Petang hujung minggu yang agak damai. Matahari pun malu-malu nak tenggelam, tapi Hana dah bersiap cantik macam nak pergi acara karpet merah.
“Sayang…” Hana muncul di muka pintu bilik, sambil betulkan tudung satin yang nampak mahal.
Armand yang tengah baring tengok dokumentari ‘Wild Crocodiles of Africa’ hanya menjawab dengan separuh mata terbuka. “Hmm?”
“Saya nak keluar sekejap ya?” Hana senyum manja, sengaja tayang lipstik baharu warna ‘sunset peach’.
“Okay,” Armand jawab ringkas. Masih fokus pada buaya yang tengah kejar kijang dalam TV.
Macam biasa. Armand memang jarang soal pergi mana, dengan siapa, berapa lama. Yang penting — minta izin. Dapat lampu hijau, gerak.
“Awak tak nak tanya saya nak pergi mana ke?” Hana usik.
“Kalau saya tanya nanti, awak kata saya tak percaya. Kalau saya tak tanya, awak tanya kenapa tak tanya. So, win-win, saya diam je.” Armand senyum selamba.
“Pandai awak sekarang ye,” Hana ketawa kecil, terus capai beg tangan.
Tak lama kemudian, Hana memandu keluar dari rumah menuju ke sebuah kafe terkenal di tengah bandar. Kafe hipster yang selalu keluar dalam Instagram orang-orang urban. Dia sudah janji nak berjumpa dengan Fakhri di sana — sepupunya sebelah mak, anak Maksu Normah.
Fakhri bukan orang asing. Sejak kecil mereka macam isi dengan kuku. Main masak-masak sama-sama, berlawan rebut bantal busuk, malah pernah juga kantoi makan Milo tabur tengah malam. Lepas habis sekolah menengah, Fakhri dapat tawaran sambung belajar ke luar negara. Bertahun-tahun tak jumpa, hanya berbalas mesej sekali-sekala.
Setibanya Hana di kafe, Fakhri sudah duduk di meja hujung, sedang khusyuk mengadap telefon.
“Kau ni, tengok phone macam nak tembus ke planet lain,” tegur Hana sambil duduk.
Fakhri terangkat kepala. “Eh, Kak Hana! Wow, makin cantiklah!”
“Jaga mulut. Kang terkeluar pujian yang bukan-bukan,” Hana membalas, tapi senyum tetap lebar.
“Eh serius, Kak Hana maintain macam dulu. Cuma dulu rambut Kak Hana berkepuk-kepuk. Sekarang dah bertudung manis. Tapi aura diva tu tak hilang.”
“Kau ni pun makin besar. Makin banyak makan roti canai dekat oversea ke?” Hana ketawa sambil buka menu.
Fakhri gelak. “Roti canai tu saya bawa sendiri. Kawan Arab saya pun ketagih lepas sekali cuba.”
Mereka terus rancak berbual — tentang zaman kanak-kanak, pasal Maksu Normah yang masih rajin bawa bekal nasi lemak ke pejabat, dan juga hal kerja masing-masing. Perbualan itu santai tapi bermakna, seperti dua sahabat lama yang baru buka balik buku kenangan lama.
Fakhri sedang mengacau air latte dengan sudu kecil. “Abang Armand tahu tak Kak Hana keluar ni?”
Hana senyum selamba sambil menyandar. “Tahu lah. Aku kan isteri mithali. Minta izin dulu, baru keluar.”
Fakhri angkat kening. “Tapi dia tak follow Kak Hana dari belakang ke?”
Hana ketawa kecil. “Please lah. Armand tu kalau aku cakap nak pergi shopping dengan rakan, dia terus angguk dan sambung tengok National Geographic.”
“Ha... klasik abang CEO.” Fakhri geleng kepala sambil ketawa sama. “Kalau aku kahwin nanti, aku nak jadi macam dia. Cool dan tak banyak tanya.”
“Kau kahwin dulu, baru kita cerita bab ‘cool’ tu,” Hana balas sambil menyedut minuman. “So… cerita lah, kenapa ajak jumpa tiba-tiba? Kau ni bukannya jenis keluar kafe kalau tak ada sebab kukuh.”
Fakhri terus tarik beg sandang ke atas meja. Dikeluarkannya sebuah laptop dan dibuka dengan penuh gaya dramatik seolah-olah dia nak present depan pelabur syarikat.
“Okay Kak Hana, brace yourself.”
“Uish… tajuk macam nak buat pelancaran produk baru,” Hana cebik tapi mata sudah terarah pada skrin.
“Memang! Ni antara projek paling penting dalam hidup aku — dan aku nak Kak Hana jadi orang pertama dengar,” kata Fakhri dengan gaya serius sikit.
“Eh… kau nak kahwin ke?” Hana sempat menyakat.
Fakhri buat muka. “Tak. Tapi kalau projek ni jadi, mungkin aku akan kahwin terus.”
Laptop pun sudah paparkan satu fail PowerPoint dengan tajuk besar:
“The Future of Local Culinary Tourism: SavorMalaysia”
Hana angkat kening. “Ooo… bunyi macam serius.”
“Memang serius, Kak Hana. Aku tengah plan untuk buka satu startup pelancongan gastronomi — orang datang Malaysia, bukan sekadar melawat tempat, tapi makan dan belajar budaya makanan kita. Siap dengan kelas masak dan tour pasar pagi!”
“Wow… ni macam Netflix punya dokumentari tu, yang mat saleh datang makan nasi lemak dengan sambal letops,” Hana kagum.
“Exactly! Dan aku perlukan pelabur, penasihat, dan sokongan — especially dari someone yang ada pengalaman dalam branding dan marketing. Macam Kak Hana, CMO paling bergaya di kota ni.”
“Alamak… kau nak aku tolong ke?”
“Tak nak, memang perlukan,” Fakhri sengih lebar. “Aku yakin kalau Kak Hana masuk campur, projek ni boleh jadi viral. Kita bawa balik pelancong luar, sambil angkat budaya kita.”
Hana diam sebentar, menyandar dan merenung skrin. Dia bukan tak biasa dengan idea-idea besar, tapi bila datang dari Fakhri — si sepupu yang dulu main guli dan kejar ayam — dia agak tersentuh juga.
“Aku suka. Tapi satu syarat…”
“Apa dia?”
“Kau belanja kek burnt cheesecake dua slice. Satu makan sini, satu tapau.”
Fakhri gelak besar. “Done!”
Hana silang kaki sambil memandang paparan di laptop. “Eh kejap. Ni kau nak buka syarikat pelancongan ke ni, Fakhri?”
Fakhri angguk bangga. “Yes, Kak Hana. Tour based on makanan lokal, pasar, warisan — semua pakej. Tapi aku perlukan penasihat yang berpengalaman macam... you know, Kak Hana.”
Hana kerut dahi, pura-pura serius. “Ada gaji tak?”
Fakhri buat muka terkejut. “Hah?! Sepupu sendiri pun nak berkira?”
Hana terus gelak. “Ala, gurau je lah. Tapi yelah... kita nak tahu jugak, ada benefit ke tak.” Sambil tu dia sempat keluarkan purse kecil dari beg tangan, buka sedikit dan tunjuk sekilas isi dompetnya.
“Ha tengok ni. Duit dalam ni pun setahun tak habis makan tau. Tak payah risau pasal gaji.”
Fakhri geleng kepala. “Macam ni lah level ‘big boss’. Sembang je lebih, tapi tau-tau swipe kad CIMB lepas tu claim dari company,” dia sempat menyakat.
“Eh eh eh. Fitnah ni. Aku swipe kad personal tau. Tapi claim tu kadang-kadang je,” Hana balas sambil ketawa kecil.
Mereka berdua terus rancak berbincang. Fakhri buka slide satu per satu, terangkan konsep, lokasi sasaran — dari warung di kampung sampai kafe hipster yang ada nasi kerabu fusion. Hana pula sesekali menyampuk, memberi cadangan nama, bentuk promosi, potensi kolaborasi dengan influencer makanan, dan peluang marketing digital.
“Aku nak buat benda ni real, Kak Hana. Tak nak jadi macam impian Mat Jenin,” kata Fakhri penuh semangat.
Hana angguk sambil mencatat sesuatu dalam telefon. “Kalau betul-betul serius, aku tolong. Tapi kita kena bincang pasal struktur syarikat, tanggungjawab aku, dan juga...”
“Jangan cakap ‘gaji’ lagi!” potong Fakhri sambil ketawa.
“Okay okay, aku tak cakap. Tapi kalau ada elaun makan pun bagus juga kan?” Hana balas sambil sengih.
Mereka berdua terus berbincang dengan penuh semangat, dikelilingi aroma kopi dan gelak tawa sesekali. Waktu petang itu terasa pantas berlalu — siapa sangka pertemuan santai dua sepupu boleh jadi titik mula kepada satu rancangan besar yang mungkin mengubah masa depan Fakhri... dan mungkin juga Hana?
Setelah hampir sejam berbincang, Fakhri akhirnya menutup laptopnya perlahan sambil mengeluh kecil.
“Fuh... kak Hana ni macam Wikipedia bergerak lah,” gurau Fakhri sambil menyandar ke kerusi. “Banyak betul ilmu kau simpan. Patutlah abang Armand sayang lebih.”
Hana gelak kecil. “Ceh, kau ni. Kau nak ilmu ke nak cari pasal?”
“Dua-dua,” jawab Fakhri selamba.
Hana geleng kepala. “Dah, kau nak balik ke?”
Fakhri mula menyimpan barang-barangnya ke dalam beg sandang. “Ha’ah, saya gerak dululah. Tapi serius kak, terima kasih banyak. Nanti saya contact lagi. Banyak benda saya blur lagi pasal benda ni.”
“No problem. Aku pun suka bila boleh kongsi ilmu ni. Tapi... jangan lupa datang rumah ya nanti,” kata Hana sambil senyum.
“Confirm datang!” Fakhri angkat tangan gaya tabik. “Nanti datang waktu abang Armand ada sekali. Boleh borak sama-sama. Saya nak tanya juga pasal pengurusan orang. Dia kan CEO power.”
Hana angguk. “Ha, bagus. Datang waktu dia ada. Senang sikit dia dengar kau punya plan sekali. Boleh tolong bagi pandangan ke apa ke.”
“Set! Saya suka idea tu,” jawab Fakhri bersemangat. “Lagipun, boleh juga rasa air tangan kak Hana. Lama tak makan spaghetti Kak Hana yang pedas sampai berasap tu.”
Hana gelak sambil mencapai beg tangannya. “Datang lah cepat sebelum aku tukar menu ke sup kosong.”
“Jangan! Saya trauma sup kosong,” balas Fakhri sambil ketawa. Mereka berdua ketawa ringan sebelum Fakhri melambai dan melangkah keluar dari kafe.
Hana hanya memerhati dari dalam, senyum sendiri. Dalam sibuk dunia dewasa, kadang-kadang perbualan dengan sepupu sendiri pun boleh jadi terapi jiwa.
Hana memandu pulang sendiri ke rumah dengan hati yang sedikit tenang setelah perbincangan bersama Fakhri. Namun, setibanya di rumah, suasana menjadi kelam kabut. Waktu hampir menunjukkan Asar hampir habis, dan Hana menyedari dirinya belum menunaikan solat Asar lagi.
“Alamak, Asar hampir habis, saya belum solat lagi,” bisik Hana dalam hati sambil menekan pedal minyak dengan lebih laju, berusaha sampai ke ruang solat sebelum waktu habis.
Dia melangkah pantas ke ruang solat dan berwudhuk dengan tergesa-gesa. Sementara itu, Armand sudah duduk di ruang tamu, menunggu dengan senyuman kecil yang menyembunyikan rasa geramnya.
Armand memang sudah tahu perangai Hana yang suka buat hal kelam kabut pada saat-saat terakhir seperti ini. Setiap kali waktu solat hampir habis, Hana pasti berlari-lari ke surau rumah dengan langkah tergesa.
“Alahai, penagai ini. Asar hampir habis baru nak solat. Kalau macam ini, ke mana nak kejar pahala?” Armand berseloroh sambil menggeleng kepala.
Hana tersenyum kecil, tidak melayan gurauan Armand. Dia tahu, walaupun Armand suka mengusiknya, itu tanda suaminya ambil berat.
“Sabarlah, Armand. Bukan selalu macam ini. Saya memang jenis tak boleh duduk diam kalau ada perkara nak dibuat,” balas Hana sambil menyelesaikan solatnya.
Armand bangun menghampiri Hana dan berkata, “Kalau macam ini, lain kali ingatlah, jangan sampai tertinggal solat sebab nak kejar last minit macam ini.”
Hana mengangguk sambil tersenyum manis. “InsyaAllah, saya akan cuba perbaiki. Tapi awak pun jangan selalu buat saya risau.”
Malam itu, selepas solat, mereka duduk bersama di ruang tamu. Hana masih teringat tentang rancangan Fakhri yang ingin membuka syarikat pelancongan dan tentang peranannya sebagai penasihat bisnes itu. Meskipun kelam kabut tadi, Hana terasa lega kerana dapat berkongsi beban dan harapan dengan orang yang dipercayainya.
Armand memandang Hana dengan penuh kasih sayang. “Saya tahu awak boleh urus semua ini dengan baik. Saya sokong sepenuh hati.”
Hana tersenyum puas. Dia tahu, walau sibuk dan banyak perkara perlu dilakukan, bersama Armand di rumah adalah tempat paling dia rasa tenang.
Share this novel