand. Ini permulaan bab baru yang indah.”
Gelak tawa, sapaan manja, dan ucapan tahniah memenuhi ruang bilik, membawa kehangatan dan kasih sayang yang tak terhingga. Kekecohan manis itu melambangkan eratnya ikatan keluarga yang baru sahaja bertambah anggota.
Suasana bilik khas VIP yang tadi penuh dengan tawa dan cerita tiba-tiba menjadi hening apabila Puan Maznah, ibu Hana, menarik nafas panjang. Dia memandang wajah keluarga dan sahabat yang berkumpul, lalu berkata dengan suara lembut tapi penuh makna.
“Saya sebenarnya ada satu rahsia yang sudah lama saya lupa, tapi tiba-tiba teringat semula waktu Hana melahirkan kembar ini,” kata Puan Maznah sambil menundukkan kepala seketika.
Semua yang hadir mendengar dengan penuh perhatian, hati mereka mula dipenuhi rasa ingin tahu.
“Saya dulu pernah diberitahu oleh ibu saya — nenek Hana — bahawa saya juga dilahirkan kembar,” sambung Puan Maznah perlahan.
“Tapi hanya seorang yang selamat. Seorang lagi… doktor kata tidak bertahan selepas dilahirkan.”
Mereka semua terdiam. Hana terpaku, terkejut kerana ibunya tidak pernah menceritakan perkara ini sebelum ini.
“Patutlah Hana dapat kembar dua. Rupanya dalam salasilah keluarga kita memang ada sejarah kembar,” ujar Puan Maznah sambil mengusap air mata yang mengalir di pipinya.
Dengan suara yang sedikit bergetar, dia menambah, “Saya bersyukur sangat. Kembar saya dulu sudah memberi saya kehidupan ini… dan membiarkan dirinya pergi dengan aman.”
Suasana menjadi sayu, tetapi Hana cuba memecahkan kekusutan itu dengan senyum manis dan gurauan lembut.
“Jadi, adakah itu maksudnya saya dulu ada kembar juga? Tapi mungkin seorang tak sempat, tinggal saya sorang yang degil ni,” Hana berseloroh, mencuit hati semua yang hadir.
Puan Maznah tersenyum dan membalas, “Betul tu, Hana. Kau lahir seorang diri, tak ada partner gaduh. Jadi kau bebas nak buat apa saja!”
Gelak tawa kecil kembali memenuhi bilik, menghangatkan suasana yang sebentar tadi sunyi. Tiba-tiba pintu bilik terbuka perlahan dan doktor masuk dengan senyuman lembut.
“Saya minta tolong semua perlahan-lahkan suara ya,” pesan doktor dengan lembut. “Baby-baby masih tidur, kita kena jaga mereka.”
Semua segera menutup mulut, berbisik dan tersenyum malu-malu. “Oppss…” seorang dari mereka terkumat-kamit kecil, lalu suasana kembali tenang dan penuh kasih sayang.
Setelah semua tetamu pulang dan Hana dibenarkan untuk keluar, mereka masih menunggu urusan rasmi doktor selesai. Di ruang menunggu, Armand duduk di sebelah Hana yang kelihatan keletihan namun bahagia.
“Apa kita nak bagi nama si kembar ni, awak?” Armand bertanya perlahan sambil menatap wajah Hana.
Hana termenung sejenak, mencari nama yang sesuai. “Saya nak nama yang ikut Islam, ada makna yang baik, yang cermin diri kita juga.”
Dia menghela nafas dan tersenyum, “Macam Zahra Auni dan Sarah Auni. Sesuai sangat dengan nama belakang kita, kan?”
Armand mengangguk penuh suka, “Cantik, cantik sangat.”
Kemudian Armand menunduk ke telinga Hana, berbisik mesra, “Nanti saya nak baby lagi, belum cukup lagi.”
Hana tersengih, “Oii, sabar lah. Sakit tau bersalin ni.”
Dia menambah dengan gurauan, “Awak sedap je buat, yang bersalin saya.”
Armand muncung, dibuat geram, lalu Hana sambung, “Bagi la besar duku semua… nanti awak pula sambung kerja keras.”
Mereka berdua tertawa kecil, saling bertukar senyum. Kemesraan itu terpancar jelas, tanda cinta yang semakin kukuh di antara mereka.
Setelah kelahiran si kembar, kehidupan keluarga kecil Armand dan Hana berubah menjadi lebih meriah dan penuh warna. Danish, anak sulung mereka, kini sudah semakin membesar. Dia menjadi abang yang penuh tanggungjawab, menjaga adik-adiknya dengan penuh kasih sayang walaupun kadang-kadang terasa sedikit serabut dengan keletah mereka.
Pagi-pagi, Danish sudah bersiap ke tadika elit, berpakaian kemas dengan beg sekolah berjenama yang membuatkan Armand dan Hana bangga. Sesekali, Danish mengadu tentang bunyi bising adik-adiknya yang tak berhenti menangis atau berebut mainan, tapi dia tetap sabar, tahu betapa pentingnya peranan dia sebagai abang.
“Kadang-kadang serabut juga, tapi abang sayang adik-adik,” kata Danish pada suatu petang ketika mereka bermain bersama.
Hana tersenyum melihat keharmonian itu, sementara Armand mengangguk penuh syukur. Rumah mereka kini dipenuhi gelak tawa dan kegembiraan yang tidak pernah surut.
“Rumahtangga yang aman dan bahagia ini hadiah terindah,” bisik Hana pada Armand suatu malam, saat mereka melihat Danish tidur lena bersama dua adik kecilnya.
Armand menggenggam tangan Hana erat, “Ini baru permulaan, sayang. Kita bina keluarga yang penuh cinta, bersama-sama.”
Di dalam rumah mewah itu, cinta dan kebahagiaan terus bersemi. Keluarga kecil itu, yang pernah diuji oleh pelbagai dugaan, kini beroleh sinar bahagia yang tiada ternilai harganya. Mereka tahu, walau apa pun rintangan yang akan datang, mereka akan hadapi bersama — sebagai satu keluarga yang utuh, bahagia, dan penuh harapan.
Share this novel