Fajar baru menyinari istana naga, namun cahaya pagi itu tidak mampu menghangatkan ruang dingin yang kini memisahkan dua jiwa yang dulunya saling berlari dalam gelap untuk bertemu.
Leon berdiri di ambang pintu bilik persinggahan Kaira.
Pintu itu tidak dikunci, namun dia tetap berdiri di situ — ragu-ragu, bimbang untuk masuk.
Dari celah pintu yang terbuka sedikit, dia lihat Kaira duduk di jendela, memandang ke langit yang memerah. Tubuhnya kaku, seperti patung. Rambutnya terurai tanpa hiasan, dan mata itu… bukan lagi milik seorang puteri, tetapi milik seorang gadis yang hilang rumah.
Leon menunduk. Nafasnya berat. Ada sesuatu yang ingin dia tanya sejak malam sebelumnya, tapi hatinya sendiri takut pada jawapan.
Namun akhirnya dia melangkah masuk.
Langkahnya perlahan, seolah-olah takut mengganggu kedamaian yang Kaira cipta dalam penderitaan sendiri.
“Kaira…”
Dia berpaling sedikit. Tidak tersenyum, tidak juga menjauh.
Dia hanya… letih.
Leon berdiri hanya beberapa tapak darinya. Dia tak tahu nak letak tangannya di mana.
Akhirnya dia hanya bertanya, suara perlahan tapi menusuk:
> “Kaira…”
“Adakah kau menikahi aku… semata-mata untuk meredupkan api aku?”
“Dan… kehilangan segalanya demi menyelamatkan dua kaum?”
“Adakah perkahwinan ini… bukan kerana cinta?”
Kaira terdiam.
Angin meniup langsir nipis ke wajahnya. Dia pejam mata seketika, dan dalam diam… air matanya jatuh satu.
Dia tidak berpaling kepadanya.
Tapi suaranya menjawab — perlahan, dalam, dan cukup untuk merobek dada Leon.
> “Aku kahwin dengan kau…
kerana aku masih cinta.”
> “Tapi aku juga kahwin… sebab kalau aku tak buat begitu… kau akan musnahkan semuanya.”
> “Dan ya, aku kehilangan ayah, takhta, rakyat… malah diriku sendiri.”
> “Sebab cinta aku pada kau… memaksa aku korbankan semuanya.”
Leon terduduk perlahan di belakangnya.
> “Maaf… aku tak sedar.
Aku terlalu fikir tentang kesakitan aku…
aku tak nampak luka dalam diri kau.”
Kaira berpaling sedikit akhirnya. Matanya bertemu matanya — tiada benci,
hanya kebenaran yang pedih.
> “Sekarang kau tahu, Leon.
Jadi soalannya…
apa yang kau akan buat dengan kebenaran itu?”
---
Share this novel