Bab 4: Dompet Yang Tertinggal

Romantic Comedy Series 1024

Deyuanna balik petang tu rasa sedikit ringan. Tak tahu kenapa, tapi masa duduk dengan lelaki asing tadi, dia rasa tenang. Macam… ada seseorang yang faham rasa kosong tanpa perlu kata apa-apa.

Dia turun dari bas, jalan balik ke rumah. Baru nak masuk pintu — jantung dia terhenti.

Dompet. Hilang.

Dia geledah beg, jaket, poket. Kosong.

“Janganlah tertinggal kat meja tadi…” gumamnya. Tapi dalam hati dah tahu — ya, dia tertinggal kat coffee shop tu.

Sementara itu…

Iqhaz tengok dompet biru pastel atas meja yang kosong. Dia tak perasan tadi, sebab lepas Deyuanna pergi dia terus sambung baca buku. Tapi sekarang — dia buka dompet tu perlahan, cari kad nama atau maklumat.

“Deyuanna… pelajar kejururawatan.” Dia senyum.

“Okay… jom cari kau.”

Iqhaz screenshot kad pelajar. Cari kat IG, cari kat FB. Dan dari situ, satu misi bermula. Misi cari gadis yang tak dia kenal, tapi entah kenapa… dia nak sangat jumpa lagi.

Langkah Deyuanna laju. Dia dah tak kisah malu, tak kisah orang pandang — yang dia tahu, dia kena patah balik ke kedai kopi tu. Dalam hati dah gelabah.

Mati aku… kalau hilang IC, kad bank… semua dalam tu!

Sampai saja depan pintu kedai, dia terus cari meja tadi. Orang masih ramai. Tempat dia duduk tadi — kosong.

Kosong.

Jantung dia makin laju. Dia dah mula nak kecewa, nak nangis pun ada.

Tapi tiba-tiba…

Suara lelaki dari belakang menegur, tenang.
“Cari ini ke?”

Deyuanna cepat-cepat toleh.

Macam babak filem.
Iqhaz berdiri di situ, pakai hoodie yang sama. Tangan dia hulur dompet biru pastel tu, sambil senyum kecil.

“Awak tinggal ni tadi,” katanya.

Deyuanna terkedu.
“Ya Allah… yes! Thank you so much!” Dia cepat-cepat ambil dompet tu, wajahnya merah.

Iqhaz masih senyum. “Saya pun macam detective kejap cari awak tadi. Tapi last-last saya tunggu je, kot-kot awak datang balik.”

Deyuanna terdiam sekejap, hati dia rasa pelik. Tenang. Senang. Tapi gugup juga.

“Oh ya thank you,…” Ucap Deyuanna sekali lagi dengan wajahnya yang masih merah jambu malu malu.

Dia tunduk sikit, terus langkah keluar dari kedai.

Iqhaz tak halang. Dia tengok saja gadis tu berlalu…
Tapi dalam hati — “Kalau ini bukan takdir, aku tak tahu apa.”

Share this novel

Guest User
 

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience