Get the app for full experience
MENTARI pagi yang sepatutnya menyimbah sinar kebahagiaan ke dalam rumah kecilku yang penuh tawa dan kasih sayang, tiba-tiba bertukar suram sejak kepulangan Aisyah dari Jordan. Sejak langkah pertamanya memijak tanah halaman rumah papa, aku tahu ada badai yang bakal melanda. Namun, aku tidak menyangka, ia akan datang secepat ini... dan sekejam ini. Aisyah kembali dengan tiga orang anaknya, wajah mereka mirip Harriz, abang kandungku yang pernah aku pertahankan. Namun, lelaki ini jugalah yang meragut separuh kebahagiaanku dahulu. Kini, dia hanya tinggal namanya sahaja. 'Bunuh diri'... dua patah kata yang merobek hati sesiapa saja yang pernah mengenali Harriz Alexander. Abang yang ...