Hari itu langit cerah seolah-olah seluruh alam tahu,
akhirnya masa berdarah telah sampai ke penghujung.
Di tengah-tengah sempadan antara wilayah naga dan iblis, satu dataran luas yang dahulu menjadi tanah larangan — kini diubah menjadi medan suci. Batu purba kaum naga didirikan bersama tiang sihir iblis; simbol penggabungan dua dunia yang telah lama bermusuhan.
Panji-panji dua kerajaan berkibar bersebelahan, tidak lagi menentang, tapi berdiri sejajar.
Ribuan rakyat dari kedua-dua kaum memenuhi ruang. Ada yang masih waspada, ada yang keliru,
tapi ada juga yang tersenyum — akhirnya dunia memberi harapan baru.
---
Di tengah dataran, pentas emas obsidian dibina.
Dan di atasnya, berdiri dua takhta.
Satu berukir kepala naga, satu dihias tanduk iblis.
Leon dan Kaira muncul bersama, tangan mereka saling menggenggam erat.
Leon dalam jubah kebesaran naga,
Kaira dalam pakaian rasmi Puteri Iblis, lengkap dengan mahkota asalnya — yang diserahkan semula oleh ayahandanya sendiri pagi tadi, tanpa satu syarat pun.
Raja Thalor dan Raja Kael berdiri di belakang mereka, tidak lagi sebagai seteru,
tetapi sebagai bapa kepada dua hati yang menyatukan dunia.
---
Kaira melangkah ke hadapan, suaranya jelas dan lantang:
> “Kami bukan ingin melenyapkan sejarah.”
“Kami berdiri di sini… kerana kami mahu menulis semula lembarannya.”
“Dengan cinta yang diuji oleh perang, dan kepercayaan yang terbit dari pengorbanan.”
Leon menyambung, matanya menyapu rakyat kedua kaum:
> “Kami tidak mahu kalian tunduk.”
“Kami mahu kalian hidup. Bersama. Bebas dari kebencian yang diwarisi.”
---
Dua cahaya — satu biru naga, satu merah iblis — menyinar ke langit dari tapak takhta mereka, bertembung di udara dan mencipta simbol baru:
seekor naga dan seekor iblis, melingkar dalam bentuk lingkaran abadi.
Simbol perdamaian.
Simbol cinta yang menakluk dendam.
---
Upacara ditutup dengan ikrar:
> “Demi darah yang pernah tertumpah,
demi hati yang hampir musnah,
kami bersumpah —
untuk tidak biarkan masa depan anak-anak kami
dicemari luka semalam.”
---
Dan ketika sorakan mula bergema dari ribuan rakyat…
Kaira menoleh ke arah Leon.
> “Akhirnya… dunia ini milik kita juga, bukan?”
Leon senyum, dan angguk perlahan.
> “Dunia yang dulu kau sangka takkan pernah faham kita…
kini menyaksikan kita sebagai pengubah takdirnya.”
---
Di udara, awan berarak perlahan.
Di hati dua kaum… luka mula sembuh.
Dan di tengah-tengah bumi yang dulunya retak —
lahirlah dunia baru.
---
TAMAT
— PENGHUJUNG RAHSIA —
NAK LAGI KE NOVEL SHORTSTORY MCM NIE?????
Share this novel